Lama sangat tak menaip. rindu pulak. dah start new sem ni memang kaw2 la mlam2 membuta, tido awal gila. mengantok macam amek pil ape plak. aggaga. last week pulak berkampung kat Serdang, sepupu kawin. Congrats abang Atan :) This week pulak attend kenduri ex-roommate matrik dulu; Yan. rindu tau. huhu
So today's the last, final day for year 2011. Macam biasalah, kalau dah celebrate tahun baru, mesti sinonim dengan Azam kan. I was like; gile klise la nak pasang azam bagai ni. huhu.. aku hanya berazam time every sem je. boleh? kira dalam setahun tu mau 3x gak ar aku pasang azam. kau ade? :P
Dan untuk tahun 2011 ni, bagi aku tahun paling mencabar bagi aku & mungkin ahli keluarga aku yang lain. sebab tahun ni aku kehilangan orang yang paling lama bertakhta dalam hati saya. dan still, she's always remains firmly in my heart, till my last breathe, till the end of my life..my mum, dah kembali ke Pencipta, Pemilik setiap makhluk; Allah s.w.t .
May 16th 2011, Monday, bout 9.30pm. memang aku takkan lupa momen ni sampai bila2. sampai sekarang aku boleh clearly remember that moment. dari siang kami sekeluarga standby sebelah mak. Aku boleh gigih lagi suapkan Monavie ke mulut mak, dengan harapan mungkin masih ada sinar, harapan sambil bersandarkan doa kepada Allah..
terlanjur bercerita, aku teruskan je la..tak lama pastu, dalam 10pagi, sekumpulan Doktor datang. cambiase la morning ward round, then tak lama tu ade sorang doktor kata kat ayah:
"Encik, pesakit ni nak meninggal kat wad atau bawak balik rumah?"
Ya Allah, jantung aku dah macam stop tau bila dia kata macam tu. Mane pergi perikemanusiaan dia? aku tau, tugas sebagai doktor memang dah biasa berhadapan dengan kes kematian, tapi macam tu ke manners dia? Cukuplah beberapa malam sebelumnya time doktor bagitau mak aku ada masa kurang dari sehari untuk hidup. dan aku rasa nak flash back jap that moment:
Jumaat - aku baru balik dari Sabak. sampai Sepang, packing untuk tidur kat Hospital teman mak (sementara kat Poli, adek aku jaga mak). Then sampai2 je kat Hospital dgn ayah & hafiz, aku tengok dada mak turun naik. teruk sangat. macam nazak (aku biasa tengok kat drama tv je la). bergegas aku cari doktor/nurse berhampiran:
"Doktor, nurse, nape mak saya macam tu? dah bagitau Dr. **** ke? Nafas dia pon dah teruk tu"
"Dah dik, kami dah call, kejap lagi Dr. **** datang"
Tak lama pastu, Dr. pakar usus tersebut pon datang, dia check condition mak. Dan tak lama tu, dia panggil ayah untuk bercakap sesuatu kat luar bilik pesakit. Aku pon follow dari belakang..
"Encik, saya nak bagitau sesuatu. Keadaan isteri Encik ni boleh dikatakan tengah nazak."
=== Suddenly I felt that my heart stop beating, for the first time in my life, listening to the unexpected words from the doctor ===
"Apa yang terbaik sekarang, kumpulkan semua ahli keluarga, dan bacakan ayat2 suci Al-Quran..pesakit perlukan kekuatan sekarang"
Aku: "Dr., memang tak boleh buat pape ke sekarang?"
Dr: "Pesakit dah peringkat terminal, memang kami boleh bagi ubat penenang utk prolong life pesakit, tapi hanya akan buat die bertambah menderita"
Aku time tu dah lemah, sangat sangat. tak pernah aku rasa luluh macam tu seumur hidup aku. dalam kepala dah bayang macam mana aku nak lead life kalau mak dah takde. aku lemah sangat time tu. mujur ade kerusi kat sebelah. memang aku dah terduduk dah. air mata mengalir macam sungai, teruk sangat sampai aku kena lari kat satu sudut untuk nangis puas2.
dah tu, lepas dah luahkan menangis, dah kesat air mata, aku back ke tempat ayah & doktor tadi..aku mesti tanya ni, mesti.:
"Dr, agak2 dalam berapa lama lagi mak saya boleh bertahan?"
"mungkin paling lama pon sampai pagi esok"
Makin teruk sedu aku pastu..Ayah, Dr, jadi saksi..mata Dr tu pon dah merah2 aku tengok. aku tak pernah salahkan sesiapa..aku tahu Allah Maha Besar, kita ni pon bila2 je nyawa akan ditarik. Time tu, dalam kepala aku terfikir angah je.
Masuk dalam bilik, ayep tanye kenapa, apa yang Dr. cakap kat luar, aku pon explain segala2nya..Ayep pon menangis, walau tak seteruk aku. Hafiz pon sama, kesian aku tengok dia, anak paling last, paling rapat dengan mak, paling mak manjakan sebab paling kecik kan..
Ayep cadang suruh tanye nurse, kot2 boleh call international. Alhamdulillah boleh. Terus aku dapat cakap dengan angah..dengan saki baki kudrat yang ada, aku pon bagitau dia apa yang berlaku..Allah je yang tau betapa pahitnya tekak nak bercakap time tu..Aku kesian kat dia sebab dia nun jauh kat Jepun..taknak dia terburu2 buat keputusan..
Alhamdulillah Angah mendarat Ahad petang, bout 6pm dia sampai ke Hospital, terima kasih abang Shazli amekkan Farah kat Airport..time farah salam mak, suasana memang sangat syahdu. seriously sepanjang depan mak, aku tak pernah menangis, I don't want her to see me in a weak condition. tapi time tu, the moment angah salam mak. Mak terkejut, terbeliak matanya, maybe don't expect that her lovely daughter will arrived in front of her. actually a day before, my cousin: kak Has ada bagitau mak yang fara nak sampai, dan mungkin itulah sumber kekuatan utk mak terus bertahan. Syukur ya Allah, syukur sangat Kau mengizinkan utk dua jiwa ini bertemu, sebelum Kau mengambil jiwa hamba-Mu yang banyak berjasa kpd kami sekeluarga itu.
berbalik kepada hari Isnin, dimana doktor tanya pendapat kat mana pesakit nak meninggal. aku & ayah tergamam. last2 kitorang decide nak maintain mak di hospital, at least ada machine utk monitor breath, paru2, oksigen etc.
tak lama pastu, makcik yang tak pernah kenal erti lelah; cik Fidah datang menziarah, siap bawak lauk makan tengahari untuk kami. Alhamdulillah~ syukur ya Allah..takda apa yang mampu kami sekeluarga balas atas pengorbanan semua saudara-mara dan rakan2 yang tak putus2 menziarah mak kat Hospital, hanya Allah yang layak membalas semua jasa2 kalian.
tak lama pastu, sahabat time kat Sambest; Nadea Anuar datang, menziarah mak.
"Ain, aku nak cakap sikit boleh?"
Seriously, gaya Ndea sama macam gaya Dr. time bgtau ayah tentang condition mak tempohari.
"Ain, aku rasa sekarang korang sefamili dah boleh gather keliling mak, baca Yasin, ayat2 Al-Quran, bisik nama Allah kat telinga mak. Jangan biar dia sendiri"
Ok, aku paham. so aku pon sampaikan kat family members lain, sambil Ndea sendiri bagitau kat ayah apa yang tengah berlaku. Terima kasih Ndea, terlalu banyak jasa ko, bagitau aku everything bout what should I do, starting from mak diperingkat diagnose, hingga nafasnya yang terakhir. Harap kau dapat jadi seorang Doktor yang berkaliber, moga keberkatan sentiasa mengiringi dalam setiap yang ko lakukan.
Ndea siap ajar aku lagi camne nak monitor heart rate by that machine..
makin lama, makin rendah..makin rendah frekuensi heart rate mak..berbekalkan ilmu dari Ndea, mata aku tak beralih dari mesin tu..sambil tak putus2 kami bisikkan kalimah Allah kat telinga mak..saudara-mara yang lain pon tak putus2 berdoa, baca ayat Quran..sampailah satu masa..
"Mak Lur, Ain rasa dah sampai masa mak ni..heart rate dia makin berkurang, rendah sangat"
sejurus lepas tu, pakcik aku: Pak Hisyam datang ke mak. bacakan ayat Quran tertentu..dan masih diiringi kalimah Allah, aku nampak dada mak makin lemah..semakin lemah..sangat rendah berombak..sangat ...rendah ..hingga dia menghembuskan nafas terakhir..aku lemah sangat, tapi aku tau aku perlu bersedia..
sampai sekarang aku tak boleh lupa wajah mak, keadaan mak at that moment..lembut helaan nafas terakhirnya..along tak boleh lupa. mak, along rindu mak, sayang mak sangat2..tapi along tau, setiap yang hidup akan mati..
Al-Fatihah buat Siti Hawa bt. Mat Elah..mak sentiasa dalam hati along..semoga mak tenang di alam sana..
"She's safe now with Him" -sms dari Kak Lis yg aku takleh lupa. ringkas, tapi mendalam maksud..
5 comments:
waaaa..buat aku nangis!
aku pn rindukan arwah abg ipar aku..
along, b strong!
btw,betol ckp kak Lis :)
thanx kak La..
aku tak terniat pon nak wat entri ni, tapi dah tertaip pulak..huhu..
air mata aku laju meleleh weh utk entri ni..huhuhu T-T
aku pahammmmmmm..tapi,
aku taw ko kuat! kan cyg?:)
Aiinnn...... aku pon ingat sangat detik2 dari siang sampai malam tu.... pahit sangat nak cakap kat kau macam tu tapi aku tak boleh tak bagitau ape yg aku tau, kan?... dalam hati aku mase tu, aku mintak maaf ain, sorry sgt2 ain aku tepaksa cakap macam ni. takpelah Ain, insyaAllah, dia skrg bahagia di sana, dengan doa2 dari anak2nya yg kuat2 semua nya macam along ni =)
Dila:
huhuhu.. thanx kak La, for ur continuous support! I owe u much! hnya Allah selayak mbalas jasa ko..huu
Ndea:
iyup ndea, bagi aku biarlah tau perkara sebenar even pahit. reality's hurt kan, tapi itulah life..thanx soo much ndea, for all your knowledge sharing :)
insyaAllah ndea, tak penah putus doa & ingatan kami semua kat mak..insyaAllah dgn izin Allah, semoga dia sentiasa ditempatkn dikalangan hamba2Nya yg soleh..amin
Post a Comment