Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss ;)
Amacam? terpancar tak mood ceria dari intro aku? hehe. moga aura heppy aku ni tersebar ke seluruh umat seantero dunia (yg paham bahasa melayu je la kot. adoii)
erm nape nk heppy2 ni? hehe..sebab macam tgh countdown kot skrg ni. Harap Allah permudahkan urusan. Mungkin ade yang tahu, mungkin belum. Kalau nak tahu, sila tinggalkan alamat anda beserta nama. Nanti aku post kad. eh, obvious sangat ke? hehehe.
Ok, berbalik kpd tajuk asal. ok takde tajuk lagi, tapi aku nak bgtau satu rahsia. satu je eh, baru aku tau pahit manis dalam mengurus sebuah acara bernama majlis perkahwinan. Aku ade to-do-list lagi. kau ade? dah kawin or nak kawin mesti ade buat kan. hee..nak2 aku ni jenis nak tau semua, xreti nak serah bulat2 kat orang lain.
For me, persediaan majlis is one thing, so do persediaan nak bergelar isteri kepada seseorang. bagi aku, title ISTERI tu terlampau istimewa tau, dan boleh tahan berat bahu memikul tau.
Aku dah tengok dari pengalaman officemates especially, selalu pesan kat aku soh tido cukup2, nnti dah dapat anak memang anak prioriti pertama. dah bersuami, of course la kena dahulukan suami. Mungkin dengan ayah, kita bole sempoi sikit sebab dia dah tau perangai anak nye sejak lahir kan. So boleh tolerate. Tapi kalau dah bersuami, time tu lah nak kena adjust perangai, ditambah dengan mood swing aku ni. huhu.
sepupu aku, Nurul yang baru kahwin ujung tahun lepas, siap pesan, tanggungjawab as a wife tu akan kita rasa once dah diijabkabul. mungkin sekarang aku boleh hooha lagi, tapi lepas sah lafaz nikah, baru aku tahu camne perasaan tu. hoho. bikin lagi cuakk.
dan jugak, Nurul pesan utk minta maaf kat suami sebelum tidur, n maafkan jugak kesalahan sesape. oh Nurul, lu dulu sempoi skang da mcm transform betul !! salute ahh!!
kak Has pesan banyak2kan berdoa. ya berdoa. Allah lah segala2nya. Aku terkesan sejak mak meninggal, I was so lost! dan dalam pada tu baru aku sedar, aku serius tak bole berharap kat manusia. Aku kena berharap hanya pada Allah yang Maha Besar, Maha Agung.
"Kau Yang Maha Esa,
Kau Yang Maha Pengasih,
Kau Yang Maha Penyayang..
Tiada hidup tanpaMu..
Bila ku rasa pilu..
Bila ku rasa resah..
Kau tempatku mengadu
Oh Allah yang satu..
Kau Tuhan yang satu..
Segala puji-pujian hanyalah untukMu..
dan hidup dan matiku hanyalah untukMu..
untukMu..
untukMu.."
aku petik sat lagu Ramli Sarip tadi. Agak2 tengah tadah tangan berdoa, tapi air mata degil taknak kuar, cuba hayati bait-bait lagu tu. serius menusuk. aku ni memang kuat stress. so aku memang kena menangis. hua2. nak nanges depan orang segan. so tutup pintu rapat2, dan luahkan segala yang terpendam. Esok bangun pagi mata macam panda dah. aduhs. sekadar berkongsi petua, sebab aku ni pon boleh tahan hati batu gak. adui. tapi dengan Allah, kita sama2 jangan degil, hati batu k. serius tak malu. serius.
tengok! tengok! aku dah lari dari track da. hehe. menaip ni memang mengkhayalkan. macam ecstacy, macam ape lagi tah ubat kena tnye dak farmasi ah.
So, selamat mendirikan rumahtangga buat semua bakal pengantin. Moga kita dirahmati Allah (eh, kita?) dan mendapat keberkatanNya..
Aku InsyaAllah 16 & 17 Februari ni akan join Baitul Muslim Ver 2.0 kat PICC. Zana pegi gak so ade geng! hehe. semoga kita dirahmati Allah..ampunkan salah silap saya. :)
p/s: drop alamat tau! hee..
3 comments:
ainnnn. slamat memplanning!!! semoga dipermudahkan. Amin...
thanx nisah! aminnn insyaAllah kene doa byk2 neh. hehe ;)
Keep on blogging dear.Jangan berhenti blogging.
Post a Comment