Showing posts with label resipi. Show all posts
Showing posts with label resipi. Show all posts

Saturday, June 23, 2012

Saturday's entry

Salam, semua sihat? hope semua ok la kay. di hari sabtu nan permai ni (kali ni aku kat umah, selalu xlekat punyee. haha), aku nak share lah. share ape ek?

Lokasi: Sek Agama Men Batu 10, Cheras, Selangor.
Tarikh: tak ingat, form 2 dlu kot, 2001.
Waktu: tak ingat, around 4pm gitu kot
Hari: Weekend. dikala kemalasan menghinggap di segenap urat saraf  tubuh.

Ade 1 announcement, memecah keheningan:

"Perhatian kepada Paulina, anda dikehendaki turun sebab McD Delivery da sampai."

Paulina? Sejak bile watak heroin cite La Usurpadora tu belajar same kat sekolah aku ni? Hhahahahaha. Lalu ramai la menjenguk ke pintu pagar motif nak tengok sape tuan empunya badan.

Ok, kelihatan jugak warden da standby sebab name pelik tu. Hahahahaha lawakk, rupenye ade sorang akak ni. Sorry name die aku lupe da, tapi geng die memang slalu kene aim ngn warden kitorang.

"Oh, prasan Paulina la ni?" kata Warden (name terpakse dirahsiakan).

hihihihi. bosan da kot bubuh name sndiri time call McD Delivery.

*********************************************************************************

Cite 2:

Lokasi: umah sepang.
Tarikh: harini.
Waktu: petang.

"Along serius taknak tukar tempat parking ke tempat teduh?"

"Untuk ape?"

"Tingkap pon tak turunkan tu"

"Tadi hujan la yah"

"Tau tak kenape kene alih tempat teduh?"

"Tak, tak cukup teduh ke tu? ok je along rase"

"sebab nak bagi getah tu tahan lame, kalau tak nanti merekah"

"oh yeke, heheheh..baru tau"

"ok, ayah tukar jap"

"ok, thanx ayah"

sorry ayah, along bukan degil. tapi malas, rase teduh dah tu. hehehehe :p

************************************************************

ok, setel dah flashback tu. saje je teringat. hehe. dan jugak, tadi aku memang saje on pesbuk. then perasan Mat Gebu dah update resipi terbaru die:

Classic Durian Cheese Cake!!!

I was like: Waaaaaaaaaaaaa!! kenapelah die ni rajin sangat! kenapelah aku tak serajin die. hahaha. ops, actually semalam aku masak gak pe, ikan masak kicap+kacang buncis goreng. ok la khenn??

Tunggulah mase ade nnti. Rase esok petang nak buatlah!! dan jugak bahan2 pon kene ade gak. hihi ;)

dan yg ke-2 , aku tergoda untuk buat lepat pisang!! waaaa nyummy2~~ (belum buat lagi da over nk nyummy2. haha) dan jugak tempting tengok entry Lepat Pisang Mat Gebu. auww! bahan2 tak susah, just nk cari daun pisang je. takpe, umah my aunt cik Arul ade (senyumm menyeringaii. hehe)

tunggulah! arghh!!

slurpppp~~ :p

p/s: do pray for my 10km run tomorrow okay! wearing new pants!




taken from Gibson's Daily Running Quotes.

Sunday, February 19, 2012

kerenah kereta..

Assalamualaikum semua~

so apecer weekend? weekend aku kali ni paling unexpected la senang cite. haha.

dan kenapa aku tak tido lagi skang? sebab nak tunggu kek kuar oven jap. walaupon esok pagi aku kene gerak awal, ade appointment, tapi takpe, itu tadehal punye (keh3)

camni citenye, ari sabtu aritu barula aku nak menapak kuar, ade mende nak beli. kasut keje aku (flat je pon) dah koyak. takkan la nak mengajar pakai kasut koyak en? koyak kat tepi la, sikit je, tapi gile tak selesa okk. bayangkan la seorang pendidik, mengajar dengan attire gitu. *ok, sila bayangkan skang, aku bagi mase.


.
..
...
....
.....
......
.......
.........
..........
...........
............
...........
.........
........
.......
......
....
...
..
.

ok, time's up! haha. ok sambung balik. so aku pon kuar la..then nak dijadikan cite, temperature kete aku sebenarnya dah tinggi ok. terima kasih kpd wak leng sebab perasan! huaaa aku serius tak pasan pape. ingatkan air bocor katanye. then turun bukit pon siap matikan enjin, semata2 taknak suhu naik. then pas hidup enjin balik, suhu die naik lagi. singgah tepi, bukak radiator. huhu, aku dok tepi je kot. pastu berlapikkan kain lap then fami bukak bhgn radiator tu, mancut ok air dia. aku dok jauh da time tu. cuakk gile siap asap2 lagi. org lalu tepi kadang2 hon gak. aku tengok aje la kete..

dah sembur air, idup enjin, temperature maintain balik. last2 g anta bengkel. naseb baik member sek punya, Iwe. (serius aku lupe sape. hehe. but fair la sebab die pon xdapat recall aku sape). then katenye klik radiator sume ok, tapi air dok tendang ke spare tank. katenye kene buat top overhaul, tukar gasket (sory kalo salah eja.haha). then g anta engineering utk trim, then pasang balik. ahh jangan tanye aku pape. aku dok tepi je la dengar dorang borak. serius aku sangat bodo pasal part2 enjin n inner side kete ni. huhu.

but, deep down in my heart, syukur Ya Allah rosak ni jadi time bukan aku keseorangan.
dulu penah gak tayar viva pancit, pastu fami tukarkan ke tayar ganti. aku bodo gile time tu. taktau nak watpe. la ni suhu naik pulak. katenye paling teruk, nanti piston tu tak function kot ke apetah, then leh mati kete tibe2. Iwe siap kate tunggu towing je la kalo nak gerak jauh..

so begitulah ceritanya...dasat gak pengalaman aku dgn kete sepanjang aku driving ni. huhu~

dan harini, barulah dapat melunaskan hasrat nak beli kasut. last2 aku sapu nike satu. sporty sikit tapi takpelah janji leh pakai g kelas. haha. takleh bayang camne pakai dengan baju kurung nnti. hehehe..

bukannye ape, sebab aku ni mungkin pakai lasak, sekejap je da hancur kasut. aritu g korea, ranap gak tapak getah kasut sport aku pakai tu. patot g anta cobbler soh jahit, tapi tak menyempat lagi.


aku punye warna purple gelap. lain2 kaler sume nak striking je.
yang aku tunjuk ni kire ala2 la rupenye.


sekian melaporkan. tata~ nak tengok kek jap.

setelah sejam..

aku update entry ni jap. haha. tadi aku wat kiwi cheese cake pulak. agagag..gara2 tergoda nampak cheese cream kat Cold Storage tadi, terus plan nak wat kek ni pulak. dan2 beli yogurt perasa kiwi and buah kiwi terus. sape lah punca nya kannn??? hahaha.


close-up shot.



top-view.


tapi cambiase, rase taktau lagi. kasik chill dulu. esok pagi baru leh rasa. aku just tukar dgn kiwi & base dia kali ni aku wat guna biskut oat krunch pulak. no more oreo. sok2 kite wat recipe lain pulak ek.

tatatititutu semua. mantok sudaaaa~

Tuesday, February 7, 2012

Oreo Strawberry Cheese Cake.

Assalamualaikum semua..

Sehat? Dah makan? aku bangon2 je terus g dapor, (ok, aku bangon kol 10 kot tadi. haha). then kuarkan daging dari freezer. tgk2 dah ade seplastik ikan kembung kat dalam sinki. n to be worst, tak bersiang lagi. huwaaaa~ don't tell me i have to siang that ikan.

so idea for today; ikan kembung masak pindang (thanx to google.haha), then petola air..ade sohon ngn tahu kering tu.

dan malam tadi, aku dah buang tebiat dengan mencuba resipi cheese cake. actually dari last 2 weeks aku nak buat ni. gara2 my friend syud g post kat status fb yang dia nak buat cheese cake.

so, mari kita mulakan dengan bahan2 n step2 yang terlibat:

oh by the way, the exact name for my cake is: Oreo Strawberry Cheese Cake. credits to my cousin; kak Na for giving the name. haha.

Bahan2:

250gm cheese cream (I used brand Philadelphia)
200ml natural low fat yogurt
3 sudu besar tepung red rose (tepung gandum pon boleh)
2 biji telur
90gm gula
30 keping biskut oreo (2 plastik bungkusan tu)
1 penutup esen vanila
1/4 cawan butter (3 sudu besar)
Aluminium foil

Hiasan:

Buah strawberi
Strawberi filling (aku eja 'feeling' tadi. boleh? haha)/ jem strawberi.

Cara2:

*pre-heat oven 180 degree.

Base:

1. Pecah2kan oreo tadi, kalo rajin buang isi putih dia. Tips: masokkan dalam plastik then tumbuk2 guna lesung batu.
2. Bahagi 2 oreo (1 bhgn utk base, 1 bhgn untuk bubuh dalam adunan)
2. Gaulkan oreo hancur tadi dengan butter.
3. Tekan dalam loyang yang dah gris & alas.
4. Bakar 7 minit, ketepikan.

Adunan kek:

1. Pukul cream cheese, gula, esen vanila dalam speed medium, hingga sebati.
2. Masukkan yogurt, pukul sebati.
3. Masukkan telur satu persatu, pukul sebati.
4. Masukkan oreo hancur yg setengah tadi dalam adunan, kaup balikkan.
5. Masukkan strawberi yang dah potong dadu dalam adunan, kaup balikkan.
6. Ok, adunan dah siap.

Bakar:

1. Bakar secara steam-bake. Aku bubuh satu dulang berisi air (seelok2nya air panas) kat bhgn bawah oven, kira loyang cheese cake 1 upper level dari dulang ni la.

Ade gak yang letak loyang adunan dalam loyang lain yang berisi air, just make sure air kat luar tu xmasok dalam adunan kek la.

2. Oven tu make sure api on atas bawah dan letak loyang kat bahagian paling bawah.
3. Bakar selama 45 minit, 170degree, hingga bhgn tengah betul2 masak.
(Tips: cucuk dgn lidi/chopstick)

after 45 min: (the most exciting part sbb dah ade rupa !!)

4. Tutup cheese cake dengan aluminium foil untuk elak terlebih kuning.
5. Sekarang guna api bawah je, bakar lagi dalam 15 minit.
6. Dah siap, switch off oven, biar kek dalam oven setengah jam ke sejam. bukak pintu oven sket.
7. Dah tu, hiaskan dengan sapu strawberi filling & hirisan strawberi.
8. Simpan dalam peti ais selama 4 jam atau semalaman untuk nak make sure kek betul2 padu.

Tips: Kalau nak potong, celup pisau dalam air panas dulu, lap then baru potong kek. (aku tengok blog orang. haha).

Notes:

1. Actually kek ni cam rapuh sikit time baru masak tu. Then dah chill 1 nite baru ok.
2. Boleh gak bubuh lemon sikit, tapi aku dah ganti dengan strawberi tu, masam sikit. hehe.
3. Rase dia: Alhamdulillah sedap. Seriously =) (nak2 kalo ade org support strawberi. ngeh2)

Credits:

MyResipi: resipi cheese cake.
Blog Cahaya Cintaku: Resipi Oreo Cheese Cake.

Next time aku nak wat lagi tapi kena up cheese cream tu la. sikit je dapat kali ni. tapi sebab cheese merupakan 1 mende yang memuakkan, so the cake is still ok for me dengan kuantiti ni. hehe..

Selamat mencuba semua!! ^____________^


side view


bird eye view. haha.

Sunday, February 5, 2012

spaghetti.

Assalamualaikum semua..

Salam Maulidur Rasul buat semua muslimin & muslimat..so ape plan for today?

Aku cambiase la, weekend adalah masa utk memasak. so for lunch today aku tak masak nasi & lauk as usual, tapi buat spaghetti. angin manetah merasuk soh wat, dari last week lagi aku nk buat sebenarnya. so malam tadi g Giant beli bahan2, then today make it.

Resipi? aku refer internet je. senang.

Spaghetti.
Sebungkus daging cincang. (Sekarang ni packing Ramly tu dah lain rupa pulak)
Cendawan butang.
Sos tomato puree (Aku guna Prego).
Bawang putih sikit.
Sosej.

Cara:

A. Spaghetti

1. Potong sosej kecik2.
2. Cocok spaghetti dalam potongan hotdog tadi.
3. Rebus sosej+spaghetti tadi. Agak2 dah lembut boleh angkat.

B. Kuah spaghetti

1. Tumis bawang putih.
2. Tuang Prego.
3. Masukkan daging kisar tadi. Make sure dah kirai2..guna jari je.
4. Kalo rase pekat sangat, boleh masukkan air.
5. Agak2 dah lama sikit, masokkan cendawan butang.
6. Masokkan garam secukup rasa.
7. Gaul sampai mesra, dah masak boleh tutup api.

Senang kan?



hehe..credits to 9Gag for the idea.

Sunday, December 11, 2011

Sup Ikan Merah yg nyummeeehhh


Salam, gatal tangan nye pasal, nak cite pasal masak semalam pulak. hehes. ok, semalam wat Sup Ikan Merah. amacam? kecur liur tak sume? hehes. [yoyoan je aku nih]

So, mari kite mulekan. cambiase, pic nnti ade jodoh aku hapload k. n sumber kali ni aku rujuk myresipi je. k, jom2 start. Bismillah~

Bahan2:

2 potong ikan merah (pastu potong lg, sebab besar gak ni)
bawang merah kecil (hiris pastu tumbuk - cara aku la)
bawang putih (spt diatas)
halia seinci
air (kuantiti: setengah periuk. agak2 sikit baru tambah lagi)
sub bunjut adabi
kentang (patot 2 biji cukup dah)
sedikit serbuk lada hitam
daun sup
1 biji limau nipis (perahan)

other suggestions:

rempah serbuk sup dalam paket tu. adabi.
rempah tumis (yg 4 beradik tu)
lobak merah (terlupe nak mintak ayah beli. huhuk)
daun bawang
tomato
asam keping (bole tak aku terlupe nak bubuh smlm? haha)
serai (ade je kat luar umah, malas nak menapak. boleh?)
daun bawang

Cara-cara:

1. Cuci ikan tadi ngn air asam (motif: nak hilangkan hanyir)

2. Panaskan minyak & tumis bwg putih+merah+halia+serbuk lada hitam

3. dah sebati, masukkan air setengah periuk.

4. masukkan kentang & sup bunjut. biar lama sikit (motif: nak bagi kentang empuk)

5. dah agak2 mendidih, leh masukkan ikan merah, daun sup, asam keping n serai kalo ade.

6. ops, jangan lupe perah limau sikit. jangan perah dalam periuk la, takot termasam. perah dalam mangkuk sendiri jek. hehe (sebab aku dah buat, n mmg masam pon. haha) ni optional la kire.


tadaaaaaaaaaaaa!! siap da. sape kate masak susah? tipu dunia je sume tu. haha.

main masak-masak: sambal ayam


Salam to all. Amacam cuti? ade besh? ade tak besh? tak kesah la janji cuti ye dok. dari membebel dok kata nyampah keje, bek cuti dan tak kesah la if cuti tu tak wat pape pon. kate cuti. kannn?? :P

so aku dah blur ni, sangat molek la nak share resipi ngan uols. i masak simple2 je. takde la mcm chef wan ke, chef riz ke. sempoi sudah.

eh jap, sape da tengok Ombak Rindu? apesal mcm banyak review kate cite tu tak seswaiii je nak ditengok? n untung gak sape tengok on 1st day sebab takde tapis (hasil pembacaan kat review blog manetah). haha. malas la nk layan tu. tunggu Sherlock Holmes la. nak tgk action movie pon cara gak en?

ok, so tadi aku masak ayam sambal. sepatutnya nak wat ayam masak kicap. tah cane leh jadi sambal. hentam sajala labu.

gamba? KIV jap. laptop adik aku ni apehal tah Bluetooth probs. malas nk cari solution :P

aku banyak tiru dari resipi mat Gebu je senarnye. meh aku story ape yg aku wat:

eh jap2, dalam entri tu mat gebu buat ayam masak kicap. tapi aku nye jadi ayam sambal je. so don't be confused ok. hehe.

Bahan2:

ayam (potong kecik2)
1 biji bawang besar, hiris bulat (tujuan nak bagi manis)
7 biji cili padi (kalo nak lagi pedas, tambah lagi 10 biji)
5 biji bawang putih (nak ketuk bole, tapi aku suke tumbuk kot)
1 inci halia (nak hiris bole, tapi aku suke tumbuk gak. haha)
cili blend (dalam 3 sudu besar)
1 batang kayu manis
sebab takde daun bawang and ade daun sup, aku rembat je daun sup.

Cara-cara:

1. Cuci ayam. aku taktau korang cuci camne. tapi kalo aku, pas da buang lemak sume tu, basuh bersih2, then gaul ngn garam & tepung gandum. tujuan: nak hilangkan bau hanyir.

2. kalo ikut resipi mat gebu, die soh cucuk ayam tu ngn garfu, lumur ngn sikit garam & serbuk kunyit, perap dalam 20minit. tapi apesal aku nye jadi masin sangat? hahaha.

3. jangan lupe goreng ayam tu tapi jangan garing sgt. just nak make sure ayam tu masak. ade member aku dari bidang masak. katenye ayam kalo tak masak betul bole buat sakit perot sebab ade bakteria mcm kat taik tu. euww~ so masak la betul2 ek uols. ikan takpe makan mentah. tapi aku tak sanggop la. hehe.

4. Dah setel part ayam, jom go on to part main menu plak. So kene la blend cili. renyah tapi nak yang terbaik, buat sendiri la en.

5. So, cambiase panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis.

6. Tumis bawang putih+halia+ bwg merah sikit (ni aku tambah sendiri).

7. pastu tumis cili blend tadi sampai garing. tak garing nanti sakit perut tau.

8. pastu tah macammane aku bole tergatal tangan g taruk serbuk lada hitam tumis skali. blasah.

9. dah garing kaw2, aku g tambah pulak sos tiram. agak2 bole taruk kite balun je ek. hehe

10. dah tu, tambah ayam yg da digoreng tadi.

11. tambah bawang besar yg dah dihiris bulat tu & cili padi gak. agak2 tawar leh tambah garam / kicap. ikut sukati.

12. ade inovasi sikit, tambah daun bawang seelok2nya kot. tapi kt umh ni ade daun sup je. hah, ape lagi. hiris halus2 then taburrrrr~ hehes.


siap!!! mudah kan?? :D

p/s: memasak mampu menghilangkan tension. khennnnnn? =]

Sunday, November 6, 2011

paprik fever..

:: sup paprik, lauk paprik? arghh pape je janji siap!! ^_^ ::

sebagai intro, pic di atas ni ialah semalam lunch which is aku wat lauk paprik, sup paprik gitu, siap bubuh tepung jagung sket nk ade rupe ala2 pekat kuahnye, cewah :)

dan utk harini nye laporan masakan:

Boring2 mmg best kalo g dapor masak. So tadi aku masak la nasi goreng paprik. lapar nye pasal. walhal arini raye aji patot wat la spesel utk raye kan, tp aku ubah style (walhal?)

Bahan2 tumis:

1 bawang besar (1/2 tumbuk, 1/2 lg potong besar bagi nak manis)
5 biji bawang putih
1 inci halia
secubit belacan
1 serai (lebih masak semalam ade kat dapor, aku sebat je la)
7 biji cili padi
cili blender (buat sendiri paling cara)
garam, gula secukup rasa
sos tiram
asam keping / asam jawa

Isi:
ayam bhgn dada, aku masak utk 4 orang.
sotong (pon lebeh jumpe dalam freezer)

Sayur:
tadi igtkan nak cendawan, tapi dah malas nk gerak g kedai, aku masak je la ape yg ade dlm peti es:
1/2 bunga kobis
1 biji carrot
bole gak bubuh: cendawan tiram, kacang buncis, broccoli, capsicum, jagung muda. (sedapnye if ade sume2 ni. huhu)

Cara2:

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili blender tadi
3. tunggu sampai betul2 masak (dulu aku failed mende ni, skg ok da la)
4. dah pecah minyak, then aku masokkan serai yg dah ditumbuk, cili padi & belacan yg dah tumbuk tadi. hehe belasah je ni.
5. pastu bubuh gula dlm 1 sudu, saje taknak pedas sgt.
6. pastu garam sikit, wat syarat. pastu rase la. insyaAllah sedap :)

7. jangan lupe sos tiram takat sekali tonggeng.
8. dah gaul, then masokkan ayam. gaul2 sampai keras sket.
9. n disebabkan aku bubuh sotong, so jangan lupe masokkan asam keping / asam jawa. aku lupe ni, masalah gak la nak telan tadi. ades. bagi yg x sensitif takde masalah kot.

10. dah masok sotong tadi, gaul2
11. masokkan sayur kobis bunga & carrot yg dah dipotong tadi.
12. kacau, gaul sampai sebati & lembut. masukkan gak bawang besar yg dah dipotong besar, motif nk bagi masakan manis & harum.
13. masokkan nasi yg dah kirai2. kalo ketul2 nnti tak sebati pulak.
14. gaul2 smpai sebati semua, rase, make sure garam sume okkk!!

dah siap!! dah leh hidang utk makan. aummm~~~

:: rupe macam out, tapi rasa? aku rasa ok jek, hehe. nak tau kene cube ok! ::
[bujang2 ni masak nasi goreng la paling senang. haha]

p/s: sejurus aku masak, tgk kat ruang tamu bergelimpangan semua tido. penat sgt ke raya haji ni? hehehhehe..bye2 uols! have a nice day. muah! ^_^


Sunday, June 19, 2011

biarkanlah..


Salam to all.

So apecer? baik? tabaik?

So tadi aku baru usai masak setelah 2mggu tak usik dapor as last week aku kat umah emon. Tadi aku masak ikan goreng n daging masak merah. So macam biase aku nak stori mori. paling senang kot aku penah buat. hehe

Bahan2 cambiase: minyak, bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, daging, cili giling, sos tiram, kicap, garam secukup rasa, sos cili.

Cara2:

1. rebus daging. kalo nak bagi efek taruk pewarna merah sikit so time potong tu lawa la. tapi disebabkan aku buat daging sambal so macam tak payah pon takpe sebenarnya.

2. buh minyak, tumis bawang merah n bawang putih n halia yang dah ditumbuk tadi sampai naik bau (suke gile bau die.hehe)

3. bubuh cili giling. biar sampai betul2 masak. aku dulu awal2 masak selalu kena komen ngn ayah sebab cili aku cam tak garing katanya. bole bikin perut sakit kot. hee..

4. cara nak tau da garing? da itam kot. keh2. pandai2 la kan..

5. dah tu bubuh sos tiram, sos cili, kicap dalam tu, kuantiti agak2 la ikut selera tekak masing2. (aku tadi tlupa nak bubuh kicap. haish)

6. dah tu, masokkan je daging tadi. time rebus aku potong besar2. dah nak gaul ngn sambal ni aku hiris kecik2 la. potong ikut urat? tak ikut urat? ahh hentam je. masok perut kang xde rupa da kot pastu. haha

7. pastu bawang besar tadi korang potong melintang. bukan menegak. so hasilnya dapat bawang yang besar2 la. tanye la mak korang camne nak potong bawang so that masakan jadi manis, mesti mak ajar nnti camne :)

8. n jangan lupe gak bubuh garam so that ade rase la masakan korang. selamat mencuba! :)

photo? takde plak. hehe..




dan juga, heppy father's day to my dad, ade entry lepas aku dah cerita bout him.. :)

dan juga semalam aku g Amcorp Mall sebab exam NCLP dalam tu. dah setel exam aku merayau2 jap la ngn member2, g Book Excess, argghh geram gile tgk price murah2 kot. pastu aku grab 3 buku:

1. Guinness World Record 2011 (harga asal: RM99 jadi RM25)
2. The Lovely Bones (asal: RM35, jadi RM17.90)
3. Glory of Path..harga? rahsia2..heheee

geram kan??? tengok la ade mase nanti pas gaji aku nak g situ lagi. tapi buku2 yg currently nga bace pon tak abes lagi. haha. tamak2 :P

n btw, esok aku bakal ke JB pulak, kursus Induksi. tak prepare pape lagi ni. k, gotta go :)

ops, jom layan video comel ni. layan cite papadom tadi ade plak lagu ni:


p/s: hb to u :)

Friday, June 3, 2011

Resipi ayam goreng tepung :)


Assalamualaikum n salam sejahtera sumaaaaaaaaa...pehabaq? hope everything's well ok.


Tadi bosan2, so masak la utk lunch kan. so arini google myresipi resipi ayam. n then ade gak google website lain. ahh blasah je weh. bak kate rummet aku, Bi. rules utk masak ialah takyah ikut sgt resipi. boleh?? haha.


so, berbekalkan ayam yg ayah beli smlm, aku pon mule la selongkar dapur tgk ape bahan ade. nk g kedai mmg tak la. kelmarin da pegi. haha (xde la malas sgt kot kan??? hee)


ok, kite mulakan dengan bahan2 utk perap:


1. bawang putih & bawang besar (blend siap2 senang. kuantiti? ade akak ofis aku ajar, kalo nak sedap biar bilgn bahan tu angka ganjil okk)

2. lada hitam, lada sulah (kuantiti agak2 je la)

3. sos tiram (agak2 je, td dlam 2 tonggengan aku wat.paham kan?)

4. garam (jgn miss ni, takde rase kang ayam korang t, kuantiti agak2 je la)

5. serbuk kunyit (ni aku belasah je, dlm 1sudu besar gitu)

6. kalo ade serbuk kari pon ok kot. aku dah last2 minit baru ternampak paket tu menyorok. haipp!


pastu da masuk dalam mangkuk, gaul la ape lagi. ayam aku ske potong size sederhana besar. masak pon meliputi semua la nanti. igt lagi kan bljr kimia dulu, semakin besar luas permukaan semakin cpt panas. haha ape aku merepek.


so, simpan la elok2 dalam peti ais, tempoh stgh jam ke sejam.


bahan2 seterusnya, utk tepung lak:

1. tepung gandum

2. tepung jagung

3. serbuk kunyit

4. serbuk kari

5. garam (sikit je kot, cambiase la agak2 je la. tp takya byk2 pon takpe, dpt darah tinggi pulekkk den tatau) :P


tu pon gaul2 sampai sebati. ade gak tadi resipi org tu bubuh tepung beras, ubi kayu. naseb bek tepung goreng pisang die tak bubuh. so kalo korang nak try pon boleyy.


so, nak watpe skg? mase utk menggoreng!! jangan lupe telur (aku wat tadi sebijik je la) utk gaul before gaul ngn tepung.

macam biase la, macam goreng ayam ngn tepung kfc: kuarkan ayam yg dah perap sejam tadi dari peti es. gaul ngn telur kejap (just nk ade gam antara ayam & tepung) then gaul ngn adunan tepung yang korang da gaul sebati tadi. Then masok la ke dalam periuk yang dah menggelegak minyaknye tadi. aum~ aum~ (ok, tu bunyik kucing 2 ekor kat umh aku. tiap2 kali aku masak dorg tuka dr bunyik "meow" ke "aum2~" gerunkan? kih2)


pastu agak2 la. utk 1st batch ayam yg nga goreng macam lame nak masak. api bukak kecik je. kang ayam hangus di luar, mentah di dalam korang tanggung sendiri. aku dah pesan taknak dengar memang elok la makan ayam ala2 sushi gitu (tak masak betul).


pastu pandai2 la korang tengok da masak ke belom dalam isi ayam tu. ishh takkan sume aku nak bgtau kott?? (tetibe emo. haha) ok la, finally ayam korang akan kaler2 hijau gitu. ok tipu je ayam kaler da masak la ala2 coklat gitu. n jgn lupe gak amalkan berselawat time masak or wat pape la kan, mak aku selalu pesan gitu. tu kalo tolong die masak kat dapo itu je la die dok remind. hee..insyaAllah org tak terer masak (mcm ceq) pon masakan leh menjadi. insyaAllah :)


dahla, perut aku pon da lapar ni. sehingga ketemuan lagi di lain episod (cewah). tata. kat bawah ni aku paste link2 website para otai masak yang banyak giler berjasa ahh kat aku selama ni. padan muke aku baru nk godek2 masak. kih2. k u ol, selamat mencuba! salam!! ^_^


.:: tadaaaaa~ da siap da ayam kiteee ::.


http://www.myresipi.com/top/detail/83


http://psittacula.wordpress.com/2007/03/12/ayam-goreng-tepung/


http://resepi.mesra.net/Detailed/2498.shtml


http://www.myresipi.com/top/detail/4586


http://resepiraidah.blogspot.com/2010/03/ayam-goreng-celup-tepung.html


...dan sebelum terlupa, bagi yang belum maklum, ibu saya telah pulang ke Rahmatullah pada 16 Mei 2011 lepas..kanser usus..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al-Fatihah buatnye. semoga dia tenang disana, dipermudahkan urusan..aminn..wallahu'alam..


kalau nak bace cerita lagi lanjut, bole baca di link berikut eh. Thanx my buddy, Nadea for all the things u thought to me especially bout medical stuff..dan juga sangat2 berterima kasih buat semua yang membantu kami sekeluarga, sebelum, semasa dan selepas pemergian ibu tercinta kami..Wallahu'alam..


1. Ahad, 08 Mei 2011

2. Rabu, 11 Mei 2011

3. Ahad, 15 Mei 2011

4. Selasa, 17 Mei 2011

5. Rabu, 18 Mei 2011


Monday, February 21, 2011

Daging salai masak lemak cili api...

Assalamualaikum sumeee... sume sehat? ape? demam? seseme? ciannyyee.. jgn lupe makan ubat eh.

hahaha ape la aku merepek ni. bajet ade orang bace la kan. hahah *munta darah*

ok2, so back to reality, ape yg buat aku heppy sgt2 ni sebab da siapkan sesi Penggubalan soalan exam utk student. weeeeeee~ feels like flying in the air bebeh! i loike~

actually kitorang penggubal diberi masa sebulan. tapi disebabkan perangai bertangguh yg takle bla sikit punye mendalam dalam jiwa gua ni, so da last2 minit baru siap. hehe. takpela bebeh janji siap. kan kan? ^_^

rase nak jerit tau time da siapkan malam tadi. hee. pastu takde keje g kaco org plak da siap wat soalan tu. hehe. naseb bek org tu on je. hahahaha *gedik lagi. omaigod*

pastukan, da serabut gile kepala semalam, g kaco kak Lyn plak.

"Kak Lyn, kite tak kire, minggu ni kite nak balik umah, nak merayau puas2. kite da penat otak mengadap soalan bagai ni. huwaaa"

tu je la. haish apela aku melalut ni weh cam xde isu len lak nak cite. *tp memang takde pon kot. huhu*

Serius nak share tapi ape ye? oooo ok2 got it!

semalam teman kak Lyn masak. kire aku pembantu chef la (kt rumah pon keje ni gak. bile la btul2 bertauliah nk masak by my own ni. hue2) so semalam wat daging salai masak lemak. nyummy2! serius sedap! *perhatian: kak lin masak ok, gua tolong2 je so takde isu masuk lif tekan sendiri di sini hokeyy*

so nak saya ajar? moh kite! :D

Bahan2:

a) daging dah salai (yg ni semalam kepit & panggang je atas dapur gas tu. make sure tak panggang lame sgt, biar ade jus nanti die serap masok dalam kuah nanti)
b) serai (cambiase la tumbuk before campak dalam kuali kan)
c) Cili merah se (satu)
d) Santan. (da kate masak lemak..hehe)
e) perahan limau nipis / kasturi (tp aku cam xbiase ngn ni as my mum tak penah include ni. ikut selera tekak masing2 ok!)
e) Bahan2 nak tumbuk gua include bwh ni la eh:

1. Tumbuk :

Bawang putih
Bawang merah
Kunyit hidup
Ikan bilis (alamak, mebi ade kot ni..lupe plak)
Cili api kampung (ni kalo tak nak kasik die meluncek korang kene bubuh garam sekali dalam lesung tu, credits to kak Lyn for the petua :)

erm ni je kot, kalo ade missing or korang nak suggest sangat2 dialu2kan tau . lurve it! ;)
2. pastu kite da masok ke sesi memasak:

3. Tumis la sume2 yg da ditumbuk tadi..

4. Pastu masukkan perahan limau tadi. kuantiti ikut sukati. hee

5. Pastu masukkn serai & cili tu taw.

6. Masukkan santan. Tah aku baru 1st time kot wat . haha. salu kt umh tgk je mak wat. hee..

7. Pastu masukkan daging yg da salai / panggang tadi. Jangan lupe potong slice tau. takkan nak masuk sebeban dalam tu? hahahaha

8. Then rase la, kalo kurg rase, tambah garam.. terlebih air limau tu tambah gula nak neutralize. ala korang pakar da kan..ngeh3 :D

9. Pastu tunggula santan tu pekat. Mcm semalam pakai santan kotak je. Kalo ngn mak, mak suke santan parut. aku plak mak masak ape sume aku suke. heee senang kan dapat anak macam saya ni? *and of course memasak pon saya suke.. haha*

10. Eh da la kot, jangan bia lame sgt nanti kering kang tak best plak. tu je la kot. tutup api, senduk nasi then makan! huwaaa nikmat siot makan panas2~ weheeee ^_^


ok2, ni ade link yg cambest. Otai kot ni. tadi saje gugel : [click here]

dah la kot. banyak da saya menaip ni. hee *cam innocent gile gune perkataan saya. haha*

p/s: next entry mebi sal piza. da lame tak wat ni. ade orang tu petik soh kite wat. hehe ^_^ tunggu ek.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...