Monday, September 19, 2016

Bersalin anak kedua.

Bersalin anak kedua. dimana kakaknya baru berusia 2tahun 1 bulan, menanti kelahiran adiknya pula. dan aku, mengandung kali ini dugaannya batuk yg teramat menyeksakan.

Siap pergi berurut, kedua2 tukang urut bagitahu yg baby dah turun, kurang seminggu lagi nak keluar. I was like; pergh! mau tak cuak beb. dah la aku ni PJJ (Read: Perkahwinan Jarak Jauh). aku di Sabak Bernam, husband kat Johor Bahru. Dan disebabkan dah tak larat nk bwk badan plus menjaga si kakak seorg diri kat poli ni, so aku decide nak amek 2weeks earlier than due date utk mula cuti bersalin. dan 3 bulan plus 1 month Cuti Tanpa Gaji as an excuse because of Ramadhan, takut penat nak urus anak sorg2 time bulan puasa tu kan (pastu jenuh nak ganti balik gaji sebulan tu. wahaha)

2minggu bercuti bersalin, takde tanda lagi. until this 1 early Saturday morning, blood show sudah mariii which is sama tanda dgn kakak sulung dulu. tapi xpe, husband finally balik juga ke Johor on that early Sunday Morning, takut2 Sabtu malam tu bersalin, sadly nope. huhu.

 Jangan tanyalah ape yg aku dah buat utk memudahkn bersalin. VCO? Exercise? minum air basuhan rambut after shower sambil selawat? u just name it baby. haha. tapi Takdir Allah mengatasi segala2nya.

Isnin pun menjelma. Isnin pagi aku siap boleh reply whatsapp officemate yg berminat nak beli stroller budak. planning to let go my daughter's stroller sebab jarang gila guna. bulky je lebih nasib baik kuarters aku duduk ni luas. hehe

dan menginjak ke jam 12tengahari, aku dah mula rasa sakit2 kt perut. mcm contraction. ade la once in 30minutes. mommaa sakit.

tanya mak mertua, dia pun x berapa nk pasti. tp aku count je la guna Apps Contraction Timer ke ape namanya tah. tp mmg berjasa sungguh.

dah makin kerap. every 10-15minutes dah kekerapan contraction tu. siap whatsapp one of my officemate to double confirm. dia suruh ke hospital terus katanya.

dan bergegas aku beritahu mak mertua.

"Mak, sakitlah. Dah tak tahan rasanya ni. Boleh la siap2 ke Hospital skrg."

kataku sambil muka dah kerut2 tahan sakit.

Mak mertua tersayang terus capai beg baju aku dan buat last checkup mana perlu mana tak. Terima kasih mak *tears*

Yang kakak Aulia' aku sempat salam ke cium kot. Then segalanya aku serahkan kpd Allah moga anak kesayangan sulung aku tu pandai bawa diri among aunties and uncles dia.

Ayah mertua yg drive kereta ke Hospital Serdang. aku dok depan. pulun makan kurma n minum air suam sebab aku tahu once dah masuk Labor Room kang haram nak dibaginya kita makan.

Time ni selamba lagi tak call husband. Walau dalam hati dah meronta nak sangat call. So lesson learnt, for next birth (wow! I can't imagine I can write this when there's a 6months baby beside me sleeping. lol) utk next birth, definitely I'm gonna call my husband no matter where he is.

Ok dah sampai Hospital, check Opening berapa. dah 4 or 5cm I guess. Dalam hati terdetik;

'Wahhhh bahagianyaaa dah bukak banyak. Hoping for the smooth delivery after this'

yang tak leh bla nye, doctor yg check and rasa ni boleh pulak kata;

"hey, I can't feel head la. something but not head"

weiiii aku dah cuak kottt. sepanjang checkul Alhamdulillah kepala baby dah turun da kot walau nurse kerap kata belum engage.

"eh you ni, ini kepala baby la. u jgn bukan2"

tegur doctor 2nd kpd doctor 1st. Syukur Ya Allah! aku dgn sakitnya ni jgn buat aku gabra bole tak? lol.

sakit contraction makin sakit. dorg psg belt tu nk monitor heartbeat baby. ok la, aku layankan aje sakit contraction tu sambil tak putus2 ingt nama Allah. Hanya itu je penguat hati beb.

Tak lama tu, tetiba dengar bunyi:

"Splusssshhhhhhh"

What the heck is that??? (asking myself). aku pun jeritlah;

"Doctor, nurse, rasenye air ketuban saya dah pecah!!"

Jeritku dari sebalik tabir.

Bergegas doktor yg check tadi jenguk.

"Oh, puan dah pecah air ketuban ni. Kene ke Labor Room lah nampak gaya"

Salin baju lebih kurang. then terus aku ditolak ke Labor Room. air ketuban tak habis keluar lagi weh. anak 1st dulu doctor yg pecahkan. anak 1st aku dulu 9jam kot tunggu kt Labor Room nak keluar. waaa hoping for the shorter period for this 2nd one.

Sekilas aku usha tgk mana mak mertua aku kt ruang menunggu tadi. dan aku dah pesan kt nurse utk inform my mom yg aku akan ke Labor Room.

Jauh dalam hati, alahai husband pukul berapa lah sampai ni. Mau 3jam dari JB. xpelah Allah kan ada. InsyaAllah everything is gonna be alright.

Dah masuk LR, baring. mengiring kiri. tahan contraction yg teramat (huwaaaaa). ingat Allah byk2 Ain. ingat Allahhhh.

mula2 heartbeat baby cantik. tak lama tu, mcm x dgr. terus panggil Pakar dan dia suruh MO ke HO situ tah utk amek internal reading heartbeat baby.

korang faham tak ape maksud internal tu and kat mana alat tu dimasukkan to make it more accurate? yeah definitely from down under. maka Redho lah aku as long as my little one is perfectly monitored.

sakit contraction. makin sakit. makin tak tertanggung. tapi xpe, Allah menguji hambaNya sesuai dgn kemampuan mereka.

Ditakdirkan, sister yg sambut baby tu dia godek2 sikit then dia suruh aku try push. aku pun push la ikut arahan dia. praktikal takkan sama dgn what you've watched in Youtube babe. In reality, frankly to say, I just rely on them to do whatever I need to do.

and Alhamdulillah with several pushes, dengarlah suara baby. huwaaaaa. baby nangis bikin mama pun nak nangis lah. huhuhu. It's a girl! and I also memang dah ready mind set that this one is a girl, ade geng ngn kakak dia nanti. hehe.

The time of birth? about 7.20pm, several minutes before Maghrib. and not long after, her dad arrived.

oh forgot to say, my placenta or uri quite difficult to take off. risau takut ade tertinggal kt dalam. infection or any other thing can happened. siap Pakar dtg ok utk scan tgk ade lg ke kt dalam. Siap aku sedut Enthonox ok. High gila pastu. hahaha. hampeh tol. everything's turned fine not long after.

penat weh bersalin. aku haus n lapar nak mampus pastu.

naik ward kene tolak guna katil tu. kalau kt Hospital kajang my 1st child dlu tolak pakai wheelchair je. tehehe.

malamnya husband temanlah. dah lewat sgt. I bet dia pun penat gila kot drive dari JB tu. plus I got no one to teman on that night. no other patient in the room of four tu. and I got fever jugak masa labor so antibiotic on la for 3 days at hospital.

pengalaman yg sgt mdebarkan! sementelah aku x diuji dgn alahan time mengandung, cabaran dtg masa bersalin la pulak. hehe. semuanya kuasa Allah.  Allahu'alam 😙

by the way, the details of my second daughter is as follows;

Name: Izzah binti Mohamad Fahmi.
Maksud nama: Kekuatan, kemuliaan. husband yg bagi nama ni. I really got no idea. hehe.
DOB: 21.03.2016
POB: Hospital Serdang
Time: 7.20pm lebih kurang.
Weight: 3.1kg
Normal. Alhamdulillah.

Sunday, November 30, 2014

Kemanisan hidup.

Assalamualaikum semua, if there's still any to read my blog la. Lols! Mcm tgexut gak Doc Ndea singgah blog i several days before..means  masih laku lg la blog aku ni. Lols!

Saje la nk update life skrg, aku still mengajar kt poli Sabak, baru2 ni husband aku baru pas setel operation ACL, ligamen lutut dia tinggal half doc kate & advised utk operation done. Insured by company, nk ujung tahun ni kan, so he decided to grab the benefits given. Overall costs rm16.7k. Done at KPJ JB. kaw2 kan harga?

Makcik (M): Ni dah kenapa lutut ni? (Sambil melihat husband jalan pakai braces kt lutut).

Husband (H): sebab sport, operate acl. Saya join marathon dulu.

M: ye lah, serba salah kalau main sport pon kene operate, kalau xbersukan pon tokleh gak.

Aku (A): ni namanya terlebih sukan cik. (Sambil point kt husband).

M: 'sukan' ape yg terlebih ni? (Sambil tergelak mengusik)

Aku & laki dah xterjawab..wakaka..

M: ehh acik gurau2 je la..maaf ya..

A: eh xde ape la cik. (Walhal da senyap sengih2 je taktau nk reply ape. Hahaha
 Same goes to my husband. Lols!)

itu time kat kenduri td. Ni ptg td dalam kete ngn laki aku.......

Aku: abang, dgr ni jenis2 perangai buruk anak & puncanya kt post fb ni..

Suami: hmmm..

A: blablablabla blablablabla (kdg2 ade masa2 mmg aku rajin nk jd narrator instead of tag husband aku kt post fb ni).


Sampai kt point ke 9 out of 10 cmtu..

S: ape? Xdgr..

A: blablablabla..

S: bukan2, point yg lain.

A: yg mana?

S: Start dari no. 1

A: Waaaaaaaaaaa. Taknak kawannnn.

S: hahahahahaha. Gurau je la.


sabar je tau dgn husband aku ni..sabar je byk2 hokayyy.


kes lain plak......

Suami: eh, sape pulak bakar sampah kt hutan ni? (Sambil point kt kabus2 tebal kt hutan kiri kanan highway. Masa ni dh ptg nk maghrib cmtu la..)

Aku: ape bang? Ade org bakar ke dlm hutan ni?

S: Alamak malu la org sains tanya kita soalan ni. (Sambil tersengih2, nasib baik ensem mcm James Franco. Wahahahaha)

A: alaaaaaa. Tanak kawan la camni (malu tahap supersaiyaaa)

S: Alaa..ni kan proses luluhawa ni.

A: yela..yela..hahahhahaha

best kan da kawin? Bahaha. Alhamdulillah rezeki Allah bagi. Wpun mmg kene byk bersabar dgn suami & jugak ketidakmatangan dlm diri ni, tp bila mengingatkan yg suami adalah kunci ke syurga sbg isteri, aku jadi kuat utk menghadapi segala mcm rencah dlm rumahtangga ni..biarlah susah senang kita bersama..aminn..semoga Allah kurniakan kebahagiaan buat kita semua di dunia & akhirat..aminn.
















Monday, September 15, 2014

Secebis kenangan yg takkan luput dek zaman.

Assalamualaikum alls!

How's your day? Me Alhamdulillah doing fine day by day. cuma tak tipu yg my life change totally change since I deliver this little daughter, currently sleeping so dat I can update my blog. Lol. Of course using my phone. My laptop which I inherit from my sister (dasar kedekut), already bcome a tukun. Lols.

i think i wanna share my journey or my priceless experience during deliver my baby larh. Hehes. Kot2 aku dah nyanyuk or dah xde kt dunia ni (sobs), so ade la kenangan & ilmu yg aku leh turunkan kt cni.

so Bismillah, let the story begins..

aku apply cuti awal seminggu je dr tarikh due date, which supposed to be on 3/2/2014. Dia mcm tbalik tau dgn tarikh nikah aku which is on 2/3/2013. Kuasa Allah, anak aku xmo kua time edd tu. So aku watpa? Lepak je la kt rumh. Blajar teknik bnafas kt youtube. Sujud yg lama gile tu mau 10minit kot weh siap set timer fon sbg ikhtiar utk bg kepala baby masok laluan..dan tiap2 hari aku mkn 4biji ferous pill tu ok. Sgt tak best rase dia. Tp sbb hb aku rendah, so tahankan je la.

Khamis. Aku turun tanda darah, kaki aku xde bengkak. Jln steady, cuma comel sket mcm penguin. Kahkah. Keje nak langgar meja makan je kalau g mkn luar. So klaka. Ok back to my story, darah da keluar, Subuh time tu. Nasib baik suami di sisi time tu.pastu kemain lg terus g hosp serdang. Aku plan nk bsalin situ sbb husband boleh masuk. Tp serius aku xsakit papetime tu. Kalo cmni gaya nk sakit bsalin mmg bahgia la aku. But to no avail, doc kate baru 1cm. Sian suami saya dah bwk beg semua time tu. Ok sebiji beg je la pun. Tp excited kitorg bygkn la camne kan.

Dah. Blk rumah. No. Pegi mkn srpn kt Bangi. Aku kemain lg order roti canai nk kuah kambing. Haha. Lepak umh mertua kt Bangi pastu. Malu toii da habaq kt adik2 gua n ayah, tpaksela bgtau kene reject dek spital.

hari ahadnya. Malam. Pekena Secret Recipe kt Alamanda, kemain kitorg order kek valvet bagai. Xlame tu aku bgtau husband, ni perut ni sakit ni mcm minor contraction. Then dah setel makan sbb nk deliver nk guna tenaga kan, seronok aku balun mkn byk. G hosp serdang, but to no avail lg, doc kate baru bkk 1 cm. Korg byg perasaan aku time tu? Siap mak ayah mertua aku dtg. Tgh mlm ok. Sian dorg. Huhu.. cucu mak n ayh ni xmo keluar lg. T-T

Smpi rumah. Lewat da time tu. Mau pukul 2pg kot smpi rumh sepang. Aku dah xbole tido dat nite. Sakitttt. Sakitt sgt mcm nk patah pinggang. Huhuk. Abangg. Getus gua dlm hati. Ade la dlm 2x aku kejut husband mlm tu. Dah tu aku mls nk kacau dia tdo da. Kesian. Ngntok sgt dia. Huhuk. Aku pegang katil je kuat2 time contraction tu dtg. Siap measure kekerapannya. Download apps count contraction kot namanya. Hasil blog reading. Aku nekad, esok pas subuh nk g hosp kajang da. Serdang already blacklisted. Nape aku xpilih putrajaya? Sbb nk anak sgor. Byk benefit InsyaAllah.hehes.

Pagi Isnin. Salam ayh, umi..huks. sakit giler time tu. Tp aku gagahkan diri la. Xkan suami nk dokong kot? Haha. Masok kete. Masa ni la nk manja2. Tp aku xigt ade kot pgg tgn husband g kereta time tu. Prasan gak muka ayh mcm kesian gila tgk anak dia ni menahan sakit contraction cane.

On the way ke hosp kjg. Bila contraction dtg, peha suami aku jd mangsa. Kuat gile kot aku genggam. Huuu..Ya Allah sakitnya x tergambar (ok time taip ni aku lupe da cane sakit dia. Tehehe). Time tu fikir nk cepat smpi hosp je.

dah sampai. Dftr. Doc check dh bkk 3cm. Hiks. Sronok rase. Namun tetap ade gentar dlm hati. Aku kene warded la dlu since 1st child so doc bajet akan lama. Which is really true (sobs). Lunch? Mak & ayh mertua aku dtg bwk. Sobs. Terharu. Mula2 aku dpt ward 3rd class since 1st class penuh. Aku govt staff kan. Time ni la nk guna keistimewaan tu. Kipas lak rosak time tu. Mak mertua aku bwk kipas. Sobs. Termos, mknn biskut, milo, air mineral, husband aku keluar dgn mak mertua cari semua tu. Huu..sambil tu time my contraction. Jerap tp aku time lapar kene mkn je cmbiase. Org katil seblah aku da xdok diam. Muda nmpk dia ngn husband dia. Pastu nmpk laki dia cm pujuk wife dia. Hee..kalau aku, malu la kalo fahmi wat camtu.hiks. kita jenis x show off public. Haha.

sampai masa, ptg tu dpt da katil kosong kt ward 1st class. Ok Alhamdulillah ade aircond lg.

Iklan jap.anak aku bangun lak ha. Manja lak nk panjat2 tepuk2 mak dia. Ok layanss.

sambung balik.

Malamnya husband ngn family in laws aku dtg. Da lewat mlm time tu. Tp xpe. Aku pon xleh nk tido lg time tu. Dorg tnye aku xsakit ke. Aku ckp sakitnya ada masa. Mak mertua aku fahamlah since dia da ade pglmn kan. Borak2 gak, tp bila sakit dtg mmg cpt2 aku pegang peha laki aku.huhu..k dah salam everything, aku melangkah masok wad blk.

Nurse nk ukur bukaan. Serah diri. Lols. Ok dia pon mcm mjerit sbb kate da bkk 5cm, suruh ak bwk pampers n baju baby. Aku cam nk mgeletar da time tu. Call husband bgtau dorg nk bwk aku masok labor room. Naik wheelchair then nurse tolak aku masok labor room.

Masok labor room. Ok posisi takyah citer mmg sumpah aku menyampah gila wat tu. Tp aku turutkn demi nk menyenangkan doc & nurse. Huhuk. Doc measure baru 4cm. Oh btw masa tu pukul 12tgh mlm. Air ketuban aku kene pecahkan. Air kencing dia amek tadah. Aku minum byk gila kot air so faham2 la. Haha. Sorry doc. Huhuks. Maka bermulalah sebuah detik yg mengerikan. Macam nk patah pinggang time tu wehhh. Hanya doa n zikir penguat tjme tu. Elok ade tampal doa Nabi Yunus tepi tu. Hosp kjg xbg husband masok. Sobs T-T. Tp aku tau doa xputus husband aku kirimkan spnjg aku dlm LR tu. Huks.

Mcm2 aku buat dlm LR tu. Termuntah 2x, mual lain mcm weh. Dah sejuk sgt, aku minta nurse tutup kipas. Kejap2 aku tgk jam tgk dah bape lama aku dlm tu. Tertido pon ade (huh mmg kaki tido). Siap tnye doc cane nk bg cpt bukaan, dia suruh aku doa byk2. Alhamdulillah spnjg aku dlm tu semua yg btugas pon wanita. Huhu. Dah dlm pkul 8pg ++ aku still dlm LR lg..pastu dh xtahan. Aku jerit panggil doc & nurse kate nk iyak. Haha. Da xtahan da. Tapikan bila aku blk ward tnye dorg ade dgr ke org mjerit, xde plak. Haha. Kebal kot blk LR tu. Kahkah. Ok back to my story, aku punya igt nk teriyak dah time tu. Pastu dgr nurse ckp:

"Ehh nampak kepala dah"

I was like, kepala ape? Kepala taik ke? Lol! Sory bahasa aku cincai je cni. Haha.
Ok dorg da prepare segala bagai, tinggal la sorg staffnurse ni ngn aku dlm tu.

"Ok, ready bole push."

Berbekalkan ilmu yg sedikit cuma dlm kepala time tu, tawakkal yg tinggi menggunung, aku teran sehabisssssss boleh. Arghhhh. Haha bg sound effect sket kan. Alhamdulillah sebenarnya aku da lupe tp ade dlm 2x kot aku push. Keluar dah baby. Huuuuuu. Aku terus menangis terharu gile xtau nak habaq la time baby kt atas dada..n cari susu nk nyonyot.huuuu T-T siap tnya nama akak yg sambut tu. Kak yani. Ye. Terima kasih tak terhibgga kak. Syukur ke hadrat Illahi atas Rahmat yg Kau beri. Terus terang ckp aku mengandung sgt mudah xde alahan langsung. Cuma time dlm LR je aku lama 9jam.huhu. baby lahir 8.58am, 11 feb 2014. Aulia' nama diberi. Aulia' binti Mohamad Fahmi. Maksudnya yg berilmu. Moga membesar menjadi anak yg solehah, muslimah sejati yg sentiasa patuh perintah Allah & Rasul, jaga maruah diri, keluarga, agama. Sentiasa doakan kebahagiaan umat Islam, ayah & emak. Moga Allah makbulkn doa kita sama2 dimasukkan ke dalam SyurgaNya, dihindari drpd azab api neraka. Mak doakan juga insan2 disekeliling anak mak dijadikan insan yg bertakwa semoga anak mak hidup surrounded dgn persekitaran yg mencintai Allah..sobs..aminn Ya Rabb.

Sungguh aku bersyukur Ya Allah.

"Maka nikmat Tuhan manakah yg kamu dustakan?"

Sobsss T-T



Sunday, September 7, 2014

Quick updates!

Assalamualaikum.

Rindu kat blogging. hehes. for the moment just sempat nk baca blog org lain je. itupun masa tgh menyusu anak. kew2. selesaikan masalah math pon time breastfeed. lol. nampaknya bukan sel-sel otak anak je berhubung time menyusu. sel-sel otak mak nye pon berhubung time menyusu. lol.

Currently, at Sepang. Husband Alhamdulillah dpt cuti weekend so boleh balik Bangi & Sepang berjumpa keluarga mertua & keluarga sendiri, walaupun tak semua ada. huhu. normal life. once you married, there's a trade-off. Bersyukur suami ada sebab weols PJJ. hehe.

ok jap i'm off for now. gtg. bye :)

Sunday, January 12, 2014

Entri persediaan perkahwinan & barang baby!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera!

I'm back! Finally! hahahah. (ade orang kesah ke pun? as I'm not that one blogger yg ade trillions of fans around the world. lol)

So what's really bring me to put some ideas down here? Boredom. Yeah correct answer for the moment. Or maybe because I missed all those free times to blogging? (Not really free time but I could allocate some times to blogging ler. hehe)

First and foremost (baru nak intro ke? haha), I would like to express my utmost grateful to Allah for all those blessings since I was born up until now..Umur 2014 ni nak masuk 26 la jawabnya..Banyak suka duka, mehnah & tribulasi yg aku dah tempuh (cewah ayat nk bombastik je).

Perkembangan aku skrg? Yer it's undeniable yg aku makin berkembang membesar bak juara sekarang. Dari berat 58kg dah jadi 71kg (the latest weight based on checkup last Tuesday). Sebab apa? sebab aku mengandungkan seorang nyawa dalam badan skrg. So boleh dikatakan dalam diri saya sekarang ada 2 jantung yg sedang berdegup. hehehe..syukur Alhamdulillah ya Allah..36 weeks already to be exact. Anytime tanda2 bersalin boleh berlaku (contraction / bleeding discharge / amniotic fluid discharge).

Kalau nak tahu, aku selalu panick tiap kali tidur malam. haha. bila terjaga, mula lah rasa mcam air ketuban nk pecah la..hapela..last2 pegi washroom to found that I tak tahan nak pee dah. haha. baby aktif sampai mama punya bladder asek tertekan je..asek nak shishi je..hehe..(ok, minta maaf buat yg sedang menjamu selera sekarang..tehehe)

Just now, 1 of my best friend whatsapp me asking bout my wedding gown, sewa ke beli, khemah kat mana tempah, etc..Tapi most of them aku dah lupa berapa harga sume. aduhai macam la dah kawen 5 tahun lepas kan, walhal baru je bulan 3 2013 kot..tehehe..xsampai setahun lagi pun..pesan aku, buat yang merancang nk berkahwin, buatlah perancangan sebaik yg mungkin..I mean, simple2 je sudah. haha. aku dlu takde pelamin pun. dah saving cost dalam 2k kot kan? just kaki lenguh berjalan sbb pakai heels je la 3 inci (opss bocor rahsia.haha)

ape lagi ye aku buat utk cut cost kawin?

1. pelamin takdak
2. takde bunga hidup bagai.
3. baju kawin sewa je, survey banyak gila kedai to get the most valuable price.
4. baju nikah tempah tapi kalau bole sewa lagi bagus. tak pakai pon dah. hehe
5. fotografi, orangnya suami pengasuh aku, so dapat special price. But i highly recommend korang carik org muda as diorg nye stamina utk layan kerenah korang bergambar tu tinggi.haha
6. and kalau boleh buat homework utk cari pose kawin yg mantop.haha
7. make up by my cousin; Ayuni. Mak andam paling muda di dunia. sape berminat boleh contact aku. hehe :)
8. door gift aku tempah kek bahulu da siap bekas tali tu, aku memang takde masa nak DIY. renyah & tak perlu kot nak ade kenangan2 sangat ni. haha. org g majlis kita; makan; then balik. lagi satu mungkin nak membantu makcik tersebut memandangkan suaminya sakit. :)
9. Hantaran made by my nenek belah Sekinchan. FYI, ayah saya dah berkahwin pada 21/09/2012. So saya dapat mak baru & nenek & atuk & saudara2 baru dari Sekinchan. Syok sebab dekat dgn Sabak Bernam (aku ngaja kat Poli Sabak). dan nenek saya sangat terer menggubah ok! Syukur Alhamdulillah.
10. Kad kawin aku bape sen je satu.haha murah2. aku nye kad jenis sekeping, map pompuan sebelah, map lelaki sebelah. Dwi-colour; purple & putih camtu. Simple janji maklumat semua lengkap. Siap letak GPS. So far takde plak dgr member ckp susah nk cari rumah :)

Cuma yg tak dapat nk cut cost:

1. Catering. sebab aku taknak nyusahkan orang masak. hmm..
2. Takde, catering je. haha (malas nk pikir senarnye).

So, berinformasi tak entri aku kali ni? hahahah. Sekali baby dalam perut dok gerak2 plak. Cukup da kot 10x gerak ni. Da masok 9 bulan ni sah2 la aku kene kira pergerakan dia. Alhamdulillah she is sooo active! (Eh, she??hehe) Scan nampak gigirl, tapi kita pon tak boleh lawan kuasa Allah kan. Ada 3 rahsia milik Allah, antaranya bayi dalam kandungan. So aku hanya berserah pada takdir. yg penting baby sehat wal'afiat. Berat baby da 2.7kg ni..Scan pon nampak bambam pipinya..tiru maknye la ni..ayahnya kurus je..hehehehe..

Oh btw, kalau ujung 2012 aku sebok dgn persiapan kawin, ujung tahun 2013 pulak aku sibuk prepare for my little one ni. Antara persediaan:

1. Beli baju baby sikit je, yg 0-6months tu. so far ade dalam 9 pasang including both pairs yg mak mertua belikan kat Sabah tempohari. Terus beli yg pattern gugurl. hehe..Terima kasih mak :)
2. Bengkung & sarung tungku for me..batu tungku belum lagi.
3. Breast pump brand Eve Love tu. Double pump, RM599..baru2 ni ada promo RM499. hampeh tol. aku siap komen lg kat FB orang tu. hahahahah.
4. Baby playmate, da survey tgk price nye ok. Siap ade khemah lagi mementangla mak apak er suka g camping.haha
5. Lampin moden tu. Beli satu je dulu. ade expo lagi pasni nanti aku serang.haha
6. Pampers baby utk newborn (beli satu paket je dlu..brand PetPet)
7. Maternity pad & kotex pad (maternity utk heavy flow, kotex pad tu utk bila darah da kurang..ni ofismet advice la)
8. Jamu Nona Roguy. Ade ofismet member. dapatla RM300 instead of RM360..aku malas nk survey jamu lain, sbb majority of my officemate use this brand.
9. Botol susu aku baru beli 1 : brand Avent. mak mertua cakap nanti tgh cuti bersalin bole beli lagi.
10. Lampin baby, booties, mittens, sarung kepala, tuala..percayalah korang akan geram dgn mittens & booties yg comel gilaaa tapi sila tahan nafsu eh, budak pakai tak lama pon tu, nurse pon advice baby better buka genggaman tangan dorg bila dah sampai 1 masa nanti.
11. Air selusuh haaa, aku lom wat lagi. Akak ofis cakap better husband yg buat, guna air mineral / zam-zam then minta husband bacakan surah2 / ayat2 tertentu. Better korang tanya ustaz or google apa ayat2nya.

Ade lagi kot ni tapi aku lupa apa. Car seat ada sepupu bagi pinjam.hee..including tempat baby nak mandi tu..cuma stroller la kot aku kene beli gak. x survey lagi brand ape, nanti la beli ngn husband.

Rasenye dah banyak gila kot aku tulis ni. hahahaha. papepon, uolss jangan la expect alam perkahwinan tu indah macam dalam novel ok. memang indah, tapi nak adapt tu satu hal. Macam kes aku, seriously aku ngn husband aku kontra gilaa..aku anak first, dia anak second. dengar term anak second pon korang dah boleh iamgine camne kan? hehehe..like my sis la, dia seboleh2 akan dapatkan apa yg dia nak. But in the end, korang akan bole adapt gak ngn perangai pasangan masing2.

Dan bila dah kawin ni pon aku lebih mengenali diri sendiri..banyak lagi kelemahan yg aku kena repair. be it my emotional ups & downs, time management (husband aku sangat punctual! haha), my cooking skill, dan macam2 skill lain. haha. opss.

sekadar berkongsi, sepanjang pregnant ni Alhamdulillah aku takde nak mengidam sangat / alahan pon takde Alhamdulillah..just bacaan hb aku yg rendah je la..but now Alhamdulillah dah consistent 11+ ..cuma skrg ni dah 9 bulan kalau tengah baring, nak kalih dari kiri ke kanan vice versa dah jadi macam susah gila. sakit, tapi aku cuba bertahan dgn byk2 berzikir, istighfar..Moga Allah ampunkan dosa2 aku atas kesakitan yg aku terima ni..huhu.. *nangis dalam hati*

Ok lah, azan zuhur sudah. Jom solat. Moga kita semua sentiasa dalam Rahmat Allah..Amin..


*time nikah. aku yg berdebar lebih. kuat menjawab plak tu kalau jurunikah tanya soalan.haha.steady la abang sekali je lafaz. mih2..*
2 March 2013

Sunday, February 3, 2013

Alhamdulillah syukur nikmat :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uolss ;)

Amacam? terpancar tak mood ceria dari intro aku? hehe. moga aura heppy aku ni tersebar ke seluruh umat seantero dunia (yg paham bahasa melayu je la kot. adoii)

erm nape nk heppy2 ni? hehe..sebab macam tgh countdown kot skrg ni. Harap Allah permudahkan urusan. Mungkin ade yang tahu, mungkin belum. Kalau nak tahu, sila tinggalkan alamat anda beserta nama. Nanti aku post kad. eh, obvious sangat ke? hehehe.

Ok, berbalik kpd tajuk asal. ok takde tajuk lagi, tapi aku nak bgtau satu rahsia. satu je eh, baru aku tau pahit manis dalam mengurus sebuah acara bernama majlis perkahwinan. Aku ade to-do-list lagi. kau ade? dah kawin or nak kawin mesti ade buat kan. hee..nak2 aku ni jenis nak tau semua, xreti nak serah bulat2 kat orang lain.

For me, persediaan majlis is one thing, so do persediaan nak bergelar isteri kepada seseorang. bagi aku, title ISTERI tu terlampau istimewa tau, dan boleh tahan berat bahu memikul tau.

Aku dah tengok dari pengalaman officemates especially, selalu pesan kat aku soh tido cukup2, nnti dah dapat anak memang anak prioriti pertama. dah bersuami, of course la kena dahulukan suami. Mungkin dengan ayah, kita bole sempoi sikit sebab dia dah tau perangai anak nye sejak lahir kan. So boleh tolerate. Tapi kalau dah bersuami, time tu lah nak kena adjust perangai, ditambah dengan mood swing aku ni. huhu.

sepupu aku, Nurul yang baru kahwin ujung tahun lepas, siap pesan, tanggungjawab as a wife tu akan kita rasa once dah diijabkabul. mungkin sekarang aku boleh hooha lagi, tapi lepas sah lafaz nikah, baru aku tahu camne perasaan tu. hoho. bikin lagi cuakk.

dan jugak, Nurul pesan utk minta maaf kat suami sebelum tidur, n maafkan jugak kesalahan sesape. oh Nurul, lu dulu sempoi skang da mcm transform betul !! salute ahh!!

kak Has pesan banyak2kan berdoa. ya berdoa. Allah lah segala2nya. Aku terkesan sejak mak meninggal, I was so lost! dan dalam pada tu baru aku sedar, aku serius tak bole berharap kat manusia. Aku kena berharap hanya pada Allah yang Maha Besar, Maha Agung.

"Kau Yang Maha Esa,
Kau Yang Maha Pengasih,
Kau Yang Maha Penyayang..
Tiada hidup tanpaMu..

Bila ku rasa pilu..
Bila ku rasa resah..
Kau tempatku mengadu
Oh Allah yang satu..
Kau Tuhan yang satu..

Segala puji-pujian hanyalah untukMu..
dan hidup dan matiku hanyalah untukMu..
untukMu..
untukMu.."

aku petik sat lagu Ramli Sarip tadi. Agak2 tengah tadah tangan berdoa, tapi air mata degil taknak kuar, cuba hayati bait-bait lagu tu. serius menusuk. aku ni memang kuat stress. so aku memang kena menangis. hua2. nak nanges depan orang segan. so tutup pintu rapat2, dan luahkan segala yang terpendam. Esok bangun pagi mata macam panda dah. aduhs. sekadar berkongsi petua, sebab aku ni pon boleh tahan hati batu gak. adui. tapi dengan Allah, kita sama2 jangan degil, hati batu k. serius tak malu. serius.

tengok! tengok! aku dah lari dari track da. hehe. menaip ni memang mengkhayalkan. macam ecstacy, macam ape lagi tah ubat kena tnye dak farmasi ah.

So, selamat mendirikan rumahtangga buat semua bakal pengantin. Moga kita dirahmati Allah (eh, kita?) dan mendapat keberkatanNya..

Aku InsyaAllah 16 & 17 Februari ni akan join Baitul Muslim Ver 2.0 kat PICC. Zana pegi gak so ade geng! hehe. semoga kita dirahmati Allah..ampunkan salah silap saya. :)

p/s: drop alamat tau! hee..

Tuesday, January 1, 2013

2013

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

Salam tahun baru. walaupun aku bukan jenis sambut event2 camni. Malam tadi lepak ruang tamu je, borak2 dengan kak Ainie & kak Lin. cukup masa, masok bilik, golek2 atas katil. n tido. simple as that.

Pagi, bangun, setel laundry skit, g lunch, n siap2 g opis. Nak kemas meja aku. semak .

So tahun baru pon masok dah. Kalau diizinkan Allah, aku bakal berubah title tahun 2013 ni. dan harini aku mcam baran sikit. haha. semua benda nak cepat. apekes tah.

semoga kita semua dalam lindunganNya. amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...