Sunday, January 12, 2014

Entri persediaan perkahwinan & barang baby!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

I'm back! Finally! hahahah. (ade orang kesah ke pun? as I'm not that one blogger yg ade trillions of fans around the world. lol)

So what's really bring me to put some ideas down here? Boredom. Yeah correct answer for the moment. Or maybe because I missed all those free times to blogging? (Not really free time but I could allocate some times to blogging ler. hehe)

First and foremost (baru nak intro ke? haha), I would like to express my utmost grateful to Allah for all those blessings since I was born up until now..Umur 2014 ni nak masuk 26 la jawabnya..Banyak suka duka, mehnah & tribulasi yg aku dah tempuh (cewah ayat nk bombastik je).

Perkembangan aku skrg? Yer it's undeniable yg aku makin berkembang membesar bak juara sekarang. Dari berat 58kg dah jadi 71kg (the latest weight based on checkup last Tuesday). Sebab apa? sebab aku mengandungkan seorang nyawa dalam badan skrg. So boleh dikatakan dalam diri saya sekarang ada 2 jantung yg sedang berdegup. hehehe..syukur Alhamdulillah ya Allah..36 weeks already to be exact. Anytime tanda2 bersalin boleh berlaku (contraction / bleeding discharge / amniotic fluid discharge).

Kalau nak tahu, aku selalu panick tiap kali tidur malam. haha. bila terjaga, mula lah rasa mcam air ketuban nk pecah la..hapela..last2 pegi washroom to found that I tak tahan nak pee dah. haha. baby aktif sampai mama punya bladder asek tertekan je..asek nak shishi je..hehe..(ok, minta maaf buat yg sedang menjamu selera sekarang..tehehe)

Just now, 1 of my best friend whatsapp me asking bout my wedding gown, sewa ke beli, khemah kat mana tempah, etc..Tapi most of them aku dah lupa berapa harga sume. aduhai macam la dah kawen 5 tahun lepas kan, walhal baru je bulan 3 2013 kot..tehehe..xsampai setahun lagi pun..pesan aku, buat yang merancang nk berkahwin, buatlah perancangan sebaik yg mungkin..I mean, simple2 je sudah. haha. aku dlu takde pelamin pun. dah saving cost dalam 2k kot kan? just kaki lenguh berjalan sbb pakai heels je la 3 inci (opss bocor rahsia.haha)

ape lagi ye aku buat utk cut cost kawin?

1. pelamin takdak
2. takde bunga hidup bagai.
3. baju kawin sewa je, survey banyak gila kedai to get the most valuable price.
4. baju nikah tempah tapi kalau bole sewa lagi bagus. tak pakai pon dah. hehe
5. fotografi, orangnya suami pengasuh aku, so dapat special price. But i highly recommend korang carik org muda as diorg nye stamina utk layan kerenah korang bergambar tu tinggi.haha
6. and kalau boleh buat homework utk cari pose kawin yg mantop.haha
7. make up by my cousin; Ayuni. Mak andam paling muda di dunia. sape berminat boleh contact aku. hehe :)
8. door gift aku tempah kek bahulu da siap bekas tali tu, aku memang takde masa nak DIY. renyah & tak perlu kot nak ade kenangan2 sangat ni. haha. org g majlis kita; makan; then balik. lagi satu mungkin nak membantu makcik tersebut memandangkan suaminya sakit. :)
9. Hantaran made by my nenek belah Sekinchan. FYI, ayah saya dah berkahwin pada 21/09/2012. So saya dapat mak baru & nenek & atuk & saudara2 baru dari Sekinchan. Syok sebab dekat dgn Sabak Bernam (aku ngaja kat Poli Sabak). dan nenek saya sangat terer menggubah ok! Syukur Alhamdulillah.
10. Kad kawin aku bape sen je satu.haha murah2. aku nye kad jenis sekeping, map pompuan sebelah, map lelaki sebelah. Dwi-colour; purple & putih camtu. Simple janji maklumat semua lengkap. Siap letak GPS. So far takde plak dgr member ckp susah nk cari rumah :)

Cuma yg tak dapat nk cut cost:

1. Catering. sebab aku taknak nyusahkan orang masak. hmm..
2. Takde, catering je. haha (malas nk pikir senarnye).

So, berinformasi tak entri aku kali ni? hahahah. Sekali baby dalam perut dok gerak2 plak. Cukup da kot 10x gerak ni. Da masok 9 bulan ni sah2 la aku kene kira pergerakan dia. Alhamdulillah she is sooo active! (Eh, she??hehe) Scan nampak gigirl, tapi kita pon tak boleh lawan kuasa Allah kan. Ada 3 rahsia milik Allah, antaranya bayi dalam kandungan. So aku hanya berserah pada takdir. yg penting baby sehat wal'afiat. Berat baby da 2.7kg ni..Scan pon nampak bambam pipinya..tiru maknye la ni..ayahnya kurus je..hehehehe..

Oh btw, kalau ujung 2012 aku sebok dgn persiapan kawin, ujung tahun 2013 pulak aku sibuk prepare for my little one ni. Antara persediaan:

1. Beli baju baby sikit je, yg 0-6months tu. so far ade dalam 9 pasang including both pairs yg mak mertua belikan kat Sabah tempohari. Terus beli yg pattern gugurl. hehe..Terima kasih mak :)
2. Bengkung & sarung tungku for me..batu tungku belum lagi.
3. Breast pump brand Eve Love tu. Double pump, RM599..baru2 ni ada promo RM499. hampeh tol. aku siap komen lg kat FB orang tu. hahahahah.
4. Baby playmate, da survey tgk price nye ok. Siap ade khemah lagi mementangla mak apak er suka g camping.haha
5. Lampin moden tu. Beli satu je dulu. ade expo lagi pasni nanti aku serang.haha
6. Pampers baby utk newborn (beli satu paket je dlu..brand PetPet)
7. Maternity pad & kotex pad (maternity utk heavy flow, kotex pad tu utk bila darah da kurang..ni ofismet advice la)
8. Jamu Nona Roguy. Ade ofismet member. dapatla RM300 instead of RM360..aku malas nk survey jamu lain, sbb majority of my officemate use this brand.
9. Botol susu aku baru beli 1 : brand Avent. mak mertua cakap nanti tgh cuti bersalin bole beli lagi.
10. Lampin baby, booties, mittens, sarung kepala, tuala..percayalah korang akan geram dgn mittens & booties yg comel gilaaa tapi sila tahan nafsu eh, budak pakai tak lama pon tu, nurse pon advice baby better buka genggaman tangan dorg bila dah sampai 1 masa nanti.
11. Air selusuh haaa, aku lom wat lagi. Akak ofis cakap better husband yg buat, guna air mineral / zam-zam then minta husband bacakan surah2 / ayat2 tertentu. Better korang tanya ustaz or google apa ayat2nya.

Ade lagi kot ni tapi aku lupa apa. Car seat ada sepupu bagi pinjam.hee..including tempat baby nak mandi tu..cuma stroller la kot aku kene beli gak. x survey lagi brand ape, nanti la beli ngn husband.

Rasenye dah banyak gila kot aku tulis ni. hahahaha. papepon, uolss jangan la expect alam perkahwinan tu indah macam dalam novel ok. memang indah, tapi nak adapt tu satu hal. Macam kes aku, seriously aku ngn husband aku kontra gilaa..aku anak first, dia anak second. dengar term anak second pon korang dah boleh iamgine camne kan? hehehe..like my sis la, dia seboleh2 akan dapatkan apa yg dia nak. But in the end, korang akan bole adapt gak ngn perangai pasangan masing2.

Dan bila dah kawin ni pon aku lebih mengenali diri sendiri..banyak lagi kelemahan yg aku kena repair. be it my emotional ups & downs, time management (husband aku sangat punctual! haha), my cooking skill, dan macam2 skill lain. haha. opss.

sekadar berkongsi, sepanjang pregnant ni Alhamdulillah aku takde nak mengidam sangat / alahan pon takde Alhamdulillah..just bacaan hb aku yg rendah je la..but now Alhamdulillah dah consistent 11+ ..cuma skrg ni dah 9 bulan kalau tengah baring, nak kalih dari kiri ke kanan vice versa dah jadi macam susah gila. sakit, tapi aku cuba bertahan dgn byk2 berzikir, istighfar..Moga Allah ampunkan dosa2 aku atas kesakitan yg aku terima ni..huhu.. *nangis dalam hati*

Ok lah, azan zuhur sudah. Jom solat. Moga kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah..Amin..


*time nikah. aku yg berdebar lebih. kuat menjawab plak tu kalau jurunikah tanya soalan.haha.steady la abang sekali je lafaz. mih2..*
2 March 2013

Sunday, February 3, 2013

Alhamdulillah syukur nikmat :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss ;)

Amacam? terpancar tak mood ceria dari intro aku? hehe. moga aura heppy aku ni tersebar ke seluruh umat seantero dunia (yg paham bahasa melayu je la kot. adoii)

erm nape nk heppy2 ni? hehe..sebab macam tgh countdown kot skrg ni. Harap Allah permudahkan urusan. Mungkin ade yang tahu, mungkin belum. Kalau nak tahu, sila tinggalkan alamat anda beserta nama. Nanti aku post kad. eh, obvious sangat ke? hehehe.

Ok, berbalik kpd tajuk asal. ok takde tajuk lagi, tapi aku nak bgtau satu rahsia. satu je eh, baru aku tau pahit manis dalam mengurus sebuah acara bernama majlis perkahwinan. Aku ade to-do-list lagi. kau ade? dah kawin or nak kawin mesti ade buat kan. hee..nak2 aku ni jenis nak tau semua, xreti nak serah bulat2 kat orang lain.

For me, persediaan majlis is one thing, so do persediaan nak bergelar isteri kepada seseorang. bagi aku, title ISTERI tu terlampau istimewa tau, dan boleh tahan berat bahu memikul tau.

Aku dah tengok dari pengalaman officemates especially, selalu pesan kat aku soh tido cukup2, nnti dah dapat anak memang anak prioriti pertama. dah bersuami, of course la kena dahulukan suami. Mungkin dengan ayah, kita bole sempoi sikit sebab dia dah tau perangai anak nye sejak lahir kan. So boleh tolerate. Tapi kalau dah bersuami, time tu lah nak kena adjust perangai, ditambah dengan mood swing aku ni. huhu.

sepupu aku, Nurul yang baru kahwin ujung tahun lepas, siap pesan, tanggungjawab as a wife tu akan kita rasa once dah diijabkabul. mungkin sekarang aku boleh hooha lagi, tapi lepas sah lafaz nikah, baru aku tahu camne perasaan tu. hoho. bikin lagi cuakk.

dan jugak, Nurul pesan utk minta maaf kat suami sebelum tidur, n maafkan jugak kesalahan sesape. oh Nurul, lu dulu sempoi skang da mcm transform betul !! salute ahh!!

kak Has pesan banyak2kan berdoa. ya berdoa. Allah lah segala2nya. Aku terkesan sejak mak meninggal, I was so lost! dan dalam pada tu baru aku sedar, aku serius tak bole berharap kat manusia. Aku kena berharap hanya pada Allah yang Maha Besar, Maha Agung.

"Kau Yang Maha Esa,
Kau Yang Maha Pengasih,
Kau Yang Maha Penyayang..
Tiada hidup tanpaMu..

Bila ku rasa pilu..
Bila ku rasa resah..
Kau tempatku mengadu
Oh Allah yang satu..
Kau Tuhan yang satu..

Segala puji-pujian hanyalah untukMu..
dan hidup dan matiku hanyalah untukMu..
untukMu..
untukMu.."

aku petik sat lagu Ramli Sarip tadi. Agak2 tengah tadah tangan berdoa, tapi air mata degil taknak kuar, cuba hayati bait-bait lagu tu. serius menusuk. aku ni memang kuat stress. so aku memang kena menangis. hua2. nak nanges depan orang segan. so tutup pintu rapat2, dan luahkan segala yang terpendam. Esok bangun pagi mata macam panda dah. aduhs. sekadar berkongsi petua, sebab aku ni pon boleh tahan hati batu gak. adui. tapi dengan Allah, kita sama2 jangan degil, hati batu k. serius tak malu. serius.

tengok! tengok! aku dah lari dari track da. hehe. menaip ni memang mengkhayalkan. macam ecstacy, macam ape lagi tah ubat kena tnye dak farmasi ah.

So, selamat mendirikan rumahtangga buat semua bakal pengantin. Moga kita dirahmati Allah (eh, kita?) dan mendapat keberkatanNya..

Aku InsyaAllah 16 & 17 Februari ni akan join Baitul Muslim Ver 2.0 kat PICC. Zana pegi gak so ade geng! hehe. semoga kita dirahmati Allah..ampunkan salah silap saya. :)

p/s: drop alamat tau! hee..

Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Salam tahun baru. walaupun aku bukan jenis sambut event2 camni. Malam tadi lepak ruang tamu je, borak2 dengan kak Ainie & kak Lin. cukup masa, masok bilik, golek2 atas katil. n tido. simple as that.

Pagi, bangun, setel laundry skit, g lunch, n siap2 g opis. Nak kemas meja aku. semak .

So tahun baru pon masok dah. Kalau diizinkan Allah, aku bakal berubah title tahun 2013 ni. dan harini aku mcam baran sikit. haha. semua benda nak cepat. apekes tah.

semoga kita semua dalam lindunganNya. amin.

Friday, December 21, 2012

Langkawi vacation :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols~

Alhamdulillah aku masih hidup bernafas di bumi Allah ni..cuma dah lama x update blog. oh tak mengapa, takde denda pon khenn~

Recently my family & I, ok walau tak semua just aku, ayah, umi & hafiz je  yang ada, kitorang g vacation ke Langkawi. yeah Langkawi kat Kedah nun. bertolak Isnin petang, arrived there bout 11pm, stay at Bahagia Hotel, kat Kuah.

Overall awesome! Day 1: g Dataran Lang & Kilim Geoforest Park. Gambar tak transfer lagi, so later la kot. P Langkawi, 1 day pon uols dah boleh mahir jalan2 kat ctu. berbekalkan peta yang kitorang amek kat Airport, so round2 to search for interesting places using that map. free! hehe..

Kat Dataran Lang amek gambar la kan. I've been there 10 years back, when I'm in Form 3, bayangkan la masa dah berlalu kan.

yg Kilim River tu actually aku terbaca blog orang je, kate best. so jalan2 then terjumpa. Supposely the rate is RM250 per boat, 10 peoples. tapi sebab kitorang ni trip sendiri, dorang letak harga RM120 for 4 person. erm ok la kot, aku tutup mata je time tu. haha. semata2 nak tengok nature kan.

1st, pegi Gua Kelawar, masa tu dah pukul 5.50ptg, so just ada kitorang berempat je kat situ, driver boat kat boat la kan. Masuk gua pon laju2 je, cepat2 cari Exit. haha.

2nd, pegi fish farm. Ade sorang pakcik; Pak Su namenye, explain kat kitorang pasal Ikan Pari, belangkas & Ikan Sumpit. Aku geli kot nak pegang belangkas. huhu tapi comel la depa jalan.hehe. ikan sumpit tu dapat nama gitu sebab die mengumpan bak menyumpit tapi guna air. puiii terpancut air dari bawah tatkala umpan roti diletakkan kat kayu sangkar ikan tu. (oh abaikan penulisan skema saya. hehe)

3rd, tengok helang makan. perut & lemak ayam gitu. driver boat pon ringan mulut terangkan pasal helang. cool!

4th, menjenguk ke muara Lautan Andaman. ok this is where the cuakness at the peak! patot paya bakau airnya tenang, jadi tak keruan gara2 ombak menghempas pantai. cuak weh. we even ask the guide to patah balik as fast as he could. haha. da nampak pulau Thailand. even my hp da memekak2 promote Maxis Thailand. kira dah roaming la apebenda tah.

amacam? best tak aku bebel? haha.

2nd day, kitorang g Langkawi Cable Car. normal adult with MyKad: RM15, tapi total period kitorang sampai utk queue and naik dari pukul 11.30 till 3.00ptg kot. haha aku hentam je tapi lebih kurang la tu. so utk tidak membuang masa, while waiting for cable car, we ols cuci mata ke Telaga Tujuh, jarak dalam 5min je kot naik kete. Tapi nak naik tu cam nokhorom gak la penatnye. aku pakai jeans je kot! silap besar tol! so hanya berjaya naik sampai air terjun 2nd je. jadi la kan. posing sepam dua, then turun balik. menggigil ketaq lutut toksah habaq laa. haiyaa~

Da sampai puncak kabel car to awesome! Subhanallah! really remind me of Namsan Tower. ohh baru ku tau takyah g jauh2, kat Tanah Air sendiri je dah ade pemandangan yang superb lawa! so pasni takyah g oversea dah, unless aku berjaya jejak kaki ke Mekah, doing umrah & Haji. Amin Ya Allah, please makbulkan doaku ini..huhu~

3rd day. visit Underwater World. kat Pantai Chenang. one thing yang aku perasan kat Langkawi ni, berlaku lambakan of Mat & Minah Saleh. Di mana dorang selamba badak je pakai bra gitu je kalau panas. adoi la, tak beragak betul! kalau orang Arab mai, siap pakai jubah, purdah lagi tuuu, kaler hitam lagi tu...see the difference? oh by the way, aku pakai menutup la. tapi serius ah, memang selamba gaban omputeh ni. *keh2*

oh Underwater World tu Subhanallah really awesome! tapi aku rase Aquaria KLCC lagi best kot~ hew2. or Zoo Negara pon best jugak! seriously !

maka, tamatlah saya membuat pembentangan percutian kali ni ke Langkawi. sok2 taktau pulak ke mana, dan dengan siapa. hehehehe *gelak miang*

till then, Assalamualaikum.

Oh by the way, just now read Surah Al Kahfi (bcoz today is Friday). with the translations. rase nak g Gua Kahfi tu lar. azam ni. semoga dapat dipenuhi my wishlist! hoh koya plak aku bajet omputeh nk pakai wishlist. kena banyak2 berdoa la ni.

n also bump into article about Uwais bin Al Qarni, seorang yang sangat2 mencintai ibunya, patuh pada Allah & merindui Nabi Muhammad. Cite pasal die berlatih naik turun bukit dengan lembu semata2 nak praktis utk dukung ibunya ke Mekah, Subhanallah. Walaupun ade penyakit sopak, tapi beliau dah awal2 diiktiraf sebagai warga penduduk langit. Mampukah kita sampai ke taraf tu? T-T dosa aku banyak sangat2. Moga Allah ampunkan dosa2 kita & moga kita mati dalam redhaNya & keimanan terhadapNya..amin Ya Allah~

Friday, November 30, 2012

liang lahad.

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols~

So skangni aku berkampung plop kat Poli Merlimau Melaka (PMM), jadi Infosys Trainer for Polytechnics Students. Ade student PMM, PMS,PPD kat cni. aku ajar modul Intro to Computer System dgn Operating System. Dah masok hari ke 6 aku kat cni ha. yeayy da nak balik umah! hehe..

overall. ok la..tapi ade aku bebel kat student dalam kelas tadi. Taktau nape aku hyper gile kot arini time ngajar ptg tadi. hahaha. berikut merupakan cite merapu aku. KAH3

"Ok, awak kena ingat sume 5 types of Disk Scheduling ni sampai ke liang lahad k!"

"ape cik? sampai liang lahad? wahh!"

"ye la, btw, penah dengar kan pepatah arab: Tolabal Ilmi Minal Mahdi Ilal-lahdi"

"ha??" -ok time ni ramai student wat muka blur. boleh?

"tu maksudnya: tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

"ooooooooooooo" , kata dorang serentak. haha. da macam koir.

"awak tau kan sebab ape tuntut ilmu sampai liang lahad, sebab time tu ade malaikat yg akan tanya awak dalam kubur. ingat tak malaikat ape?"

"munkar & nakir" -naseb baik ade yang leh jawab. hehe..

"gud, kate pegi semayang jumaat tiap2 minggu, tapi yang tu pon x ingat ek?"-sedap pulak aku tembak sebab dorang baru pas balik semayang jumaat. hehe..

lalu disambut helai tawa student. hehe. korang ingat aku gurau2 ke? aku serious kot. haha. semoga paham. keh2 :P

p/s: same2 la kita baiki diri kayyy =)

Wednesday, November 7, 2012

K.I.S.S

Assalamualaikum..

So, whats up guys? hope everything's went well. ditambah pulak dengan musim hujan, dengan taufan Sandy baru2 ni kat US. Dunia ni tua dah..aku pon. kejap je da almost 8 years tinggalkan alam persekolahan. Guess how old I am? hehe..

Dan last week, attend Raifana' kenduri. One of my friends during primary school dulu. Lame kan? sronot dpt   jumpe member2 lama semula. Kejap sangat la dapat jumpe Puan Hanim. Masok keje petang katanya. Maka nye pun kejap jugaklah aku dapat main dengan anak er; Iman. Still cute as always~ hehe..

Ahadnya pulak aku g Shah Alam. memula tengok barang2 outdoor. oh baru teringat owner kedai tu soh aku carik student kot2 sape nak buat outdoor activity, leh roger dia. So for those students yang tengah baca blog saya ni (kalau ada) n bminat nk buat outdoor activity, just give me a ring kay. I'll give you guys no phone owner brg2 outdoor ni.

& then, g makan kat Yazid Burger dekat ngn UiTM Shah Alam tu plop. lepak dengan Fahmi, Din & Aish. 500gm burger share 4 org. RM20. Serius sedap! n kenyang aku ..huhu..lagipun dah dok perabih air jagung besaq noo..naseb bek tak memerut on dat night. lol :p

so for this week, recap all the previous syllabus. next week will be study week, n the following weeks will be the examination week. Hope all the best for my students! =)

ok lah, dats all. till then..xoxo :)

p/s: K.I.S.S. stands for: Keep It Simple Stupid! hehe..tau time matriks dulu, lecturer Kimia cite pengalaman dia blaja kat oversea..yada..yada..papai :)

Wednesday, October 31, 2012

Alhamdulillah~

Assalamualaikum..

Everyday we are doing the same things..activity..especially me as an educator..

Routines can really gain boredom, but it turns different when it comes with different people, different students..

Woke up at 6+, nature's call, taking shower, brush teeth, wash my face, Subuh Prayer, iron clothes, switch on the tv, watch MHI just to know the current news, quickly prepare to go to the office, start my car, went to office, arrived, flash card, buy breakfast meal, went upstairs to office, switch on the light, eat breakfast, quickly prepared go to the class, and it's even more clumsy when my class start at 8am.

So, can you really feels how it feels to be me? cewah poyo nye ayat..

and every other day, we have fun, we gain sad moment, getting emotional on certain things, feels happy when people throw laughter on your jokes, we talk about our life, about our childhood, about our beloved family! about what happen last night..

in class, we deal with students, sometimes I myself don't really aware of my face expression, only when i got feedback from students then I know how masam I am sometimes. lol. I love my students! I hope they will benefits from all the knowledge gain in their studying phase. Not just pass in exam, but to be a good human, gain good attitude, can think out of box instead of just being spoon-feed by lecturers. (which is totally not cool at all!)

we make powerpoint slides, or sometimes instruct students to present in group, so that you guys won't be so culture-shock in university later-where no lecturers will guide you the same way we guide and 'pampered' you guys here. Absolute no!

and later, went it's already 5pm. The office still chaos, my colleagues come and go, some of them rush to the flash card machine so that they can fetch their children from the babysitters. Some of them went for Asar Prayer..it is much more easier if the prays is the top priority in life, hati lebih tenang, lebih mudah nak menghabiskan satu-satu keje.

for me, sometimes I change clothes, get ready for evening jog. For the moment, 2 round (3km) is enough for me as my daily routine (or maybe at least twice a week.can meh? lol)

later, went home, take a glance to the surrounding of my house. The landlord lives for about 4 homes away from the house I rent together with Emon.

Getting in, put all the bags, taking shower, ready for Maghrib, Maghrib prayer, take a quick nap where sometimes I can gain 'kebas' at my legs. huhu..so sakit..n then recite Quran, try understand the meaning, then take a dinner meal. As a single person, I'd rather just eat bread with tuna spread, or with nutella flood all over the bread. lol. sometimes just took cornflakes+milk, sunsweet, any available cake, or green apple. hehe. diet kah? taktau :p

n when the eyes are so heavy, it is just nice went to the bad, n landing like an aeroplane. lol. that's my life. How's yours? Whatever it is, I'm really really syukur to Allah s.w.t for giving me all the nikmat yg tak terhingga, syukur for having such great parents, siblings, family members! colleagues! friends! and also my fiance and later InsyaAllah my husband. InsyaAllah. may the best with us. Pray hard, learn more, smile more, be grateful even more. Syukran Ya Allah! Alhamdulillah..

err, I think I'm already lost the intention for my entry today. Let it be just like what it should be. lol. whatever. adios!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...