Saturday, October 20, 2018

Ulasan beberapa ayat dari Surah Yunus.

ULASAN BEBERAPA AYAT DARI SURAH YUNUS

AYAT 45.
'Dan (ingatlah) pada hari (ketika) Allah mengumpulkan mereka, (mereka berasa) seakan-akan tidak pernah tinggal (di dunia) kecuali sesaat sahaja pada waktu siang hari, (pada waktu) mereka saling berkenal-kenalan.

Sesungguhnya rugilah orang yang mendustakan pertemuan dengan Allah dan mereka tidak mendapat petunjuk.'

++ Tersangatlah singkat hidup ini, moga kita memanfaatkan setiap detik yang berlalu sebaiknya. 😢++

AYAT 51.
'Kemudian adakah setelah azab itu terjadi, kamu baru mempercayainya?

Adakah (baru) sekarang, padahal sebelumnya kamu selalu meminta agar disegerakan?'

++Menjawab pertanyaan pada ayat 48 oleh kaum musyrikin tentang bilakah ancaman daripada Allah akan datang. Na'uzubillah ++

AYAT 54.
'Dan kalau setiap orang yang zalim itu (mempunyai) segala yang ada di bumi, tentulah dia rela menebus dirinya dengan semua itu,

dan mereka menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu.

Kemudian diputuskan hukuman di antara mereka dengan adil dan mereka tidak dizalimi.'

++Jauh di sudut hati, aku faham setiap ayat Al-Quran yg kita baca, kita perlu hayati dan reflek pada diri sendiri yang terdahulunya. dan berdasarkan ayat 54 ini, aku sedar yg kita memang kena beringat yg setiap tindak tanduk kita, takkan terlepas dari diadili di mahkamah Allah 😢😢 (Ampunkan dosa kami Ya Allah).

but this one thing, aku teringat ribuan kes pasal penzaliman, kalau org muslim dizalimi semua pun dah tahu, di Palestin, di Myanmar, Syria dll (Moga Allah kuatkan hati mereka & satukan hati kita utk menentang kezaliman terhadap mereka),

namun tiba2 teringat kes Jamal Khashoggi, yang kesnya masih dalam siasatan lagi. Yes, you can google for more info. Seram baca, semoga dapat dijatuhkan hukuman setimpal buat yg terlibat, walau kita tahu macam mustahil utk diketengahkan.

Tapi bila baca ayat 54, surah Yunus ni, jauh di sudut hati kita doakan semoga beliau ditempatkan di kalangan hambaNya yg soleh, dan sudah pastinya Allah akan membalas perbuatan zalim manusia-manusia tersebut di Akhirat nanti 😡. Begitu juga dengan kaum semuslim di Palestin, Syria, Myanmar yang saban hari ditindas mereka yg Maha Zalim tersebut. 😢

AYAT 60.
'...Sesungguhnya Allah benar-benar mempunyai kurniaan (yang dilimpahkan) kepada manusia, tetapi kebanyakan mereka tidak bersyukur.'

++Rasanya kerap sangat jumpa ayat macam ni, tapi still tak ambil iktibar lagi. atau mungkin kita ni asyik kena diingatkan perihal bersyukur 😢😢😢

3 basic thing in life yg perlu disyukuri:
makan, tempat tinggal, pakaian. tak campur lagi nikmat kesihatan, pekerjaan, keluarga, suami, anak2.

Ya Allah ampunkan dosa kami atas kekufuran nikmat kami terhadapmu, dalam sedar atau tidak Ya Allah. 😢😢😢

Allah dah bagi semua on time, tapi solat pun masih culas belum on time. 😢😢😢

1 comment:

mrtttony002 said...

You made some respectable points there. I looked on the internet for the issue and located most people will go along with with your website. best online casino

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...