Saturday, December 31, 2011

the unforgettable moment ever..

Assalamualaikum semua ;)

Lama sangat tak menaip. rindu pulak. dah start new sem ni memang kaw2 la mlam2 membuta, tido awal gila. mengantok macam amek pil ape plak. aggaga. last week pulak berkampung kat Serdang, sepupu kawin. Congrats abang Atan :) This week pulak attend kenduri ex-roommate matrik dulu; Yan. rindu tau. huhu

So today's the last, final day for year 2011. Macam biasalah, kalau dah celebrate tahun baru, mesti sinonim dengan Azam kan. I was like; gile klise la nak pasang azam bagai ni. huhu.. aku hanya berazam time every sem je. boleh? kira dalam setahun tu mau 3x gak ar aku pasang azam. kau ade? :P

Dan untuk tahun 2011 ni, bagi aku tahun paling mencabar bagi aku & mungkin ahli keluarga aku yang lain. sebab tahun ni aku kehilangan orang yang paling lama bertakhta dalam hati saya. dan still, she's always remains firmly in my heart, till my last breathe, till the end of my life..my mum, dah kembali ke Pencipta, Pemilik setiap makhluk; Allah s.w.t .

May 16th 2011, Monday, bout 9.30pm. memang aku takkan lupa momen ni sampai bila2. sampai sekarang aku boleh clearly remember that moment. dari siang kami sekeluarga standby sebelah mak. Aku boleh gigih lagi suapkan Monavie ke mulut mak, dengan harapan mungkin masih ada sinar, harapan sambil bersandarkan doa kepada Allah..

terlanjur bercerita, aku teruskan je la..tak lama pastu, dalam 10pagi, sekumpulan Doktor datang. cambiase la morning ward round, then tak lama tu ade sorang doktor kata kat ayah:

"Encik, pesakit ni nak meninggal kat wad atau bawak balik rumah?"

Ya Allah, jantung aku dah macam stop tau bila dia kata macam tu. Mane pergi perikemanusiaan dia? aku tau, tugas sebagai doktor memang dah biasa berhadapan dengan kes kematian, tapi macam tu ke manners dia? Cukuplah beberapa malam sebelumnya time doktor bagitau mak aku ada masa kurang dari sehari untuk hidup. dan aku rasa nak flash back jap that moment:

Jumaat - aku baru balik dari Sabak. sampai Sepang, packing untuk tidur kat Hospital teman mak (sementara kat Poli, adek aku jaga mak). Then sampai2 je kat Hospital dgn ayah & hafiz, aku tengok dada mak turun naik. teruk sangat. macam nazak (aku biasa tengok kat drama tv je la). bergegas aku cari doktor/nurse berhampiran:

"Doktor, nurse, nape mak saya macam tu? dah bagitau Dr. **** ke? Nafas dia pon dah teruk tu"

"Dah dik, kami dah call, kejap lagi Dr. **** datang"

Tak lama pastu, Dr. pakar usus tersebut pon datang, dia check condition mak. Dan tak lama tu, dia panggil ayah untuk bercakap sesuatu kat luar bilik pesakit. Aku pon follow dari belakang..

"Encik, saya nak bagitau sesuatu. Keadaan isteri Encik ni boleh dikatakan tengah nazak."

=== Suddenly I felt that my heart stop beating, for the first time in my life, listening to the unexpected words from the doctor ===

"Apa yang terbaik sekarang, kumpulkan semua ahli keluarga, dan bacakan ayat2 suci Al-Quran..pesakit perlukan kekuatan sekarang"

Aku: "Dr., memang tak boleh buat pape ke sekarang?"

Dr: "Pesakit dah peringkat terminal, memang kami boleh bagi ubat penenang utk prolong life pesakit, tapi hanya akan buat die bertambah menderita"

Aku time tu dah lemah, sangat sangat. tak pernah aku rasa luluh macam tu seumur hidup aku. dalam kepala dah bayang macam mana aku nak lead life kalau mak dah takde. aku lemah sangat time tu. mujur ade kerusi kat sebelah. memang aku dah terduduk dah. air mata mengalir macam sungai, teruk sangat sampai aku kena lari kat satu sudut untuk nangis puas2.

dah tu, lepas dah luahkan menangis, dah kesat air mata, aku back ke tempat ayah & doktor tadi..aku mesti tanya ni, mesti.:

"Dr, agak2 dalam berapa lama lagi mak saya boleh bertahan?"

"mungkin paling lama pon sampai pagi esok"

Makin teruk sedu aku pastu..Ayah, Dr, jadi saksi..mata Dr tu pon dah merah2 aku tengok. aku tak pernah salahkan sesiapa..aku tahu Allah Maha Besar, kita ni pon bila2 je nyawa akan ditarik. Time tu, dalam kepala aku terfikir angah je.

Masuk dalam bilik, ayep tanye kenapa, apa yang Dr. cakap kat luar, aku pon explain segala2nya..Ayep pon menangis, walau tak seteruk aku. Hafiz pon sama, kesian aku tengok dia, anak paling last, paling rapat dengan mak, paling mak manjakan sebab paling kecik kan..

Ayep cadang suruh tanye nurse, kot2 boleh call international. Alhamdulillah boleh. Terus aku dapat cakap dengan angah..dengan saki baki kudrat yang ada, aku pon bagitau dia apa yang berlaku..Allah je yang tau betapa pahitnya tekak nak bercakap time tu..Aku kesian kat dia sebab dia nun jauh kat Jepun..taknak dia terburu2 buat keputusan..

Alhamdulillah Angah mendarat Ahad petang, bout 6pm dia sampai ke Hospital, terima kasih abang Shazli amekkan Farah kat Airport..time farah salam mak, suasana memang sangat syahdu. seriously sepanjang depan mak, aku tak pernah menangis, I don't want her to see me in a weak condition. tapi time tu, the moment angah salam mak. Mak terkejut, terbeliak matanya, maybe don't expect that her lovely daughter will arrived in front of her. actually a day before, my cousin: kak Has ada bagitau mak yang fara nak sampai, dan mungkin itulah sumber kekuatan utk mak terus bertahan. Syukur ya Allah, syukur sangat Kau mengizinkan utk dua jiwa ini bertemu, sebelum Kau mengambil jiwa hamba-Mu yang banyak berjasa kpd kami sekeluarga itu.

berbalik kepada hari Isnin, dimana doktor tanya pendapat kat mana pesakit nak meninggal. aku & ayah tergamam. last2 kitorang decide nak maintain mak di hospital, at least ada machine utk monitor breath, paru2, oksigen etc.

tak lama pastu, makcik yang tak pernah kenal erti lelah; cik Fidah datang menziarah, siap bawak lauk makan tengahari untuk kami. Alhamdulillah~ syukur ya Allah..takda apa yang mampu kami sekeluarga balas atas pengorbanan semua saudara-mara dan rakan2 yang tak putus2 menziarah mak kat Hospital, hanya Allah yang layak membalas semua jasa2 kalian.

tak lama pastu, sahabat time kat Sambest; Nadea Anuar datang, menziarah mak.

"Ain, aku nak cakap sikit boleh?"

Seriously, gaya Ndea sama macam gaya Dr. time bgtau ayah tentang condition mak tempohari.

"Ain, aku rasa sekarang korang sefamili dah boleh gather keliling mak, baca Yasin, ayat2 Al-Quran, bisik nama Allah kat telinga mak. Jangan biar dia sendiri"

Ok, aku paham. so aku pon sampaikan kat family members lain, sambil Ndea sendiri bagitau kat ayah apa yang tengah berlaku. Terima kasih Ndea, terlalu banyak jasa ko, bagitau aku everything bout what should I do, starting from mak diperingkat diagnose, hingga nafasnya yang terakhir. Harap kau dapat jadi seorang Doktor yang berkaliber, moga keberkatan sentiasa mengiringi dalam setiap yang ko lakukan.

Ndea siap ajar aku lagi camne nak monitor heart rate by that machine..

makin lama, makin rendah..makin rendah frekuensi heart rate mak..berbekalkan ilmu dari Ndea, mata aku tak beralih dari mesin tu..sambil tak putus2 kami bisikkan kalimah Allah kat telinga mak..saudara-mara yang lain pon tak putus2 berdoa, baca ayat Quran..sampailah satu masa..

"Mak Lur, Ain rasa dah sampai masa mak ni..heart rate dia makin berkurang, rendah sangat"

sejurus lepas tu, pakcik aku: Pak Hisyam datang ke mak. bacakan ayat Quran tertentu..dan masih diiringi kalimah Allah, aku nampak dada mak makin lemah..semakin lemah..sangat rendah berombak..sangat ...rendah ..hingga dia menghembuskan nafas terakhir..aku lemah sangat, tapi aku tau aku perlu bersedia..

sampai sekarang aku tak boleh lupa wajah mak, keadaan mak at that moment..lembut helaan nafas terakhirnya..along tak boleh lupa. mak, along rindu mak, sayang mak sangat2..tapi along tau, setiap yang hidup akan mati..


Al-Fatihah buat Siti Hawa bt. Mat Elah..mak sentiasa dalam hati along..semoga mak tenang di alam sana..

"She's safe now with Him" -sms dari Kak Lis yg aku takleh lupa. ringkas, tapi mendalam maksud..

Friday, December 23, 2011

short note.

Huarghh~ mantoks.

Tadi dah amek viva dari workshop. Alhamdulillah~ selamat sudah ke pangkuan ibunda mu (haha). serius rindu sangat2! tapi once aku da tekan minyak, i was like; urgh peliknye nak balance clutch & minyak nye. sebab satria clutch pendek. viva panjang, ngn minyak pon takleh nk tekan habis. to make things worst, alignment pon lari. I was like, Ya Allah. stering da hala ke kiri, tapi jalan straight aje. Don't get it? susah la nk ckp ni =_=

dan jugak, Alhamdulillah sesi Audit Aset berjalan dengan lancar since yesterday. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur tak terhingga pada-Mu. memang ade sikit penambahbaikan la yang perlu diimplimen on next sem & seterusnya. Barula aku paham apa fungsi Borang KEW.PA- sume2 tu. huhu..selama ni aku dok update KEW.PA-7 je la senarai inventori kat Bilik Kuliah yang asek bertukar tu je..

dan tadi, setel sesi pendaftaran pengajian student senior. anak2 PA aku, most of them are in their final sem. Ade la sorang sangkut sket coz failed 1 subjek haritu. Kali ni hope dia improve better la. n hopefully ada short sem nnti then bukak subjek yang die tinggal lagi tu..

macam2 tau bile da ade student yang nak diurus pendaftaran diorang ni. kat UKM dlu sume bahagian pendaftar setiap Fakulti yang buat. huhu~

Tentang SBPA, I'm not so sure, tapi setakat aku bace Paper Online tadi, katanya PM nak tangguh dlu borang tu sebab nak bincang ngan Ceupacs dulu..pape la,janji kitorang govt servant ni dilayan sebaiknya lah :)



dah la, esok sambung. bye2 uolss~ Salam.

Tuesday, December 20, 2011

:)

Have you ever feels like berbunga2 like this?




enough said :)

Life's short, so live life to the fullest yaww :)

Monday, December 19, 2011

Situasi paling menyampah [on the road]

Antara benda paling menyampah terjadi kat jalan:

1. Ada road construction.
Serius bengang! tau la nak elokkan jalan. tapi boleh tak hold jangan buat time weekend? huhuh.. walhal aku tau kalo tak buat time weekend, that area still tak bole masuk gak sebab tak siap lagi.

Selalu jadi kat aku time masok KL. aritu ade skali kat Jln. Tun Razak, baru2 ni lepas aku drop Nisah kat Tesco Ampang, time nak ke Keramat AU lalu MRR2, then jammed teruk ok. Bottleneck abes! Aku bawak manual lagi. bukit lagi. hamekko. banyak2 bersabar je la time tu..skali tengok depan ada construction. I was like..Ya Allah, dugaanMu..huhu

2. Pesen makan jalan.
Ni pesen tak reti nak agak jalan dia besar mana. Kalo ade sticker P tu aku consider lagi la, as I've gone through that phase too. tapi, dah la bawak lori, pastu gaya nak himpit2 pulak. ewah! over kot!

3. Lambat bagi signal nak masuk simpang.
Ini memang tahap mintak makan slipar ok. Selalu jadi kat Meru, yang main road tu. Lori pulak tu. Dah orang yang follow belakang buat emergency brake pulak gara2 terkejut ngan orang depan yang stop out of sudden.

Aku la kalo jadi camni, memang berderau 1 badan! please la, da tak sanggup nak accident lagi weyy. insap. Petua terbaik ialah jaga jarak time drive dengan orang depan. Drive safe paling terbaik kan. dan tahu gak keupayaan stop kereta anda. Nak masuk mendalam bab inersia, sila rujuk buku teks Fizik terbitan Sasbadi. keh2.

4. Suka2 nak potong queue.
Ni pon sama! nak2 kat tol. menyirap ok. n selalu terjadi kat aku bile driver nya ialah lelaki. mentang2 la nampak aku ni perempuan. tapi nak memudahkan keadaan, again, be a defensive driver. tak guna bergaduh where both gain nothing in the end. Layankan ajelah driver yang da meroyan tu.

Tapi kalo ada guys sekali dalam kereta, takpe kalo tak bagi dorang masuk queue korang. haha. safety first! :D

5. Lembab tapi drive lane kanan.
Bodoh. ye, itu title terbaik buat mereka. Naif kalau tak tau this rule la. Me myself jarang dok lane kanan, tapi since pinjam Satria ni sementara menanti Viva dibaiki, selalu gak aku lalu lane kanan. Confident lebih kot! :D

pernah sekali, aku dah geram sangat, aku bagi high beam kat orang depan. motif nak suruh dorang berambus pegi lane kiri. taktik menjadi. dan syukur Alhamdulillah that driver is a woman. *cuak gak dalam hati* as I know, most guys tak macam tu. (apekes aku puji laki ni? haha true kot).

6. Kereta pakai lampu putih.
Ni pon bahangong. bukan ke illegal pakai lampu putih? awat depa ketegaq na? silau ok, sangat distracted time drive. Kadang2 aku terpikir nak invent lampu kat belakang kereta, lampu putih, yg aku leh on everytime orang belakang pakai lampu putih. padan muka dorang! huhu

7. Buang sampah ke luar kereta.
Please lah. Civic-minded dah pegi mana? Otak dalam longkang? Kalo sampah yang degradable takpelah. tapi sampah besar2, botol air, plastik sisa makan, polisterin, suka2 je depa buang sampah ke luar. simpan la dulu kok ye pon, sampai destinasi, cari tong sampah then campak.

Lagipun, kebersihan tu sebahagian daripada Iman kan?

8.Teragak2.
Benda ni not all made by women. Seriously. Aku penah je ade nampak lelaki, teragak2 nak masuk simpang yang mana. I was like, Ya Allah..dugaanMu..

Nak senang, park tepi & on signal. easy rite? dah tak payah menyusahkan orang lain.

Dah, kalo ada lagi aku tambah. kes2..

Sunday, December 18, 2011

entri paling bosan. takya bace.

Salam alls.

Arini penat gile babet. Dari pukul 5pagi aku da start my journey for today. driving to Mont Kiara, ade event running situ-Malakoff Run. sesat gak la. aku bole tak ingat mane nak g stesyen LRT Universiti kt UM tu..tah la, pagi2 sorry la memang ting tong lagi.

Then event start utk aku yg just participate 7km ni pukul 7.28 pagi..bosan je tunggu nak lari (poyo). haha. lari punye lari, vunguk punye bukit, baekkkk punyaaaa bukit smpi 3-4 kott! memang membunuh. nak lagi konghajooo siap ade orang da set tempat baekkk punyaaa nak amek gamba kat bukit time mendaki. sah2 la aku jalan je..muke merah padam menahan penat..

dan akhirnya, aku sampai gak kat finishing line. time taken for 7km run : 1 hour. takdela hebat mane. utk kepuasan sendiri ok la..gigih gak la aku bantai lari tadi..

n dapat gak finisher medal. thanx nisa tolong dapatkan medal tu. hik2. method agak funny tapi tak kesah, janji dapat!! haha :D

dah tu, makan la tengahari nasi lemak. sebenarnye da lapar gile kot. dan2 mak nisa bagi nasi lemak, aku pon makan la ngan lahapnye..kes2.

dan pegi mines plak cari laptop. sian gak salesman kedai tu aku tanye die macam2. hehe..sebab ape? sebab aku dah kurang update latest info sal current laptop skang. even aku ajar fundamentals of OS. ok la, banyak die bagi input, aku pon layankan ajela salesman tu..btw, it's not dat I'm buying the new one la. laptop lama fara ni elok lagi, gune je watpe nak membazir beli baru kan?

dan bout 7pm, aku bertolak ke sabak. ngokngek gile mengantok kot. Aku da sampai tahap biar wiper bergerak walau tak hujan ok. semata2 nak ade mende bergerak depan aku, so that aku akan kurang mengantuk la. (teori sape ni weyy??)

siap tampar2 pipi sendiri, cubit2 muke pipi peha. haha. ngantok okkk. sing along with the current song, takpe sorang je dalam kete takde sape kesah..

smpai2 je rumah, aku bersyukur tak terhingga kot. syukur tak accident. huhuhu..

ok lah, gudnite alls.

Wednesday, December 14, 2011

bebel sikit.


Keje.

Tensen. manyak sangat keje nak kene buat, tapi aku tengok KP aku rilek je da siap. walhal die KP (Ketua Program). pangkat ke2 tertinggi la dalam jabatan aku. atau mungkin dia tersilap & terbuat lebih dari sepatutnya. tapi last2 keje die siap da. huuuuu mane nak aku analyse satu2 result student. huk2 T-T nak tau lagi lanjut? aku story depan2 bile jumpe nanti (a.k.a : nak mengadu nasib..huhu)

dan jugak, nak cuti..tapi ade audit pulak. so sedih. sangat-sangat T-T pon bikin jiwa kacau. nasib baik empangan tak pecah. huk2. kalo tak appreciate pengorbanan aku cancelled cuti tu taktau la ape nak cakap lagi. sedih tau. 1st time kot aku wat luahan sini. huhuuuuuu~ mummy I need youuu T-T

itu je lah. dan nak prepare utk the next sem. Alhamdulillah aku dapat subjek sama, just kene mantapkan lagi notes & assessments. ade perubahan (lagi?) but dah bincang2 tadi, seems like it is a positive changes. hopefully hopeful!

n btw, it's not that easy to keep on being in positive mind set. dan aku sangat kagum2 ngn orang yang positif ni. buat keje, takya nak merungut. but there's a say: work smart, don't work hard right?

Mamai.

Arini kantoi pulak, mamai. haha. baru bangon tido kot. type pon tsilap. malu. hehe..

Tentang Dhia.

tadi aku layan. n before2 this pon aku layan gak. hehe. tapi aku tak paham la ade lagi ke orang busuk hati camtu kat zaman sekarang ni? guna tok bomoh bagai. please la. Syirik ok.

Kalo orang yang dah selamat berkahwin & expecting for baby lagi, tak payah la jadi loser dengan mengganggu life pasangan husband & wife tersebut. sangat pathetic! go get ur life dude!! dah desperate sangat, ko wat2 la lalu kat masjid time zohor hari Jumaat. got it?


lately aku suke layan website 9gag ni. kire penawar hati buat gelak ketawa la. hehe. n somehow sangat kelakar baca komen2 dalam tu.

p/s: pengalaman somehow mendewasakan. thanx Allah :)

Tuesday, December 13, 2011

huhu..


Esok ingat nak tengok kereta..my viva yg comel tapi culas itu (am I describing my car or me myself as the driver? haha).

Susah memikirkan aku seorang perempuan..yg kurang pendedahan or ilmu la senang cite pasal kete neh..

Rase nak amek course automotive. boleh?

Time mak aku sakit dulu aku rase cam nak amek medic. boleh?




jawab la bole ke tak? huhuuuuu...

Monday, December 12, 2011

Nafsu yg uncontrollable?



Salam alls!

terase cepat tak masa berlalu..kan? kejap je dah nak masok pertengahan bulan 12, dan tak sampai bape hari je nak masok tahun baru 2012...tahun dpn berganjak la lagi 1 angka umur aku..pencapaian? steady je kot, moga2 diri makin improved hari ke hari, kematangan makin bertambah, ilmu yg bermanfaat pon bertambah, pengalaman hidup pon makin bertambah la kan mudah2an..aminn utk sume tu utk diri kite semua :)



dah. habis entri. boleh? hehe..



tipu je. nak bebel. ni aku baru sampai sabak dalam pukul 10 tadi. singgah Kuala Selangor sat jamak Maghrib-Isyak. pastu sambung shopping kat Tesco. macam2 tau aku dok belek makanan kat situ..nak try cari Bay Leaf, tapi takde. ade lagi bahan2 sikit tapi tak jumpe gak. sume dalam otak je, tak jot down pulak. so usha2 je dlu. yg jumpe just bread improver. boleh? tapi selagi makanannye tak siap, aku tak berani nak kecoh2 kt blog ni aku nak watpe :P :P

ok la, tadi sampai umah je, dok snap pic bulan. boleh? haha. da la belakang umah aku ni sume pokok kelapa sawit kot. selambe kering je kuar rumah snap. hehe. takpe2, jiran2 hok bujang ade siap bukak pintu umah dok tengok tv cite apetah. so brani la sikit aku. kot2 papehal aku jerit so dorang dengar la kot. keh2.

dan pastu, masok umah kunci sume bagai. this week aku sorang je..emon bcuti sakan okehh. aku plak malas nak amek cuti. haha. tah pape perangai. dok layan Tanyalah Ustaz. Topik: Melawan Nafsu.. nak aku story? jom zassss!!

Ada 3 cara mujarab nak lawan nafsu. Be it nafsu seks *ehem, da kawen lain cite la*. nafsu ngumpat, dll. apesal aku highlight nafsu ehem2 tu yg first? sebab masalah ni memang berleluasa kot. tengok la ape jadi kat remaja2 takpon orang dewasa mahupon warga emas. sume kat berita tu pon dok cite sal rogol sane sini, zina lagi. tu in-progress punye cite, ade plak post-action which is hasilnya: anak luar nikah. kalo hidup ok lagi, ini dah dibuang, kat longkang, kat saluran air paip, kat surau, dalam tong sampah, ade tu siap burung patuk2 cam bangkai dah. kesian sangat. kejam sangat. semoga kita semua dijauhi mende2 gitu. amin, jauhi zina..takot..aku pon bukan baik sangat, tapi aku harap aku tak terjebak la dalam kancah gitu..na'uzubillahh..

cer try tengok youtube ni..menginsafkan


So, berbalik kat topik asal. ape dia 3 cara TERBAIK meLAWAN NAFSU tu?

1. Kenali Diri Kita.

Sebelum terlupa, yang bagi tazkirah Tanyalah Ustaz tadi ialah Ust. Zahazan Mohamed. Kata Ustaz ni, setiap manusia ni, Allah s.w.t cipta berlainan, dengan kekuatan & kelemahan masing2. nak2 kalo yang seks lain macam tu, mungkin sebab keturunan, genetik, pemakanan dll. So kena tau la kita ni tang mana yang naik sheikh, cthnya: kalo dah tau cepat high, elakkan layan bende bukan2 kat tenet. elakkan.

2. Banyakkan beribadah, dekatkan diri pada Allah..

Ustaz ni pon ade suggest buku: Mukmin Professional. Lom tengok lagi buku cane ghupenye.. so, the 2nd way, banyakkan beribadah. utk memudahkan, Ustaz kata buat solat sunat sebelum & selepas solat (ataupun solat sunat rawatib Qabliah & Ba'diah tu) + solat2 sunat yang lain.

Utk link solat sunat rawatib Qabliah & Ba'diah boleh refer SINI. atau google atau rujuk buku solat sunat pon boleh :)

Solat-solat sunat yang lain, memetik dari kata2 ustaz Zahazan, sbg cth:

a) solat Duha. boleh rujuk SINI.
b) solat Tahajud
c) solat Hajat
d) solat Taubat
e) solat witir

ade pape lagi ke eh? boleh tambah, kata sunat kan :) n by the way baru2 ni ade fenomena Gerhana Bulan. kome buat solat sunat tak? aku baru la 1st time buat seumur hidup. hehe. baru tau gaya gitu ade 2 kali Fatihah utk 1 rakaat ek. semoga kita semua dalam Rahmat Allah..amin..

dan hikmahnya, bila dah sibuk dengan mengingati Allah, insyaAllah kelazatan beribadah tu akan datang dengan izin Allah. Kata Ust juga, kalau kita jeleous jika kita bersama dengan yang bukan muhrim, Allah lagi cemburu sebenarnya, sebab tu lah undang2 islam dah suruh jauhi zina, tolong ingatkan daku hokeh. mintak jauhhh..huhuhu..

dan jugak, bila dah berdua, walaupun pompuan tu bebiasa je, takdela cun sangat, atau lelaki tu pon tak hensem sangat, orang ketiga yakni syaitan akan memperindahkan rupa masing2 so that masing2 akan attracted to each other. *batuk* eh, asal aku batuk?

n lagi, ade 1 cerita pasal seorang tokoh Islam namanya Shilah bin Asyim (actually aku lupe full name, ade plak google kuar Shila Hamzah tadi. boleh?)

ok2, back to business. aku simplified kan eh. nak dijadikan cerita, Shilah ni tengah solat then ada seekor singa dok depan dia. tapi beliau buat dek je. sebab ape? sebab terlampau khusyuk & sangat2 menikmati kelazatan solat. Ya Allah, kalo kita pulak, henpon berdering pon da bikin jiwa kacau. yetak? tapi kalo aku bole lagi on tv time semayang. jangan ade lagu da la, kang ke mane pulak solat en. nak tau cite lanjut tentang Shilah bin Asyim tadi, boleh klik SINI.

dan cara ke-3:

3. Mohon Bantuan dari Allah.

Ini memang tak bole tinggal la. sentiasa berdoa, mohon bantuan dari Allah untuk mengawal nafsu dalam diri. Nafsu binatang sume la. Kata Ustaz, kalo bab seks tu, kalo tak tahan, puasa. kalo mampu, berkahwin la. Islam tak kejam ok. Kalau isteri yang dimana suaminya sakit, kenala berpuasa. boleh nak minta cerai, tapi dimana sifat Ihsan kalau dalam situasi gitu, lepas 30 tahun bersama ye dak? (aku ni cakap memang la senang. tapi orang yang alami? Allah Maha Mengetahui ok)

ape aku cite tadi? yup, berdoa pada Allah. Sentiasa berharap HANYA pada-Nya. tapi usaha gak la. kalau tak dipecahkan ruyung manekan dapat sagunya, ye dak? hehe. Nak Link? sila klik SINI. hehe..

Ada satu doa ni, aku share k. (ni pon Google nak tau ejaan tepat)

"Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik."

Ertinya:
"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu."

Dulu time lepas mak meninggal, my aunt cik Faridah pon ade bagi doa ni. aku je la yg terlupa nak baca..so next time pas solat kene tambah doa ni kay.

So, itu je la perkongsian utk sesi kali ni..moga2 dapat kita amalkan dalam hidup. Maaf atas tutur kata yang menyinggung perasaan hang pa sume..sok keje. jom tido!!! Assalamualaikum~

Sunday, December 11, 2011

Sup Ikan Merah yg nyummeeehhh


Salam, gatal tangan nye pasal, nak cite pasal masak semalam pulak. hehes. ok, semalam wat Sup Ikan Merah. amacam? kecur liur tak sume? hehes. [yoyoan je aku nih]

So, mari kite mulekan. cambiase, pic nnti ade jodoh aku hapload k. n sumber kali ni aku rujuk myresipi je. k, jom2 start. Bismillah~

Bahan2:

2 potong ikan merah (pastu potong lg, sebab besar gak ni)
bawang merah kecil (hiris pastu tumbuk - cara aku la)
bawang putih (spt diatas)
halia seinci
air (kuantiti: setengah periuk. agak2 sikit baru tambah lagi)
sub bunjut adabi
kentang (patot 2 biji cukup dah)
sedikit serbuk lada hitam
daun sup
1 biji limau nipis (perahan)

other suggestions:

rempah serbuk sup dalam paket tu. adabi.
rempah tumis (yg 4 beradik tu)
lobak merah (terlupe nak mintak ayah beli. huhuk)
daun bawang
tomato
asam keping (bole tak aku terlupe nak bubuh smlm? haha)
serai (ade je kat luar umah, malas nak menapak. boleh?)
daun bawang

Cara-cara:

1. Cuci ikan tadi ngn air asam (motif: nak hilangkan hanyir)

2. Panaskan minyak & tumis bwg putih+merah+halia+serbuk lada hitam

3. dah sebati, masukkan air setengah periuk.

4. masukkan kentang & sup bunjut. biar lama sikit (motif: nak bagi kentang empuk)

5. dah agak2 mendidih, leh masukkan ikan merah, daun sup, asam keping n serai kalo ade.

6. ops, jangan lupe perah limau sikit. jangan perah dalam periuk la, takot termasam. perah dalam mangkuk sendiri jek. hehe (sebab aku dah buat, n mmg masam pon. haha) ni optional la kire.


tadaaaaaaaaaaaa!! siap da. sape kate masak susah? tipu dunia je sume tu. haha.

main masak-masak: sambal ayam


Salam to all. Amacam cuti? ade besh? ade tak besh? tak kesah la janji cuti ye dok. dari membebel dok kata nyampah keje, bek cuti dan tak kesah la if cuti tu tak wat pape pon. kate cuti. kannn?? :P

so aku dah blur ni, sangat molek la nak share resipi ngan uols. i masak simple2 je. takde la mcm chef wan ke, chef riz ke. sempoi sudah.

eh jap, sape da tengok Ombak Rindu? apesal mcm banyak review kate cite tu tak seswaiii je nak ditengok? n untung gak sape tengok on 1st day sebab takde tapis (hasil pembacaan kat review blog manetah). haha. malas la nk layan tu. tunggu Sherlock Holmes la. nak tgk action movie pon cara gak en?

ok, so tadi aku masak ayam sambal. sepatutnya nak wat ayam masak kicap. tah cane leh jadi sambal. hentam sajala labu.

gamba? KIV jap. laptop adik aku ni apehal tah Bluetooth probs. malas nk cari solution :P

aku banyak tiru dari resipi mat Gebu je senarnye. meh aku story ape yg aku wat:

eh jap2, dalam entri tu mat gebu buat ayam masak kicap. tapi aku nye jadi ayam sambal je. so don't be confused ok. hehe.

Bahan2:

ayam (potong kecik2)
1 biji bawang besar, hiris bulat (tujuan nak bagi manis)
7 biji cili padi (kalo nak lagi pedas, tambah lagi 10 biji)
5 biji bawang putih (nak ketuk bole, tapi aku suke tumbuk kot)
1 inci halia (nak hiris bole, tapi aku suke tumbuk gak. haha)
cili blend (dalam 3 sudu besar)
1 batang kayu manis
sebab takde daun bawang and ade daun sup, aku rembat je daun sup.

Cara-cara:

1. Cuci ayam. aku taktau korang cuci camne. tapi kalo aku, pas da buang lemak sume tu, basuh bersih2, then gaul ngn garam & tepung gandum. tujuan: nak hilangkan bau hanyir.

2. kalo ikut resipi mat gebu, die soh cucuk ayam tu ngn garfu, lumur ngn sikit garam & serbuk kunyit, perap dalam 20minit. tapi apesal aku nye jadi masin sangat? hahaha.

3. jangan lupe goreng ayam tu tapi jangan garing sgt. just nak make sure ayam tu masak. ade member aku dari bidang masak. katenye ayam kalo tak masak betul bole buat sakit perot sebab ade bakteria mcm kat taik tu. euww~ so masak la betul2 ek uols. ikan takpe makan mentah. tapi aku tak sanggop la. hehe.

4. Dah setel part ayam, jom go on to part main menu plak. So kene la blend cili. renyah tapi nak yang terbaik, buat sendiri la en.

5. So, cambiase panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis.

6. Tumis bawang putih+halia+ bwg merah sikit (ni aku tambah sendiri).

7. pastu tumis cili blend tadi sampai garing. tak garing nanti sakit perut tau.

8. pastu tah macammane aku bole tergatal tangan g taruk serbuk lada hitam tumis skali. blasah.

9. dah garing kaw2, aku g tambah pulak sos tiram. agak2 bole taruk kite balun je ek. hehe

10. dah tu, tambah ayam yg da digoreng tadi.

11. tambah bawang besar yg dah dihiris bulat tu & cili padi gak. agak2 tawar leh tambah garam / kicap. ikut sukati.

12. ade inovasi sikit, tambah daun bawang seelok2nya kot. tapi kt umh ni ade daun sup je. hah, ape lagi. hiris halus2 then taburrrrr~ hehes.


siap!!! mudah kan?? :D

p/s: memasak mampu menghilangkan tension. khennnnnn? =]

Friday, December 9, 2011

imaginary crush?


Jom, borak2 versi serius.

Quoted from somewhere:

Girl:
"..and the pain you feel whenever he's with someone is self-inflicted. Why the jealousy? But really, you had no real conversation. It seems he's kinda shallow for you. But he does nothing and somehow someway you still like the idea that you'll eventually be together."

Boy:
"Maybe you should talk to him? just as an idea.."

Girl:
"the idea of me telling he's my crush is like suicide. But we really do talk. He's just like a "hello friend".

Boy:
"If only girls could be honest... We consider it cute and brave when a girls comes and says everything she is feeling for us... That shocks our world."

Aku pulak:

"REALLY????!!!"

tapi papepon, tepuk dada tanya selera, tanya iman.. Wallahua'lam..

p/s: aku steady je. ingat nak sambung master lah. hehes.

Thursday, December 8, 2011

edisi siasat ?


huwahhh~

actually da terlena tadi, tapi terjaga atas sebab2 tertentu. yang penting bukan sebab anak minta susu la sebab aku lom ade anak lagi. hik2 *gatai na*

nak dijadikan cite, arini aku berpuasa ganti (baru nak start). then balik sikit punye awal la. dalam 5.30 gitu. pastu sampai umah, solat Asar. then layan tgk tv sambil goyang kaki *tipu sikit*. Layan NCSI. best weh. aku suke tgk ni:

NCSI
Leverage
Criminal Mind
House
Bones

CSI dah out of list. haha. tak best. tapi Criminal Mind, Bones ngn House mmg aku tabik ah. kenape aku minat 5 cite kat atas ni? meh aku ulas sikit:

1. NCSI: Lawak. boleh? die ade time2 serious mmg serious la. Tapi cam ade sorang watak pompuan cam ala2 terer comp tu, da mcm tiru cite Criminal Mind plak.

2. Leverage: Ini sengal punye cite. haha. best gile tengok die trick sane sini. padan muke org jahat dalam cite tu. padan muke kamoooo *baca ngn gelak terbahak2* sape penulis cite ni mmg aku tabik :)

3. Criminal Minds: ni pon bestttt!!! sbb we can know how people think while they're doing the crime. dasat woahhh~ aku pon turut terkesima ngn segala lakonan dorg. hihik. 2 thumbs up! memang daebakkk *ehh, ade unsur2 korea. haha*

4. House: sebab watak House yang slamber gile babet. buat keje ikut palotak die je. tapi every single penaakulan yg dia wat memang terbaikkk *ok, aku tau sume tu skrip belaka. so again, aku tabik spring tak hengat kat penulis skrip die :)

5. Bones: ni pon best tawww. watak heroin die mmg kayu gile. sume yg tersirat dia tak nampak pon. sume cakap pon nak straight. haha. best2. tapi aku tau, dalam ati dia mesti ada taman punye bile ngan hero dalam cite tu. n hero tu pon tau bile mase nak amek ati pompuan tu balik. awwwww~ *sejak bile cite Bones tu romantik? walhal cite siasat kot. haha

then, cite Prison Break pon terbaikkkkk jugakkk!!! i loikeee~~

alamaak, aku rase aku dah termerepek. aku nak cite sal adegan tangkap anak katak sebesar duit syiling 50sen kat bilik air tadi. adeh. dah berjaya dah, da selamat masok lubang air dah ..

p/s: aku memang pakar dalam melalut. hehe..nytes!!

moninnggg!!


moning! moning! gile hape kol 4.30 tak tido agi? ekekeke. actually terjage, mungkin sebab joging tahap dewa tadi, so tido pon ala2 dewi-dewi kayangan la kot. lena gile ak tdo..tah pkul bape pon tak sedar. yg igtnye, lepas reply msg then tak tau ape jadi..jage2 je da pkul 3 pagi..boleh?

so tadi petang aku try la jog, da 2 mggu kot tak kuar main. hehe. dok IAB (Inst. Aminudin Baki) mmg malas nk kua ptg2. bek berselindung di balik selimut lalu mimpi lagi besh! :D

Ok2, back to story2, so aku jog round poli 2x, non stop tau tau. hik2. somehow impressive gak la ngn diri sendiri (hahahahahaha geli la uols, iols prasan jek lately..awat tah?). yes, aku tau ramai lagi hustler2 bab jog ni kat luar, tapi nak gak blagak aku ni..ekekeke :P hah, 2x round tu aku take time bout stgh jam. ok tak? jarak tak tau lak bape, tak measure..nnti esok aku bawak pita pengukur eh.

arini pon SKT siap. eeee sukenyeee kat diri sendiri (gile).

dan jugak, ari selasa pas exam kat IAB, aku bertemankan kak Di g shopping barang2 keperluan (bkn ikut napsu ek), kat Giant Bt. Caves. aku beli kipas, kasut Bata (sampai 2, hamekko! da sangap sangat nak beli kasut.wakaka), tudung, then makanan sket. kat kedai tudung tu mmg aku & kak Di wat cam kedai sendirik. wakaka. naseb bek cermin die kat luar, kalo dalam kedai mau aku sarung sume tudung dalam tu. hehe :p

tu la die, eih aku rase cam nak tgk wayang la. lame gile ni tak tengok. last aritu Hantu Bonceng je. gile lame hokehhh. nak ajak sape ek kua? i malu la uols nak ajak sesape..oh sesape, tolong la ajak saye..saye tau anda busy, tapi kua jom? jom? :p *sila bace ngn nada paling gewdiksss skali. hahahahahaha*

aku rase last2 aku dok umah je lepak2 tgk tv..sian kannn? kan? kan?

Tuesday, December 6, 2011

sepintas lalu..


tiba-tiba aku teringat 2 member rapat..sekepala, tapi sekarang dua2 dah ke pangkuan husband masing2. huk2.. tak kene tempat pon aku nak sedih, tapi mesti terasa punya kalo 2 orang ni dah takde kat sisi..

zati dah ke Poli Jitra, Bi my roommate pulak sekarang dah berpindah ke Kuala Selangor, still boleh jumpa lagi tapi tak mcam dulu la..die la member aku cite mcm2, pasal tension kat ofis etc..

Zati pon ngam jugak, mcm2 hal aku leh share ngn die..ape2 yg tak kene, pendapat & any helps from her memang sangat2 aku hargai..

persamaan 2 orang ni ialah sifat caring yang tinggi..takdela nak kate current people sekeliling aku tak caring, tapi dengan ketiadaan 2 orang ni, berkurangan la orang yg aku nak story mory pape da..huhuhuhuhu..sedeyhnyeeee mummy~~~

dan tadi, aku tengah penin pale, so tido jap la pas asar (ok, tau tak baik tapi nak jugak buat). then masok msg, Kak Has!! waaaa rindu sampai tulang tuuuuu kat beliau~ :) my cousin belah mak yang grown up with my mum. they were really closed ok.

tup2 trus aku call dia, borak mcam2, siap aku melalut lagi. patot kak Cik (her daughter) currently studying in QA area, buat praktikal kat company. tapi aku bole melalut tanya kat hospital mane kak Cik wat praktikal? wahahahah. malunyeeee mamai & kene gelak ngn kak Has :P

rindunye nk jumpe my cousins, rindunye nak jumpe member lama..rindu sangat nak hangout with you guys. rinduuu jugak nak hangout together with my family members..tapi aku pon dgn tak reti nak cuti betul2, so balik umah je dah penat & sudahnye melepak aje kat umah..tapi at least aku masak tau. so baik jugak la aku ni (hahahaha motif ayat sudah lari. wakaka).

patotnye aku nga bace notes ni, esok nak exam pulak..tapi kemain lagi malas tahap sloth, boleyh??

dan tetibe aku prasan ramai org komen kat shoutbox aku. adekah ini prank semata? tapi aku bukan lah se-hot Dahlia Teck ataupun Megan Fox utk orang menconteng arang ke shoutbox aku..tapi kalo betol la komen2 tu sume ikhlas, aku pon turut ikhlas menerima segala pujian & ade gak kritikan dalam tu..thanx korang yg sudi drop by my page..

..tapikan, aku rase since tambah Labels kat post memang mencanak komen orang kat shoutbox aku..tah mane entry korang terhinggap? memane yg emo tu tolak tepi la eh. tu tandanya bendera merah nak naik la tu. hehe..normal2 :P

ok la, roger & out. yoroshiku onegaishimasu...itadakimasss..takashima..

salam :) cao~

eh jap, kadang2 ayat aku mcm ustazah ke?? ekekeke..takpela, janji iols dah menjalankan tanggungjawab sebagai penasihat..err penasihat .. hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...