Friday, February 27, 2009

ditanda lagi dong!



Link atau ceritakan kembali siapa yg memberikan award ini kepada anda.

Mohfir atau nama penuh diberi ialah Mohd Firdaus.
Pekerjaan sekarang ialah menuntut ilmu kat UKM (eh same!) dan kat Fakulti Teknologi & Sains Maklumat (same lagi la!) diJabatan Sc Komputer. start2 acknowledge (eceh) die time same group subjek TITAS 1st year dulu. hehe. dan juga pernah group same masa sem 3 2nd year dulu iaitu subjek Etika. Tak dinafikan yg beliau sgt mengikut hal semasa tak kira dunia mahupun tempatan. (Most of guys yang aku kenal mmg begini. Adakah ini bukti kukuh mereka berjantina lelaki mempunyai sifat patriotik yg tinggi? hehe)

Setiap blogger hendaklah menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih pemenang seterusnya.

1. orang kata, 1st impression diorang tengok aku ni seorang yg garang coz acapkali bermasam muka (agak2 tgh mencebik tu means i tak tahan ngn kepanasan iklim la. haha.) but end up ngn ramai kate aku ok n pelawaks gak rupenye. hehe

2. Ramai kate aku saving.yeke??? Dari my siblings, member2 sekepala sepankreas juga kata begitu. Tak kesah la janji aku happy dan tak sampai darjat bakhil. Nauzubillah.

3. Selera aku cepat berubah2 lately. dan sekarang tengah mencari asam jambu air. Peh!! kecur liur beb! sape jumpe sila roger aku kay. errr, ngidam asam tak membawa maksud 'lain' ok. tehehe.


4. Sangat gile sama itu lagu2 tak kira tempatan, antarabangsa, antaraplanet atau antaracakerawala. and orang selalu kata aku ni cpt menghafal lirik. Best weh! baru leh feel nyanyi sebijik sejiban ngn singer tu. (even suara tak sama la kan which means aku lagi sedap la kan! tehehe)


5. Sangat menghargai segala hubungan yg telah terbina. Be it my family members, relatives, friends. Aku sangat2 menyayangi kalian. (sekarang aku menghadapi masalah rindu terlampau utk makan besar ngn my family! ayah! mak! angah! ayep! adek! dengarlah jeritan batin Along yg kerinduan ini! tehhehe)

6. Suka something yg kalo boleh sesimple simple yang mungkin. Contohnya, makan roti Toast 'em yg dah siap ade raisin tu sebab malas nk sapu ape2 kalo beli roti kosong. hehe

7. Sometimes, aku susah nk interprate kalo agak2 ade makhluk-makhluk Allah yang cakap berlapik ni. Better ckp straight to the point la dgn aku. Habis cite! hehe.. or else, makan hati berulamkan hempedu la jawabnya mereka2 itu. hehe

8. Seringkali menghadapi sindrom yang sama spt one of my cuppy cakes
selain Dila iaitu Ain Nordin. Dah boleh masok Guinness World Book of Record sebab sering berkongsi problem yg sama :
  • Pernah 2x didenda sebab x alert ngn pengesahan Pendaftaran Kursus
  • Ade sekali tu PTPTN kitorg kena hold for the same reason. hehe
  • wat LI kat tempat yg sama
  • Mempunyai laptop yg generally mempunyai masalah yg sama - speaker problem. haha (ni Dila pon sama gak!)

9. Pernah dianugerahkan Pengawas Terbaik Perempuan masa darjah 5 dulu (aku kalahkan budak2 darjah 6 beb! haha) mungkin disebabkan aku dah kautim ngn sorg guru disiplin tu. Alah, lupe nama. n jugak sering membolot hadiah2 time Hari Kecemerlangan Akademik kat Sek Kebangsaan Jalan6 dulu sampai org yg bagi hadiah tu kate:

"Eh, muka ni lagi?"

haha. aku menulis ni just mengenang kembali zaman silam. Ini kisah sebelum lompat kelas dari darjah 3 ke drjh 5 dulu. Lepas lompat, teros melompat2 nombor ke belakang. haha.

10. Sangat suka reunion! Don't ask why! hahahaha (lu pikir la sendiri bak kate Bang Bil)


Tag siapa pula:

1. Atem
2. Ain Nordin
3. Khadijah Khalilah


Wednesday, February 25, 2009

Aku ditanda.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?

and the story begins nama diberi. sebab as u enter my blog, then tadaaaa!! so many story inside la. hehe

2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?

obviously my name la kan. senang nak ingat weh. hehe..

3) Apakah metod penulisan dalam blog anda?

metodologi Al Khawarizmi kot la kan. haha. kidding dude! basically I always wrote bout my life, what I think that it's nice and beneficial to share with you guys (hope so). and there's sometimes I like to share my opinion about what's really going on in the world especially in our country (politics to be precise). but I don't think that I have that enough skills to extract all news based on my point of view. Senang cite, kurang ilmu kot nak share lebih2 pasal politik ni. haish, da jadi karangan da ha. huhu

4) Apakah pendapat anda mengenai blog pelajar Malaysia di Maghribi ini? (kena sebut ikhwan dan akhawat) - Bagi yang bukan pelajar di Maghribi, abaikan soalan ini. Tapi, kalau nak jawab dipersilakan!-

seperti termaktub, daku mengabaikan sahaja. hehe

5) Aktif menulis penulisan ilmiah dalam blog tapi kurang aktif di khalayak luar (dakwah)?

I don't think I'm qualified enough to answer this question as me myself don't really involved in writing penulisan berilmiah disini. Syok sendiri ade la kan. hehe

6) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?

Tak pernah!! My blog is my life! haha

7) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ini?

Khadijah Khalilah Abdul Rashid. Member sekolah dulu, meh aku cite, dr Sekolah Agama Menengah Batu 10 Cheras, even dia masuk lambat skit, till kitorg same2 kat Sek. Agama Menengah Bestari JAIS USJ 5 uh! huhu. Banyak kenangan manis, masam, pahit sume. My first impression bout her is, dia sangat pendiam. Tapi tak lama tu, baru tau betapa bergeliganya die ni, nak2 time subjek B.Arab and time die wat lawak sengal nye tu. Hehe. Parents and siblings nye pon baik hati sgt2!. Dijah, bile nak balik Malaysia ni? I miss u so much sampai ke tulang da ni! haha

[selingan]

Nak tengok picture time kitorang jadi student kat Sambest dulu? Tadaaa!!

Nabilah Mukhtarudin *Dijah*Ain Amir (kenal kan? haha)



Sekian.. :)

Monday, February 23, 2009

Itam de cat.

miow2~ bunyi apekah? paham2 sudeyh. inilah satu2nye binatang yg paling dimanjakan oleh parents dan adik2 ku di rumah. taktau dari mane asal usul, tetibe datang menginap kat umah mak ayah aku. hehe. Markonah name glamer diberi sebab seekor kucing betina kan. nama sebenar ialah Itam sebab kaler yg hitam pekat bak kopi kapal api. hehe.

disebabkan Itam ialah seekor anak kucing, maka tak hairan la Itam sgt2 aktif ke sana ke mari. Pantang nmpk benda bergoyang (termasuklah kaki aku), sume nak diterkamnya. Antara kegemaran Itam ialah:

1. Bermain dgn daun2 kering. Dicakar2nya, abes bersepah2 kat dlm umah. Sape yang mengemas? aku gak yg kene selaku kakak sulung. ampeh nye adik2.

2. Mengoyakkan surat khabar yang berkeliaran kat ruang tamu mahupon segenap ruang di rumah. Ape yang aku buat? Teros capai ape2 la even hanger lalu mengacah2 utk memukul si Itam ni, Itam blah, lalu aku menyambung mencakar, eh silap, terus kutip paper tu lalu taruk kat dapur. Abes sepah2, sape yg kene kemas? akuuuuu jugak! adeh.

3. Bermain ngn tedi bear. ni lagi satu pe'el si Itam yg aku tak paham. Tau la awak tu tino, tp takyah la nk ngade2 men bebe. eeeeee~ aku pon tak men, Itam yg selaku seekor kucing tu plak over2. hehe.

n aku paling tak suke die kacow aku time nak makan n men meset. suke terkam2 mahupun terjah2 tanpa amaran. biase niiii!!! hehe.. but, tak dinafikan yg kehadiran kucing ni membuatkan hidup kami dirumah bertambah meriah ngn gelagatnya yg sgt mgelikan hati kadang2 tu. But, sampai la detik ini, aku la kot yg pegang rekod tak penah pegang kucing ni. eeee~ takmo weh. kalo da terpegang, cpt2 aku g dapur basuh tangan. huhu. sorry la Itam. hehes

Saturday, February 21, 2009

nervous.

terdapat beberapa insiden yg terjadi arini:

1. aku ke alamanda. time nak masuk mall tu, tetibe lalu sebuah unser kaler gold sebijik sebijan ngn kete bapak aku. sumpah aku terberhenti melangkah dah time tu. terus mataku menyorot ke number plat. bukan! haha. lalu aku berkata :
"Mati2 igtkan ayah. Biru dah muke ha. hahhahaa"
lalu tergelak2 bak babun aku sejurus selepas itu. hey, don't misunderstood ok rakan2. my dad is just ok. It's just me who's easily get nervous on such incident. hahahha


2. salah paham ngn laluan jalan. mau meletus perang dunia dibuatnya. haha. but end up with just lalu je memane yg dah 'terlalu' tu. LOL

[selingan]
berikut ialah gamba my dad bergaya ala2 model disisi kereta unsernya. hehe

Thursday, February 19, 2009

just living my life!

aku sgt hapy harini atas 3 faktor utama dan 1 faktor kurang utama. hehe.

1. Tadi tengahari berjumpa dengan student master ditemani Nisah. Ingin kutemui En. Yeonhendri, tapi apakan daya, manusia hanya merancang, Tuhan menentukan. Dia tiada, lalu ku bertanyakan hal projek akhir tahun ku kepada En. Anton dan En. Faizul. Alhamdulillah, aku sgt2 bersyukur atas respon yang mereka beri. Sangat2 memahami lara di jiwaku ini. Diorang explain kat aku ape tekni yg suppose aku buat. Siap Google tunjuk ape term tu and tunjuk .pdf file yg berkaitan. Hope everything's fine and work accordingly :)

2. Lebih kurang pukul 3 lebih, aku, Dila dan Hanisah ke pejabat FTSM. Aku teman dorg amek cop pengesahan drpd Penolong Pendaftar Fakulti which is En. Hamran Husin. Sebelum ni, mind set kitorg sume punyela igt die ni strict maut coz at previous year, aku penah try nak mintak zakat, then punye la susah nk dpt cop dari die ni. huhu. Hari ni, punye la baik hati die. Borak-borak cam dah lame kenal kan. sempoi gile. hilang berdesup ketakutan terhadap beliau. siap ade perjanjian lagi at the end of our meeting. ape die? rahsia. haha.

3. Ku menemani Dila n Nisah ke Keris Mas menguruskan permohonan zakat. Akak yg handle tu punye la sempoi. Aku punye la budget yg dia mesti somebody yang skemarama. Tapi tak! sgt peramah n caring.


4. Aku, Dila dan Hanisah ke Old Town White Coffee sejurus selesai bersolat di Masjid Al-HasanahBangi tu. Memang best lepak2 disitu setelah seharian penat ke sana ke mari menguruskan hal masing2. Aku order Mee Hor Fun. n sadly, tak masok dgn tekak aku. I really love something's spicy, but the food sangat tawar hebeh. haha.

Tuesday, February 17, 2009

Dila di tagged! haha



aish.
sekarang tibalah masa utk aku mengenakan

cik Fazilawati Zainal Abidin

atau name manje yuck beliau :Dila!! (mcm mc majlis pulak gaye aku ni. hurm)

--->sedikit perkara yg menarik tentang beliau<---

  • aku kenal die 1st time mase kat Lab dulu.
kalut je dok tnye pasal ape yg ngh berlaku kat Lab time tu.
Lecturer ngh sebok explain kat depan.
skali die nye student ID takleh akses mende tu.

  • lagi, 1 thing yg sgt ketara pasal die ialah ----- > kepanjangan bulu matenye!
kalah unta dowh. aku da ukur da aritu. tinggal nk submit kat Guinness World Book of Record je. agagagag

  • die seorang minah yg sgt potpet.
dulu meriah gak la kitorg makan dinner kat zaba ni.
Namun, LI yg kejam telah mengurangkan kemeriahan dgn ketiadaan cik Dila bersama2 aku n Ain Nordin. hahak(tangis dalam ketawa)

  • lagi, die ni mmg emo! Dila emo! Dila emo! (aku mmg saje nak bakor ko. wahhaha)

dah la, tukar aspek ujikaji plak ...

----->Novel yg cik Dila minat<-----

adeke?
aku tau die ni suke bace Female Magazines camtu2 la.
(sebab aku salu borrow die punye je. haha)
ade gak sekali tu, mimpi apetah dok nak sgt cite Ayat2 Cinta yg aku sedut tak lame dulu.
hehes

-----> her 5 favourites + sengal habits <-----

sekali lagi, aku cube kay:

  • berebut seat depan dgn Ain Nordin time naik kete. Nak aje aku bg driver seat kat 2 minah yg tak bape comey nih. haha
  • lagu2 Indonesia. haiya..
  • Aerobik. haha
  • Tetido time layan movie tgh2 mlm. hampeh ni
  • Menghadiri kelas Abang, eh, Encik Tarmizi. teheheh

sekian... :D

Monday, February 16, 2009

nasib kaki bertuankan aku

hari Isnin merupakan hari yang cukup membahagiakan buat aku.
Nak tau nape?
Ape?
Taknak tau kenapa?
Takpe, aku musti memberitahu korg sume Kenapa saya tak anti dengan ari Isnin utk sem ni.
sebab:

TAKDE KELAS ARI ISNIN!
Wallauweykatok!

tapi bangon still awal beb. (pkol 10? orait la tu kan. heh)

nak dijadikan cerita, hari ni dalam kol 11 pagi tadi, aku boleh pulak kan, tengah2 roaming kat bilik tu, ke hulu ke hilir cam ape je. sekali tersepak water heater yang baru aku didihkan beberapa saat lalu. ape lagi :

"Aaaaaaaaaaaaaa!!!"

aku terkejut beruk menjerit.
Yong, rummet aku ngh siap2 nk g luar, kempunan kari kepala ikan da die. hehe.

"Alamak Ain, air panas tumpah kat kaki!"

Sepantas kilat Yong g capai kain batik kepunyaannya lalu dilap air yang melimpah ruah uh. Aku boleh pulak tergelak sebab terkejut sangat ngn kejadian uh. 1st time kene ni weh. Blur gile tatau nk watpe. Pedih2 camtu je la. Then aku tnye Yong:

"Yong, nak watpe ek?"

"Jangan taruk kicap, nnti itam"

"Abes tu kalo alir ngn air ok tak"

Aku memberi idea yang paling bernas la kot, lawan kepanasan ialah kesejukan. Air paip kan sejuk.. hehe

"Ha, bole kot, rendam ngn air."

Dah aku g alir kat air, tak ilang2 gak rase pedih tu. Then call Nisah tnye nk watpe ek. Then die bagi cadangan bubuh:

1. Colgate
2. Planta or majerin
3. Minyak Gamat

and the worst part is, die ade gak pesan:

Jangan kenakan ngan air, nnti gelembung.

Aiseh. aku baru je wat tadi. Kire teori kepanasan vs kesejukan yang aku wat tadi takkan diluluskan SIRIM la ni. haish.. Nisa tnye aku:

"Ain, kaki da naik gelembung tak?"

"Entah la Nisa, same je saiz kaki ha. Kaki jenis penuh kan. hehe"

Time borak2 ngn Ain Nordin time dinner plak, die kate better taruk:

1. Minyak Aloe Vera (ni aku penah dgr gak)
2. Lemak ayam (First time dengar. hehe)

So, aku just lumurkan Colgate (aku panggil ni gak la even kata nama nye : Ubat gigi dan aku tak pakai jenama Colgate. Aku pakai Safi yang perasa oren uh. sedap woo. Breakfast tiap2 pagi tu nak2 kelas Prof Shanudin kol 9 tiap2 pagi selasa tu. haha)

Untuk tidak memburukkan kaki, aku pon dengan gagahnya, takpon ayat org salu gune: menggagahkan diri ke Pusat Kesihatan UKM utk mintak losyen lecur. Ni idea nisah ni. hehe Thanx Nisah! Bayangkan la aku nak pegi sana dgn kaki cam kena simen bancuh ni. Putih coz sapu ngn Colgate td. hehe.. Ok la, even pedih kena simbahan mentari di tengah hari.

Doktor bagi la ubat bengkak, lecur and soh aku g Bahagian Kecemasan, sebab diorg cuci kaki.
So aku pon pegi la kan. Macam dpt rawatan pedicure pon ade. Rileks gile baring sambil kaki dicuci oleh kakak nurse or doctor tah mane satu. lupo nak tnye even borak2 sakan cam penah main konda-kondi sesame time tadika dulu. hehe.

Dah setel. Pastu aku watpe? hah, aku n nisah g Bangi jap beli barang. Memang gile kentang gak ar ketahanan kaki aku ni. Malas nak pikir pasal sakit weh. Makin dipikir makin mengada2 aku lalu merepot pada.. arr.. my mummy la. hehe

Hah, korg igt lagi tak pasal previous entry aku pasal cendol pulut tu? Ni nak cite ni (sambil menyingsing lengan gaya mak Timah, mak Bedah, mak Jenab mahupon cik Joyah sebelah umah bercerita) Tadi aku ngn Nisah g singgah gerai cendol depan Hitachi tu yang mamak nek lori putih tu la kan. Aku punye la excited + kecur liur + meleleh air liur (ni aku tipu) bile da park kete situ. Dah sampai, ane tu tnye aku:

"Nak cendol jagung ka kacang?"

Aku mendengar dgn harapan ane ni termiss satu lagi jenis cendol lalu aku berkata:

"Cendol pulut takde?"

"oh, da abes la tu"

waaaaaaaaaaaaaaaaa!! aku rase nk pitam dan menangis teresak2 je weh! siot giler ni. sedih tahap babun!

"Ok la, bagi 2 cendol jagung"

so, aku pon makan la ngn mulut tak benti2 membebel.......nak cendol pulut.....nak cendol pulut....

hoh!! :(

Sunday, February 15, 2009

..Tiresome yet Beneficial

hari ahad and sabtu baru-baru ni sememangnya memenatkan jiwa dan rage aku. coz join program Kebolehpasaran kat DG aritu. and somehow I feel proud of myself coz I managed to follow it from the beginning till the end. what that I got? so many valuable experiences from the representatives of the companies participated (i.e: MISC, Sunway Group, GE-General Electrics) as well as a brand new spirit to begin my day (ceceyh, aku ke ni weh? hhehe)
well, there were some words that frequently mentioned by them:

  • Think Out of the Box

    • Be Proactive


    • Creative is What the Company Searching for

    • Teamwork

    • Attitude plays the most Important Role rather than academics result..

and so on , so forth...

and I admit that I've been inspired by them, how they gain experiences and skills by being the lowest position in the company and slowly climbing up to what there are now. and they never stop growing. Growth happens when you learn something new, you make mistake, you learn from it and never repeat the same mistakes.

hope that the program makes me a better person than what I am now.
enough said. (actually, i got no more idea to write this entry. heh)

Wednesday, February 11, 2009

Atem di tag!! =D



Something's to share 'bout her..

die shangat gedik
die shangat gile kentang same japanese stuff cam N.E.W.S
dulu gile kentang same Ryo, skang da tukar angin kat Nino plak.
mmg dasar mate keranjang.hehe
mule2 kenal time 1 kelas kat 4Jabar kat Sambest dulu.
kwan sebelah meja yg kepala gile2 punye! hehe
sekali kena tukar kat sek lain coz nak amek Akaun.
then berpisahla kami wat sementara waktu.
oh Atem! ko taktau betapa terseksa jiwa raga aku tak sempat bersalaman dgn ko time final day ko kat Sambest rituh.
huhu
tetibe luah perasaan kat sini plak haha
die sgt rajin call saye
tapi skg die dah malas.
kenape?
mari kita berEdisi Siasot. hehe

Novel Kegemaran

not so sure,
yg aku igt Cekpah a.k.a Sh Fareeza pernah borrow novel2 kepunyaan Atem ni la.
(oh, dgn aku takpnah nk offer lak? hoh!)


5 Benda Kegemaran

I'll try my best ok:

Japan fashion style. ie: Harajuku
Japanese Boy Band. ie: News, Kattun.
Leng Chai kat Lowyat. (kedai terpaksa dirahsiakan atas dasar cover baik punya! haha)
External HD wat isi cite2 Japan nye (tp takleh lwn aku nye saiz ha. haha)
kutuk gambar kat fs aku. ampehnye atem! haha


Saye Tag Kembali:

Atem
Dila
Angah
Rye
Nisa-sha

n kepada sesiapa yang terjumpa Tag ni.
wat okey.
n buzz me right after that.
hehe such a lovely things to do.. <33>

Saturday, February 7, 2009

the so-called Wedding Plan.


ni si Nisa-sha dok sebok soh aku wat Weddin Tag mende tah. haha. join saja walaupon bukan niat dihati mahu kahwin untuk jangka masa terdekat ni. kih3. terimalah.... jeng3!

1. How old are you?
~ 20 going 21

2. Are you single?
~ To make things simple, my answer will be a positive. hehe

3. At what age do you think you'll get married?
~ For the moment, I think 24 or 25 will be the best age (no reason though)

4. Do you think you'll be marrying the person you are with now?
~ It's a waaaayyy to far to think of. hehe

5. If not, who do you want to marry?
~ Got no time to think of this matter. lol

6. Who will be your bridesmaid & bestman?
~ am gonna ask him. wait kay. heh

7. Do you want a garden/beach or a traditional wedding?
~ A traditional one is enough for me :) (for the moment. we'll never know what the future brings ait)

8. Where do you plan to go on a honeymoon?
~ doesn't matter as long as it's cold enough. ngehehe. lol >;D

9. How many guests do you think you'll invite?
~ I'll invite all of my friends, relatives. PM also can lah. come2. hehe

10. Will that include your ex'es?
~ anybody as I mention above

11. Do you want an extravagant wedding or a simple wedding?
~ The simple one. taknak menyusahkan palotak aku dan dia. kih3

12. Do you want the traditional vows or something you'd make up on your own?
~ I don't know.

13. How many layers of cake do you want?
~ Gotta ask him. Everything depends on him. Just a trivial things I guess. haha

14. Do you prefer having your reception at a hotel or a simple place?
~ simple mimple

15. When do you want to get married, morning or evening?
~ usually the whole day right. hehe. plus, there's a say : Raja Sehari. we should obey this! hait!


16. You'd rather have your reception outdoors or indoors?

~ I wish it'a an outdoor one. But it's just a soft constraint I guess

17. Do you like a grand entrance for your bride?
~ when the budget nods.. lol

18. Name the song/tune you'd like to play at your wedding.
~ Selamat Pengantin Baru.. nak kompang also! the real one. Not the recorded one.

19. Are you a morning person or a night person?
~ night

20. Do you want a solemn ceremony or a light one?
~ enjoyable is a must :)

21. Is your partner now is your ideal husband/wife?
~ never thought bout this.

22. Describe your ideal husband/wife.
~ understand me and so on so on whatever normal human needs in their life.

23. Do you prefer fine dining or just the normal spoon & fork/knife?
~ I want a typical malay dishes. can I?

24. Champagne or red wine?
~ haram seh. pergh

25. Honeymoon right after the wedding or days after the wedding?
~ right after wedding. what the hell should we waiting for? bwahaha

26. Money or household items?

~ I'll accept anything with arms wide open :)

27. Who will pay for the bills?
~ erk.

28. Are you ready for married life?
~ currently is a No. heh

29. Do you think you will still be a virgin until you get married?
~ insyaAllah amin

30. Will you always be true to your wife/husband?
~ yeah. That's what all of us should do right. hehes. kelentong skit2 takpe. haha

31. How many kids would you like to have?
~ four.

32. A new house for a newly wed or an old one?
~ a new house for a brand new life. hehe

33. What kind of cuisine would you like for your wedding?
~ malay. pedas till ade yang terceri beri nnti. haha lantak

34. Will you record your honeymoon in a CD or DVD?
~ think bout this later arh.

35. Whose wedding plans would you like to know next?
~ taknak tau boley? haha. I want all of you to re-post this so-called wedding plan. Additional marks will be given for those who fill in the blank with the most suitable answers. No plagiarism. haha


Friday, February 6, 2009

ape2 je

hari ni aku pegi Bank Islam kat Jalan 6 yang area rumah flat tu (or orang panggil fasa 1 eh?) ha papelah. tak penah aku alert fasa bape2 wujud kat Bdr Baru Bangi ni. tapi so far kalo orang nak menuju ke mana-mana memang aku dah master ar bab2 jalan kat Bangi tanah tumpah darah ku ini. haha poyo gile. Dah kate dari tadika (Tadika UKM), sekolah rendah (Jalan 6) pon kat Bangi ni kan. Kalo tak tau selok belok mau kene buang daerah aku weh. hehes.

Apemende la aku nak cite ni... ... urm.. urm.. hah, aku pegi Bank Islam tadi petang. haha melalut gile. Coz nak update buku bank uh. Last update dulu time tahun 2006. gile je kan. haha (eleh, entah2 korang tu lagi bapak lame tak update buku bank kan? kan? kan? angguk je la dengan seikhlas hati.. hehe)

masuk2 je, kene amek nombor giliran (macam biase la kan). Tapi yang uniknya, kena masukkan kad pengenalan kite kat satu mesin ni. haha. nasib baik ade sorang mamat depan aku wat dulu. so aku follow je la ape yg die wat. hehe. canggih2. hehes. nasib baik (lagi!) aku pandai cover kejakunan aku terhadap mesin mengambil nombor itu. haha.

kira okla, dalam 22 orang before aku. (bosan gak menunggu sebenarnye). semua sudut bank tu aku dok perati. kire kalo nk wat report pon aku dah leh setel tadi. hehe. Finally, settle da sume urusan aku. so aku keluar ngn senang hati sebab dah update buku. so aliran keluar masuk pon aku leh nampak dengan jelasnye. hehe..

moral : rajin2la pergi bank so that korang tak la terase ditakuk lame spt seorang makhluk sebentar tadi (aku kot? kot je la. haha)

Thursday, February 5, 2009

funny :P

kemalasan sangat menghimpit diriku dikala insan-insan lain sibuk menyiapkan projek tahun akhir mereka. memang aku dah jumpe jurnal utk dikorek isinya. tapi tu la. malas gile. haish2. ape je la nk dimalaskan pon kan. just beberapa hari je utk aku tamat pengajian kat ukm ni. so, jgn mls2 lagi da. haha( monolog takley blah.)

Arini takde klas. Malam tadi punye la aku dah plan nk bangon awal untuk setelkan bab 2 projek akhir tahun uh. sekali terlajak pukul 10 pagi baru terjaga. ciss! Terkubur sudah perancangan baik punye aku malam tadi. so tukar plan : aku sambung tidur dan berhasrat untuk bangun dan terus makan tengah hari sebagai tanda protes akan kegagalan diri bangun di awal hari. hehes (patot ke tak tindakan aku ni? haha)

Tepat pukul 12, aku terjaga kembali, tengok2 roommate aku : Yong tengah khusyuk dengan laptop nya. Siap pakai baju macam nak keluar la (totally different dengan aku yang enak diselubungi selimut nih. hehe)

Then yong tanye aku:

"Ain, nak copy surat kebenaran yg Ain antar utk dapat sticker Ukm tu leh?"

"Oh boleh2. Jap eh"

..sambil switch on laptop ... then jumpa, hand kat Yong word document tuh.

"OK Ain, thanks ek"

"OK No Probs."

"Eh Ain, Amir ni name ayah Ain ke?"

"Ha r la. Nape?"

"Loer, mati2 kite ingat name thumbdrive ain yang : AIN_AMIR tu ain punye pakwe"

"Ha??? Mane de la, Amir tu name ayah kite. Amir Adli name penuh dia. huhu"

"Yela kan, nama Amir tu agak moden gak. Tak ramai orang dulu gune name tu. hehe"

"Haha, k2. Takde maknenye nk tulih name pakwe kat thumbdrive la Yong. haha"

so, begitula ceritanya pagi tadi. Dulu pon ade sorang lecturer aku : Puan Mas, ingatkan yang AIN_AMIR name kat thumbdrive tu name pakwe aku. adussss.. so selama ni, berkemungkinan besar ramai lagi yang tersalah faham. takde maknenye weh aku nk pomot pakwe aku kat thumbdrive. tak professional langsong. opsss! no hard feeling to those yang buat ek. It's just my opinion. haha. Baik lagi aku promot name pakwe kat Kad Kahwin 1 hari nanti. hehe. :D

Wednesday, February 4, 2009

so pissed of..

today got class at 9a.m
seems lucky that I woke up at 8.20 as I usually took bath for approximately half an hour. haha.

after class at 12pm, heading to zaba, eat my lunch while watching Ouran High School taken from angah.

then have a look at online paper (so lasy to buy the newspaper since wifi being implemented at UKM. hehe - save 70cents per day. haha)

then I encounter with the news entitled:

Woman in tudung, dark robe nicks RM10,000 gold chain

A woman, garbed in a dark robe and wearing a tudung, stole a gold chain worth RM10,000 from a shop at a shopping complex here today.


WTH!

what's on the earth are they doing?

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...