Wednesday, May 23, 2012

short entry.

Assalamualaikum

Esok ade event Hari Pendidik kat Jabatan aku. takleh panggil Hari Guru since title kitorang bukan guru (eh jees la cekgu banyak benefit, terbela. haha apela aku ni merungut plak) :p

So kebelakangan ni dok follow akak2 opis dok cari hadiah sume.

Aku la plak tengah otak blur. serius blur..huhu

Ah ape aku merepek ni. da. papehal janji dah clear, Alhamdulillah :)

Saturday, May 19, 2012

bertaubat sebelum terlambat?


Seperti mana yang telah diceritakan oleh 'Ubaidullah bin Mu'adz Al 'Anbari telah menceritakan kepada kami bapakku telah menceritakan kepada kami Abu Yunus dari Simak dia berkata;

An Nu'man bin Basyir berkhuthbah, maka dia berkata;

Sesungguhnya kegembiraan Allah kerana taubat hamba-Nya melebihi kegembiraan salah seorang dari kalian yang pada suatu ketika membawa bekalan dan minuman di atas unta lalu berjalan di padang pasir yang luas. kemudian dia beristirehat sejenak dan tidur di bawah pohon. Tiba-tiba untanya lepas, dia pun mencarinya di bukit, namun dia tidak melihat apa-apa, kemudian ia mencari lagi di bukit yang lain, namun juga tidak melihatnya, ia pun naik lagi di bukitan yang lain, tapi tetap tidak menemui untanya juga. Akhirnya dia kembali ke tempat istirahatnya. Tatkala dia sedang duduk, tiba-tiba untanya datang kepadanya seraya menyerahkan tali ikatannya ke tangannya. Kegembiraan Allah dengan taubat dari seorang hambanya melebihi kegembiraan orang ini ketika dia mendapatkan untanya kembali dalam keadaan seperti sedia kala.” (HR. Muslim)

Subhanallah..taken from my friend's facebook. Rase terketuk tak dengan Hadith ni? Aku sampai naik goosebumps time bace for the first time dulu..

Kalau tengok fenomena sekarang, especially public figure macam artis, ramai dah kembali ke pangkal jalan; Irma Hasmie, Wardina, Yatt, Farah OIAM tu..dan ramai lagi..

Teringat pernah borak dengan mak dulu...

"Mak, mati tu bile2 je dia sampai kan? Ni Din Beramboi yang selama ni along dengar kat Era, tetibe meninggal pulak. tak sangka"

"Ha r"

"Ape yang kite boleh buat sekarang eh? Bersedia je la ye?"

"Yup" balas emak.

Di mana kita sekarang? Tepuk dada, tanya iman..Wallahu'alam..

Friday, May 18, 2012

bersangka baik :)

Assalamualaikum ;)

Friday, as usual mind set dari pagi nak balik Sepang dah. haha. boleh? bcoz today got no class. Pagi2 breakfast nasi lemak ngn Emon, kak Mun ngn kak Iffah. Semua tu staf JKA (baca: Jabatan Kejuruteraan Awam). Aku staf under jbtn IT. Aku join je no hal. kadang2 perlu gak mingle ngn staf jabatan lain, nak update gosip2 hangat. (haha motiff sangat!).

Pagi2 da sembang pasal Sultan kat Malaysia ni. boleh? Kak Mun sampai tersilap2 fakta. tergelak kitorang. hehe. but it was fun, really fun! da macam belajar Sejarah okkk. =D

Sampai je kat ofis, aku blur. ok, aku mesti siapkan Lesson Plan. arghhh edit2 gune Word. ke aku yang tolol sangat? susah gile nak tarik2 line dalam table tu. Tension nye pasal, ngadu je kat Kak Lin. hee. sian beliau melayan kerenah aku ni :p

Lunch hour, g gerai kat Tapak Konvo tu. Arini aku beli anak tudung yang siap tutup leher tu. ok serius da macam perenang negara, takpon persis pesen orang pakai mask yang potong rumput tu. tehehehe *giggles*
& jugak aku beli stongan. 

Ok, time's up! nak tidoq la. semoga hari  mendatang menjanjikan kemanisan buat kite semua.

Today's lesson:

Be patient. Tolonglah diri ini bersabar banyak22222. kalo rase nak marah pon. hold dulu, take a deep breath, dan lepas sambil bunyik: "HAHHHH!!". Is it worth kite nak hangin with that person? Semua tu keje syaitan okkk!

and remember that, whenever there's a problem, we have to sit down, talk, elaborate things wisely, jangan merapu, n straight to the point. jangan buang masa dengan benda2 yang tak patot. and finally, kalau bertuah, kite akan dapat kemanisan yang tak disangka2..selalulah bersangka baik pada takdir Allah..

serius aku tengah happy ni!!!!! ngeeee..walaupun kelam kabut, tapi happy. boleh?

^_^

erh, sorry. terover plak ai :p

Thursday, May 17, 2012

photos according to my phone :p

Assalamulaikum~

supposed aku dah merangkak naik katil ni..tapi dok la leka scan pic lame tadi. dah lame gile da nak buat ni, tapi asek la dok tertangguh..so tadi disebabkan takde keje nk buat, so aku pon hayunkan langkah, bukak kotak printer yg ade scanner skali ni. cocok wayar, usb, then amek gamba scan sikit2.

Best tau! Bila dalam hati rase bosan gile babet, then otak pon teringatkan mende yang dah sangat sangat lama nak dibuat, skang da ade mase! maka! banyak gak aku scan tadi..hehe..

so bout keje, cambiaselah kelas. disebabkan short sem yang padat. seminggu kelas 10 jam. haha. mujur student 7 orang je, siap sharing lagi ngn kak Lin. ringan sikit beban saya Alhamdulillah..

time tengahari tadi, borak2 ngn akak opis:

"Ko nak wat pinjaman ok gak ain, nak kawin kan? pakai duit banyak tau"

aku tersenyum je. dalam hati anti sikit bab2 loan bank ni. haha. currently tak plan to do any personal loan.

"takpe kak, insyaAllah sempat kumpul before kenduri"

jawapan yang simple dan sepadat mungkin aku berikan. hehe. tapi kan, sempat lagi aku tanye.

"bape interest nye kak?"

haha mengong.

"dalam 3+%"

"oh, bank islam macam lagi murah je tengok iklan arituh"

ok enough. for the moment aku takkan terburu2 nak wat loan. perancangan mesti diteruskan. kadang2 terlampau banyak berfikir ni pon tak elok gak tau. baik lagi aku fikir pasal mati. tak gitu? :)

n petang pula, jalan2 sekitar gerai2 konvo. weekend ni ade konvo kat poli. tapi aku esok InsyaAllah nak cabut balik Sepang dah. hehe. bosan ah dok sabak. sunyi gitu. ohh tanak2.

jalan2 tadi, 1st dokong anak kak Dianah: Maira. die dok lah pandang braces aku. lagi la sronok mengagah die. haha. paling takle bla dok menyuap hot dog secubit demi secubit kat die:

"Nakk, nakkk"

hahaaaa chomell222 :D sampai tertumpah2 la kan char kuey tiaw kungfu aku dari polisterin.

tak lame tu, tukar dokong kakaknya pulak: Hasya. ok umurnya dah naik, maka semangat leh tahan. dengan budak yang dok kira duit kat gerai tu terkial2. nak aje aku teriak:

"Dekkkk, cepat ler bungkus hot dog n kopok lekor tu..tarik plastik pon terkial2...kira duit pon satu2 ko pegang duit kertas tu. lengan akak ni da cramp da dokong ni"

hahaha. tapi aku pendamkan je segala monolog tersebut, hanya mampu diluahkan kat blog ni je. hehehehe..

tapi Hasya sangat chomel. ade one time ni, my hands full with plastics, then die terjatuh kat atas padang, then  cpt2 die bangun. ok sangat cute n berdikari. she's not even crying or say: aduh. memang leh geng la anak first kan! :D

ok lah, it's time to sleep. semoga hari esok menjanjikan seribu kebahagiaan buat kite semua. senyum selalu :)

p/s: nak senyum sampai telinga lah malam ni :)

Ini dia Hasya..ni 2nd snap ni. 1st snap xnak senyum. wekx2 :p 
mouth full with fish ball.

Ini pulak Maira..tengok mulut dok mamam hot dog.


Ni sape plak? bwahaha. zaman muda remaja ai gitu. 
Location: FRIM.
Year taken: 2003

Wednesday, May 16, 2012

update sudah mari..(walau kau tak pinta)

Assalamualaikum semua..

16 Mei, tak lari dari ucapan hari Guru..

tapi untuk aku, ade penambahan: tarikh keramat, pemergian emak tercinta..tak sangka cepat masa berlalu..

Al-Fatihah sebagai kiriman sedekah buat ibunda tercinta..sekarang akan along pastikan, along jaga ayah sebaik2nya..mudah2an..insyaAllah..

aku pon taktau nak cakap ape, how time flies..sangat2 cepat..aku pon semakin dewasa, adik2 pon..semua dah tinggi dari aku..my life, getting stable i guess..cuma jarak. jarak yang jauh (Sepang-Sabak memakan masa 3 jam perjalanan)..da bukak application utk pindah, tpi result masih pending. takde rezeki lagi mungkin.

dunnow what to say more..

opss ok, da jumpe baju..he..he..he.he..

dan da daftar running baru..bulan jun ade 2x event..dengan kenduri kawan2 lagi..

Ain Nordin; one of my cupcakes nak kawen da..Dila, ko nye turn bile?? cepat2! :D

Emon: my current housemate. wajib pegi sebab nikah die aritu aku tak g, keje plak ari jumaat.

Ija: my fren time kat Samten dulu. teman baik, 2x kongsi katil atas bawah. haha. same2 wat keje mengong2. same2 kene denda. kene bebel. haha rindu zaman sekolah dulu..

Sape lagi nak kawen? tolong inform awal2. aku nk block tarikh siap2! hehehe..

Guru

Tadi aku tengok Berita, guru dapat peluang kenaikan gaji ikut tempoh masa...xsure full story tapi gitula kesimpulannya. kalau nak compare, aku pon ngaja gak peeeee.. haha. tapi ni wat aku malas nak amek tau pasal cikgu ni, memang takkan same ngn kami, pengajar kat poli ni. malas nk cakap panjang, just mengharapkan ade perubahan yang positif buat kami la kan..

walaupun jauh di sudut hati, aku bersyukur dengan kehidupan aku sekarang. serius tak mewah, tapi cukup keperluan, kehendak..Alhamdulillah :)

Masalah??

Lately aku moody. sangat. tahap aku sendiri nak lempang muka sendiri. but the best way is: kite takleh lari dari masalah, kite kene kejar masalah tu, setelkan cukup2. wajjaq lu masalah bikin jiwa guwa kacauu!!

lu tau tak yang gua da takleh tidoq lena..masalahnye bukan gua sorang je..hehes..camne tur? Masalah, papepon kene bawak berbincang, buat plan betul2..kene ade backup..ade perancangan..walaupun kita tak mampu mengawal, tapi at least kite dah plan..

bila da ade 2-ways-communications, maka diharapkan dua2 dah luahkan ape yang terpendam. aku sebagai seorang yang simple-minded (haha perasan), aku dah spill every single things. Hope the best for us..amin InsyaAllah..

ok, aku dah merapu. jom tido.

p/s: euro 2012 tak lame lagi. tak sangka 4 tahun sudah since euro lepas..oh oh :) *blushing

ok2, aku nak tambah sket, serius tak paham ngn orang yang leh kira tarikh dengan tepat. contoh ayat luvly2 (euww. haha) seperti berikut:


"harini genaplah 1 tahun, 4 bulan, 3 hari, kami bertunang..auwwww"

oh seriously aku tabik sama otak kalian. serius aku susah nk kire details sebegitu. ade petua? bagi aku yang penting ialah ingat tarikh..khenn??? nk kira countdown is so not me! aggaaga...

p/s: kan da kate aku ni simple, tak ske complicated things..hee..ok gtg..adiozzzzz

p/s: ok, nampaknye tangan aku gatal update entry ni selang beberapa minit nampaknya..actually aku nga usha2 blog org. dunno whom. she's sooo banyak idea bout mende2 kawen thingy. tapi kenapa aku cam xde idea pape? haha. nak decorate bagai ni...so snagat tak reti..ok, aku nk sambung bace jap. lagi 5minit aku hapdet kalo ade bahan. haha. stalker mode on! lame da tak  stalk blog org. wakakak keji tak? :P

p/s: ok, last update. aku nk tido da esok ade kelas pukul 9. 1 question, kenapa antara adat & ibadat (yang wajib), orang still follow adat?

kenapa sepatutnye pertunangan yang supposed is just a simple meeting between woman & man representatives turns into a big event? perlu ke??? ape motif sirih junjung, tepak sirih? adat. ok fine. aku dah penin. n getting emo i guess.

I realized, tak semua adat kite boleh tolak. ade gak kite kene ikut, nak jaga hati mereka yang lebih makan garam dari kita. ok lah. ape2 lah. janji niat kita ikhlas, kerana Allah Ta'ala..Ya Allah, kau peliharalah hubungan kami, semoga masih di landasan Islam, Barkatillah..aminn..

got what i mean?

Sunday, May 13, 2012

my current life :)

Assalamualaikum alls~

So today, Sunday, as usual back to Sabak Bernam, continuing my life, work life to be exact here. So what I've done for several days before? ok, apetah aku pon dah lupa. haha. ade meeting sket gitu. n planning ke Singapore not sure jadi ke tak. seems this year memang tak ke obersea la nampak gaya. 1 plan cancel, another plan by officemate pon bakal cancelled gak. ha takpe2, boleh la aku fokus mengumpul ke tempat lain pulak. mudah2an InsyaAllah :) tapi kesannya; sampai la ni saya jadi mangsa perli. ohh takpe kamu, siap kamu..saya ni pantang dicabar okk! don't make me make my dreams come true pulak! haha.

So last Saturday ade la kuar jap, carik barang. but to no avail, tak jumpe yang berkenan. sangat sedih. sangat emo. actually aku pon da tahap nak lempang diri sendiri. apehal tah moody kemainnnn. sampai satu masa, aku main teka-teki bagi memecah keheningan:

aduhai, aku dah elok2 taip panjang, tapi aku cut balik. hehe. takleh la, lucu rase. hehe. lalu berkumandanglah lagu Terukir di Bintang nyanyian Yuna. aku yang tengah rancak berborak, lantas berhenti lalu humming2 sikit.

"Ni nak nyanyi ke nak bercakap?"

"hahahahaha mencikkkkk"

"suara tu aurat,"

"hehehehehe, ok2"

phew~~~ terkena kita.

"bla bla bla...tau tak kahwin tu bukan perkara mudah?"

"seperti?"

"kena minta izin suami before buat ape2"

"ok2, i paham tu"

lalu membuang pandangan ke tingkap luar kereta. Isk teruk jem kat MRR2 ni..

mungkin aku faham yang tu, tentang minta izin dari suami before do anything. even sekarang under my dad's guardian pon aku tetap minta izin to do anything from my dad. tapi selagi belum dalam situasi seorang yang bergelar isteri, mungkin aku tak dapat feel sebenar. makin lama makin cuak, walaupun bukanlah dalam masa terdekat nak menamatkan zaman bujang. tapi makin aku baca buku yang baru aku purchase aritu: Permata yang Hilang, Kini Dijumpai, makin cuak plak aku rase. things seems easy when we read the articles, but the implementation part? tepuk dada, tanya diri sendiri. papepon aku rase, dalam hidup ni memang perlukan peringatan yang sangat kerap. (buku ni bukan Permata yang Hilang yang pasal kamasutra bagai tu ok, ni yang dah ade kat blog Kereta Mayat, one my favourite blogs ever!!)

                                                 
So this is the book I've told ya!! 
psst, my name is written at the top, 1st page! ngeh2 ;)

dan lately, aku kalo wat keje kat ofis, kat tinge memang da ready headphone pasang Youtube Ustaz Azhar Idrus. sangat2 straight to the point. senang aku ngn cara Ustaz tersebut jawab semua soalan yang dikemukakan. tak meleret, dan sangat2 memberi ilmu baru kat aku.

Ohh tetibe rindu membuak2 kat Bahasa Arab mula menerjah, tempohari ade berborak dengan ofismet. Initially aku senyap je, macam biasalah, silent observer, haha. n finally, aku pon bukak cerita yang aku dulu blajar B.Arab dari Form 1 till Form 5. 2 paper: Bahasa Arab Komunikasi (PMR) and Bahasa Arab Tinggi (SPM) aku amek. Lom campur g subjek time Exam SMA Form 4 dulu. semua dalam Bahasa Arab. dulu time sekolah serasakan sangat2 susah tahap gaban belajar! sekarang I crave for it! boleh?

dan teringat perbualan tempohari, aku nak test otak kononnya;

"Cer cite lagi pasal Bahasa Arab, or u ask me anything, nak test otak ni ingat lagi ke tak"

"Ok, ape maksud : Wa Huassami'ul 'Alim"

"Dan Dia Maha Mendengar & Maha Mengetahui"

"Al-Basir?"

"Maha Melihat"

Alhamdulillah aku tak lupe lagi yang basic2. huhuhu..ohh rinduuu, sangat rindu. esok nak ngaji lagi, antara salah satu syafaat di Hari Perhitungan ialah Syafaat Nabi Muhammad s.a.w dan Syafaat bagi orang2 yang selalu membaca Al-Quran tau. mudah2an kita tergolong dalam golongan tersebut. Amin :)

dan esok my bro yang kecik; Hafiz akan ade Exam. So sambil aku siap2kan hanger kat baju untuk disidai kat luar, I ask him questions bout Sejarah. Ayah tengah baring, penat mungkin main badminton di pagi hari.

"Adek, sebutkan 2 pasukan yang menentang pendudukan Jepun?"

"MPAJA ngan Force 136"

"Bagus!!" eh, tapi aku dengar sayup2 ade kedengaran seseorang jawab:

"MPAJA, ar stand for Malaysian Action..apetah lagi"

"wah!! ayah hafal gak ke? Along seriously tak tau. hahhaha"

rase benci pada subjek Sejarah masih menebal dalam diri aku ni. haha.

"Ayah tau..tapi 'P' tu stand for ape eh?"

"Full name die: Malayan People's Anti-Japanese Army" ujarku sambil menatap buku adik. (Tapi dah wat entri ni aku google la jap. hahahahahah)

Semoga adik sentiasa suksess!! Jangan dok main gitar je, tau la terer! tapi tak cukup terer la kalo tak dengar along nyanyi lagu Terukir di Bintang sambil ko petik gitar! haha.

Buat my another Bro: Ayep, Heppy Birthday yang ke-19 today bebeh!! Hadiah fizikal takde, tapi wang tunai je lah dapat, sempena nak soh ko beli pape barang time vacation g Pulau Perhentian tu. weuhuuu~~ gua sangat jeles same lu!!

Buat adek gua lagi sorang yang jauh di Jepun nun, ketahuilah bahawa saya sangat sangat sangat merinduimuuuu~~ woi cepatla balik, kemas bilik!! hahhahaha.



Ok, this is my bro's Exam Schedule. 
All the best InsyaAllah, moga dipermudahkan menjawab. Aminn.

k, c ya later! Assalamualaikum :)

Wednesday, May 9, 2012

dilema yang dah terjawab..

Assalamualaikum..

Dikala keseorangan, aku termangu sendiri. sambil meratah biskut Chipsmore perasa Original. ade gak terselit2 kat braces ni kaler2 coklat. takpe, pewarna tambahan.

Sejurus, meneguk air Dutch Lady Chocolate Flavour lambang hantu cokelat that's why kulit pon more to chocolate in colour.

Lalu, menyesal. ahh tipu sikit. semalam aku joging sampai 2x round poli wehhhh. harini yilek. kosong. baju dah tukar. tapi disebabkan berbincang perkara berat, nak buat keputusan punye susah. thought i can decide it by myself. but no. heck no. got to explain to people around me, gather the feedback and then make my own decision.

Sorry angah, can't follow you...things getting expensive lately...n thought of going to umrah before planning to any other countries. huhuhuhuhu...serba salah rase ni..

ingatkan mampu ku pendam pendam rasa ini. tapi terluah jua lantas mendapat cadangan dari opismet dan si dia. hehe..

InsyaAllah, lain masa, lain hari, kan ku jejak ke benua tersebut. hehoooooo..

tibe2 rindu my fren; Nani yang tengah pursue study kat London & my couzy; kak Na kat Ireland..mich u guys!

n paling takleh blah:

"You tau, ofismet I beli Herba Life tau, quite pricey tu rm200+"

"So rm200 tu u kate mahallah?"

"yelah, mahal kot. baik lagi joging ke"

"so how bout expenses nak travel u tu??? i tak paham lah u ni"

"oh errr..hahahahahaha"

"haaaaaaaaaa, tau xpee"

kih2. sorry2, my bad..I just can't control myself when it comes to travelling. huhuhu...so now, gotta simpan duit for persiapan hari terbesar dalam hidup, n going umrah insyaAllah. sangat2 nak pergi ke tempat suci tersebut. amin..insyaAllah dipermudahkan niat ku itu..

Monday, May 7, 2012

membebel macam mak nenek.

Assalamualaikum~

Alhamdulillah harini things seems fine..'sangat' ..wahaha..

harini bangun2 pagi je aku terjaga dah ade kat ruang tamu. tertidur dek gigih menanda paper student. sambil tv terpasang n kipas pasang full. tak menggigil memang tipu besar. dah elok2 tjage pkul 5, aku terus la pasang niat nak puasa ganti..puasa bulan 7 ok rakan2, so jangan lengah2 la ganti.[nasihat diri sendiri gak].

dah tu, gigih marking till 6.30, take my bath, solat. [ok memang motif aku nk wat entri kali ni ala2 diari, boleh?]

dan sesampainye kat ofis, call ayah, talk2 to him lambang perkara penting n malas nk reply2 meset. hehe

dan terus sambung marking till 10.30am. borak pon tak sangat apetah lagi makan sebab aku puasa kan. tapi sempat gak sembang2 ngn kak lin yang aku da tengok Avengers yang suam2 kuku tu. hahaha.

dah siap, terus g Unit Exam n key in markah student. bout 12pm naik opis. Alhamdulillah setel. pastu nak wat X-Compile lak. kene key in markah student one by one ke document Excel. aku memang da maki2 da tadi. abes la da la aku puase en. sungguh kurang sabar n mendidih taktau nape..

"kak Dianah, xde cara lagi senang ke nak wat ni? mesti ade ni"

aku yang masih tak berpuas hati dengan cara bodoh tersebut cuba riki2 buat kaedah lain yang lagi simple.

"takde ain..memang kena manually wat satu2..pastu nanti dah leh keje kat bank. hahaa"

waaahhhh, mencik2. lari mood aku.

4.30pm:

"Ain, jom masak berbuka ni"

"Malas la emon, aku nak siapkan X-Compile"

"Ok"

5 minit kemudian...

"Emon, sorry tadi aku tension wat X-Compile..nak join masak leh?"

"ok, nanti jumpa kat rumah then kite g bli makanan nk masak"

"ok!"

dalam hati terus berbunga2. haha

disebabkan rasa tak puas hati yang tinggi, aku check calendar menstrual aku n I know why this simptom angin pasang berlaku...tak lame lagi rupenye..sah pms..gedik! hahaa

p/s: marah diri sendiri..kui3..

Thursday, May 3, 2012

grrr..

ingatkan leh escape, upenye terkene gak..
grrr...
mmamamamamalasnyeewwww :( :( :(


pastu cambiase, pujuk gak hati ni..
wahai hati, bersabarlah...
kalau tak sabar, memang dah lame aku quit! hukk


1 question: Do you really like what you're doing right now?

Tepuk dahi, tanya akal.

p/s: "sabarlah banyak2..mungkin ade hikmahnye"

again, pujuk je la hati. aku tau weekend aku nak cau cau cau cau cauuuuu. adiouss

Tuesday, May 1, 2012

sweet escape: Air Terjun Berkelah ver 2.0

aku penah tgk cite Oprah Winfrey,
ade petikan salah sorang jemputan dalam tu:
"Berikan seseorang hadiah, dia akan heppy,
Berikan seseroang kenangan (ie: vacation, any moments shared together),
maka dia akan ingat kenangan tu sampai bile2"
tetiba aku rase cam betul plak kata2 tu :D
especially with your family members, your special someone, or your best friends! wallauwey ;)
dan baru2 ni aku g Air Terjun Berkelah, for 2nd time.
ahli camping this time dah berkurangan ke 6 org: Apit, kak Rayhan, Din, Aish, Fahmi and me.
happy to the max! till we meet again on the next vacation :D
berendam tak hengat! (me, Aish & Rayhan)

memang sweet escape! ;)

"larik, larik, dinosour nk mamam! haha"

meredah kawanan batu. licin sampai terduduk gak aku. hmmm.

sejak bile nak main caj2 plak? ngek btol!

jumpa lagi next time,
insyaAllah status kita semua dah sama time tu :D aminn

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...