Sunday, June 26, 2011

pembebelan 2.0


Salam.

Terlalu banyak input yang aku dapat hasil daripada taklimat kursus induksi yang aku tengah undergo skang ni. n belum habis lagi pon actually. tapi ape yang dapat aku rumuskan so far:

1. nak jadi pendidik bukan sesenang yang orang anggapkan.


dulu time sekolah kite tengok cam best kan jadi cikgu? n time dah masuk univ cam senang je tengok lecturer nye keje. dah la flexible time. kat cni nak share sikit bab skim:

Cikgu: DG
Pensyarah politeknik: DH
Pensyarah Universiti: DS

so aku skang under DH la. dah masuk mengajar ni baru tau yang selain PnP (Pengajaran & Pembelajaran), kitorang ade gak tugas2 sampingan. yang kadang2 aku jadi blur, mane nak prepare utk mengajarnya, nak pahamkan topik satu hal gak. ni akan datang aku dapat 3 subjek.1 tu bole la kate aku da paham. open source, tu pon dah tuka silibus baru skang. Al maklumlah, IT kan pantas berkembang n perlu relevan sukatan dengan pasaran semasa. ya betul, aku tak nafikan yang ini.

somehow, its true. hehe -google

tugas sampingan. name je tugas sampingan. tapi.. dot dot..noktah disini.

belum campur hal nak collect lab assignment, quiz, assignment. time bagi assignment memang best la rase. tapi time student dah pass up tu. arghh bertimbun nak menanda. haha padan muka aku. kalo rajin aku bawak balik umah la. kalo tak mmg mark kat ofis la. ade dulu aku spend weekend lepak ofis kot, nak menghabiskan keje. dulu maybe baru lagi so tak reti nak bahagi masa dgn efisien. haha. poyo la gua.

click photo to enlarge. -source

ok, aku rasa entri ni dah macam sesi meluah perasaan pulak la kan. takdela, just nak share2 gitu experience gua sepanjang jadi pengajar ni. tadehal ar nak bahasa gua kau aku. aku manusia gak kot. janji time opis hour gua behave n depan mak mentua orang tua wa respek. orang muda plak kite suspek. ahh melalut.

2. ok, second plak, ape yang aku perasan, most of us or senang cite aku sendiri la, tak berapa nak hadam hal-hal sejarah negara kite. dari zaman hang tuah sampai la ke pemerintahan Datuk Seri Najib skang. Serasa cam bebal nye la aku ni pasal sejarah. ok memang tak dinafikan yang aku tau gak ar sikit2 (ceh cover). tapi banyak lagi yang aku tak tau senarnye.

walaupun kat umah subscribe ni, sumpah tak best. haha.

Kalo korang igt lagi kata2 ni: Sesiapa yang tak mengingat sejarah, merekalah yang akan mengulangi nya. erm lebeh kurang la. kalo salah tolong tunjukkan.

his-story: people explain to us bout the story. -source

3. Most of nama penceramah tu pendek2 je weh. contoh: Rusli b. Idris. konon je name ni aku combine je la sesape. tapi memang itu je pesen2 sume penceramah kitorang. aku leh buat 2 andaian:

a) Name dorang cam old school, standard la mungkin orang zaman dulu memang pendek2 je tak macam name orang sekarang.
b) Aku andaikan orang name pendek ni memang bijak2 belaka n pandai convincing people and very the superb during public speaking.

Serius cakap la weh. ko igt yg bagi talk sepanjang induksi ni cikai2 je ke? Jawatan PTD la, Pengarah Kolej Komuniti la, TPA(Timbalan Pengarah Akademik) la..which is jawatan bawah Pengarah Politeknik. Ade lagi lain, bakal sambung phd, dll. Hebat kan? Subhanallah..

lagipun name pendek senang nak sebut time nikah. ahem :p

erm, tu je la nak share kali ni. Doakan aku pon hebat2 cam dorang ni. Memang dari skang aku dah kena ade target nak buat ape dalam hidup ni. takkan selamanya ditakuk lama kan. orang lain boleh berjaya, boleh buat buku, research, dll. aku ingat nak wat labsheet la. amacam ha? hehe..

p/s: congrats for those yang join standard chartered kl running pagi tadi!! gua hanya mampu menanti berita je la dari cni. hehes..

Saturday, June 25, 2011

Salam 1 Malaysiaaaa!!!


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia (ceh, mementang baru dengar taklimat tajuk 1 Malaysia tadi..hehe

dah 6 hari aku kat JB ni, tadi dah dapat assignment dah. Individu & Kumpulan. Aku cambiase time dpt assignment pape memang terus belek tapi just nak tengok la banyak ke sikit en. Alhamdulillah ok la capable gak.

dan so far, banyak sangat benda yang aku belajar hasil dari dengar taklimat. Pagi tadi paling teruk tahap mengantuk aku. Dah la duduk 2 baris dari depan. Lepastu pulak seat aku tu memang direct ngn penceramah. elok plak tadi aku tersengguk gak kot. Da la dewan tu sejuk gile bab. memang berselubung ngan mafela je la aku.

n btw, banyak sangat ilmu lain2 yang aku baru dapat. nak tau? jom dengar. eh bace :)

1. Kenapa perempuan susah sangat nak pahamkan map? or peta??

2. Kenapa lelaki terer putar belit? (no offence, tak wat watpe nak makan dalam en?)

3. Jawatan apekah dalam kerajaan yang lepas 5 tahun berkhidmat dah boleh dapat elaun pencen?

4. Apakah nama Perlembagaan tertinggi yang digunakan dalam negara kita?

5. Selepas British menang dalam Perang Dunia ke-2, British ade mengatakan nak beri kemerdekaan kat negara-negara jajahannya. Tetapi, Tanah Melayu (nama lama Malaysia) tak dapat kemerdekaan seperti di India pada 1947 (tarikh igt2 lupa) Kenapa???

Tu je la setakat neh. hehess..

ok, rindu ngan dak tecik ni. Syamil oh Syamil.
jangan nakal2 ya, rindu nak timang yee :)

ops lupe, semalam malam aku gerak ke Umah kak Has di Taman Universiti. Dari Hotel Tropical Inn ni aku amek cab ke City Square Mall (haha cam ngek je, dekat gile kot, tapi disebabkan gugurl lain pakat naik cab, aku pon follow ar. silap takde geng2 XY je nak g sane. kalo tak mmg aku follow walking je, senang & dekat).

n then aku seberang naik jejantas dari City Square ke deretan bas kat belah lagi satu. Memang credits la kat guard dalam CS atas kesudian bgtau katne nak nek bas.

Then ade la dalam setengah jam perjalanan, memang all the way lawa view. Kanan, banyak bangunan2 diraja. kat belah kiri gak air, aku ni lalu je Danga Bay tapi tak singgah pon lagi..huuuu

dah turun kat JJ taman univ, aku pon menanti la kejap. yah, sampai pon Opin. thanxxxx

dah sampai umah, terus salam kak has. rindu tak terkataa okkkk. baru 1st time sampai umahnye. lawa tengok design2 lukisan air nya :) ori wehhh.

sebenarnya ada majlis khatam quran anak2 murid mengajinya, tapi aku datang just isi perut la kan. haha. dah tu layan MRL lak..Maharaja Lawak loer..Tahniah Sepah menang! Kesian Jambu dapat tempat 4th je..huuu aku hantu Jambu kotttt..agagagag

k la, nak tido da. mantok gaban. sehingga ketemuan. wassalam.

psstt, jawab jangan tak jawab ape soalan kt atas yg aku bubuh td. hehe :)

Tuesday, June 21, 2011

phishing..!

Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

erm, malas plak nak blogging bile takde orang komen (hhahahahahaha) bodo gile reason lame aku ni. aku tipu jek. ngeh2 (lah sangat)

ok, harini ade LDK (Latihan dalam Kumpulan) dari pagi sampai malam. dan sangat2 best ok dikendalikan oleh En. Hj. Ahmad bin Saidi. Nice one lah memang heppy n tak kering gusi diwatnye ngan lawak spontan beliau. ok takde la nak kate kitorang terbahak2 je sepanjang LDK, tp memang undeniably fun! ^_^

*ok, tukar posisi menaip jap. lenguh bahu meniarap neh. duduk bersila lagi terbaik :)

ade LDK, pastu cambiase la wat Nama Kumpulan, visi, misi, motto, logo sume. Aku ade la tulis2 as dorang kate sape tulisan lawa. n semestinya tulisan aku tak lawa langsong! tapi aku taktau la nape kalo dalam LDK memane orang soh aku yang tulis. so tadi aku volunteer je la malas nak buang masa. but kalo lukis2 memang salah orang bagi aku, n tadi time aku tulis block word kat Logo, dorang kate aku ni mesti jadi AJK Keceriaan time sekolah dulu. Hahahaharam la kan aku nak jadi tu. melambak lagi member2 lain lagi kreatip inovatip berbanding gua :p

dan juga sebelah malam ade teknik utk Public Speaking yang berkesan. ade antara petuanya selitkan ayat2 al-Quran, hadis, pepatah melayu, bidalan dan kata2 tokoh. Penceramah tu macam aim kat orang teknikal. Ade skali tu die tanye sape orang IT among us. Aku ngn member sebelah dari PUO kebetulan IT gak. kitorang da pakat2 senyap je (haha). tapi last2 terkena gak aku as penceramah tu point kat aku:

"Ok, awak yang dari tadi mengigil dalam kain macam khemah orang Arab tu boleh ke depan ceritakan contoh pengenalan dalam Public Speaking"

ok, aku actually pakai mafela time tu..ade ke kate khemah orang arab? hahaha.
pastu aku pon bebel la lebeh kurang. naseb bek dapat komen kate bagus. tabahek skeptikal orang teknikal tak reti cakap kat depan taw taw. i tak ske :p (ok, memang aku tak reti cakap depan orang ramai, i mean tak lancar mane tapi lame2 boleh kot, insyaAllah)

n juga, da la setel da hal2 induksi. ni aku nak share bab Phishing yang bodo gile bangang la buat memana individu yang buat ni. memang jahat gile wa cakap sama lu. korang yang berhati setan ni memang jahat gile amek kesempatan kat kelalaian & kenaifan sesetengah manusia. ape ingat berkat ke ngan duit haram yang korang dapat tu? duit haram, pegi beli makan, pastu masok dalam badan, dah jadi darah daging. kalau tak sempat taubat n dosa2 tu tak diampunkan, siaplah memang neraka jawabnya (wallahualam..aku geram sangat tahap mendidih dah ni)

ape itu phishing?

Based on Wikipedia, Phishing means:
Phishing is a way of attempting to acquire sensitive information such as usernames, passwords and credit card details by masquerading as a trustworthy entity in an electronic communication.

Masquerade plak jangan pikir Masquerade party plak. lempang kang. masquerade means berlakon la. macam bertopengkan. bodo kan sape yg buat web phishing ni? n lagi kesian for those yang terperangkap dalam jerangkap yg bagi aku bukan samar lagi. nape aku cakap camtu? ok, aku kobar2 nak tulih pasal ni sebab aku dapat emel tipu ni dalam spam tadi. nak tengok? meh usha sikit:


-to enlarge, click on the image-


and here aku crop sikit n focus kat bahagian bawah kiri,
which is the link appear as i point my cursor towards that stupid fake blue-colored link:

https://www.maybank2u.com.my/mbb/m2u/common/M2ULogin.do?action=Login

memang caharam. ok meh aku explain sikit. kalo pengguna m2u maybe aku takya cite sangat. tapi generally, this is how transaction works when u use m2u internet banking la:

1. masokkan username, password

2. and even sekarang ni dah ade kene select dulu pic ape nak appear time korang login. contohnya time setting aritu gambar katak. so suppose korang login tu ade gambar katak kat login page tu. another good job utk kite realize how our login page is.

3. dah tu korang wat la pape korang nak. bayar bil api? air? ptptn? topap prepaid? (eh apesal cam sume tu aku biase buat je? haha).

4. ok, time nak confirm payment tu user kene click link. Link ni utk ASK FOR TAC code. TAC stand for:

*ok, aku google jap. demi korang (poyo sikit)

ok, TAC means: Transaction Authorisation Code. nak tau lagi lanjut, apa ya lanjutnya? leh click sepanjang link sini. haha. malas aku nak taip trenslet melayu plak. sila baca link tu ye kawan2, jangan malas. babab nanti.

so basically TAC tu berfungsi:Maybank akan hantar 6 digit ke handphone kite, then kita masokkan 6 digit tadi ke dalam ruangan TAC yang diarahkan. kalo nak tau, kalo korang leh masok web phishing tadi, memang akan ade website yang SEBIJIK GILE BABUN ngan website M2U ok sayang2 sekalian. so basically orang yang tak perasan akan masokkan TAC code tadi. ok, kat cni si penjenayah durjana phishing tu dengan bahagianya tengah access akaun M2U korang dengan menggunakan username & password yang korang dah masokkan ke dalam website tipu yang dorang reka sebiji cam interface m2u tadi. dan dengan bahagianya dorang transfer duit korang ke akaun dorang. dan lagi senang sebab dah dapat TAC code yg korang masokkan tadi. TAHNIAH!!! korang dah berjaya menjadi pemberi sedekah tak semena2. Baik hati la u *mata pandang atas tangan ke dada*

so, paham kan? kan? tak paham bole tanye. sms or call pon boleh. tadahalll =)

thank you. kalo aku salah sila tegur ye. saya open je pape cadangan kome. maceh.

p/s: aku tau details sal phishing tu dari instructor ENSA aku haritu. Thanx Joel for sharing ur precious experience with us. ok dah, aku nak tido esok 6.30 ade senaman pagi. arghh malas.

J.B yaww~


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat semua =)

Alhamdulillah saya dah selamat menjejakkan kaki ke Johor Bahru. ok terus terang aku cakap yang aku tak tau pon lokasi sebenar JB ni kat mane. Baru malam tadi aku tau yg JB ni rupe2nye da kat sempadan nak ke Singapore. haha. tu pon sebab Fami cakap. hahahaha. eee teruknya aku. ngahaha mentang2 la anti Geografi time sekolah dulu, terus aku bodo bab2 lokasi neh. haiyaa. takpe2, so skang da sampai pon. ngee best2! ^_^

actually pukul 9 pagi tadi baru gerak dari Poli Sabak Bernam. Tau tak yang aku baru tau khamis lepas yg aku listed gak untuk kursus Induksi ni. Bayangkan time tu aku kat Ipoh. Memang pagi tadi aku kelam kabut g ofis untuk setel isi Borang Keluar Stesyen, sebab name aku lambat kan so surat panggilan yang kene attach ngn borang tu ada kat s/u ofis. Memang sumpah kelam kabut. peluh2 aku dibuatnye. haha *bagus2 senaman. ngeh2

Memang back-to-back kursus aku.

9 May - 1 June : kursus ENSA & ECSS at Malacca
13 - 17 June: Kursus NCLP at Ipoh
20-30 June: Kursus Induksi at JB.
5-8 July: Kursus CPCM Research Methodology. ok, yang ni cun dah sebab buat kat Poli aku gak. fuh.

ok, tu la die rentetan perisitiwa kursus aku yang tak berenti2. ngeh2.

tadi gerak 9 pagi dari Sabak. Berenti sejam2 kat 2 R&R: Nilai n lagi satu manetah. Nilai for lunch and another one utk solat & luruskan pinggang yg dah lenguh. Sampai ke JB bout 5pm gak la..

So tadi ade taklimat awal2. Ade sorang wakil dari YPEIM (Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia). die cite sal Ar-Rahnu yang dah berjalan. initially dorang tumpang kaunter kat Bank Rakyat. n then skrg Bank Rakyat dah realize yang skim pajak gadai tu boleh generate profit. so skrg ni YPEIM ngah kumpul dana nak bangunkan their own branch plak. memang ade dah skrg tapi tak sebanyak mane. Let say Johor die kate kat Pontian.

So ade talk lebeh kurang. but the end of the session is each of us were encouraged to fill in form stating that kite ni ikhlas nak menderma untuk dana tu on which amount. die ade stated dalam form tu da.

Bcoz what? Kira if kita menyumbangkan dalam dana ni, kite dah membantu skim pelaburan emas dijalankan menurut cara Islam, tanpa riba hanya perlu caj upah menyimpan sebanyak RM6.50 sebulan. so, sedikit sebanyak ngn mengisi borang tu, kita dah ade bekalan untuk alam akhirat kelak. ade 3 mende yg kite bawak:

1) sedekah & amal jariah
2) ilmu yang bermanfaat
3) anak soleh yang mendoakan kebahagiaan ibu-bapanya.

so, berminat?

n juga, aku ke Pasar Karat usai taklimat tadi. Dalam 500meter kot tempat tu dgn hotel aku ni. Memang lenguh gak berjalan tapi best la. at least dah makan tadi kire aku exercise la gak tadi. hehe.. Pasar Karat tu da ala2 downtown Danau tu la cuma sebab weekdays so macam tak ramai sangat org n kedai pon xsume bukak.

so, jom usha picca :)

-me and Bi. gedex sket pose dalam bas. hee-

-tak ubah cam kete mainan.
taken from 21st floor-

-main snap je. pakai fon je kot. ngeh2-

-ok, aku suke kot yang ni.
aish geram plak dengan hasil picca dalam ni rase nak sebat digicam 1 la.
DSLR mungkin tak. keh2-

ok, time to sleep. gotta ready for tomorrow's activity. papai all. gudnite =)

p/s: view dari bilik aku ni memang dah seberang selat dah. dan ditemani bulan yang tak penuh. and also aku dok bilik sorang2. ohh lurve it <3 hee..

Sunday, June 19, 2011

biarkanlah..


Salam to all.

So apecer? baik? tabaik?

So tadi aku baru usai masak setelah 2mggu tak usik dapor as last week aku kat umah emon. Tadi aku masak ikan goreng n daging masak merah. So macam biase aku nak stori mori. paling senang kot aku penah buat. hehe

Bahan2 cambiase: minyak, bawang putih, bawang merah, bawang besar, halia, daging, cili giling, sos tiram, kicap, garam secukup rasa, sos cili.

Cara2:

1. rebus daging. kalo nak bagi efek taruk pewarna merah sikit so time potong tu lawa la. tapi disebabkan aku buat daging sambal so macam tak payah pon takpe sebenarnya.

2. buh minyak, tumis bawang merah n bawang putih n halia yang dah ditumbuk tadi sampai naik bau (suke gile bau die.hehe)

3. bubuh cili giling. biar sampai betul2 masak. aku dulu awal2 masak selalu kena komen ngn ayah sebab cili aku cam tak garing katanya. bole bikin perut sakit kot. hee..

4. cara nak tau da garing? da itam kot. keh2. pandai2 la kan..

5. dah tu bubuh sos tiram, sos cili, kicap dalam tu, kuantiti agak2 la ikut selera tekak masing2. (aku tadi tlupa nak bubuh kicap. haish)

6. dah tu, masokkan je daging tadi. time rebus aku potong besar2. dah nak gaul ngn sambal ni aku hiris kecik2 la. potong ikut urat? tak ikut urat? ahh hentam je. masok perut kang xde rupa da kot pastu. haha

7. pastu bawang besar tadi korang potong melintang. bukan menegak. so hasilnya dapat bawang yang besar2 la. tanye la mak korang camne nak potong bawang so that masakan jadi manis, mesti mak ajar nnti camne :)

8. n jangan lupe gak bubuh garam so that ade rase la masakan korang. selamat mencuba! :)

photo? takde plak. hehe..




dan juga, heppy father's day to my dad, ade entry lepas aku dah cerita bout him.. :)

dan juga semalam aku g Amcorp Mall sebab exam NCLP dalam tu. dah setel exam aku merayau2 jap la ngn member2, g Book Excess, argghh geram gile tgk price murah2 kot. pastu aku grab 3 buku:

1. Guinness World Record 2011 (harga asal: RM99 jadi RM25)
2. The Lovely Bones (asal: RM35, jadi RM17.90)
3. Glory of Path..harga? rahsia2..heheee

geram kan??? tengok la ade mase nanti pas gaji aku nak g situ lagi. tapi buku2 yg currently nga bace pon tak abes lagi. haha. tamak2 :P

n btw, esok aku bakal ke JB pulak, kursus Induksi. tak prepare pape lagi ni. k, gotta go :)

ops, jom layan video comel ni. layan cite papadom tadi ade plak lagu ni:


p/s: hb to u :)

Thursday, June 16, 2011

anon.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera.

nothing much happen today. semalam tak sempat nak update, tetibe line wifi hotel ni slow plak. harini cambiase bangon pagi, subuh, mandi sume n bsiap2 ke puo (politeknik ungku omar) utk meneruskan perjuangan attend kelas utk aku jalani exam sabtu ni: Novell Certificate Linux Professional. aritu Admin nye dah lepas da. Alhamdulillah..

harini belajar mende super baru gak la. setting utk NFS Server (network file sharing) , Quota, Repquota, SSH (Secured Shell Services), webserver apache, ade gak scheduling (cron), top (ala2 cam dalam windows task manager). paling best tadi pasal ssh la. memule client dari server 2 nak access gune password. n 2nd task dorang access root server1 takyah pakai password. hah, camano tu? yupsie, pandai pon, kne pass key kat root server1 dulu. then later client kat server2 tu takyah authenticate dah for the next time die nak sudo server1. cewah. poyo sket.

Esok bakal belajar sal LVM (lupe lak ape tapi Volument Management la).

memang dah mabuk cmd da ha. tapi tadi baru nak install suse kat pc ni. haha. gune vmware je, malas nak buat dual-boot. walhal pc ni memang dual-boot da, aku hentam awal2 dulu masok cd ubuntu then install je sume .kuang2. dah lepas tu baru aku tau amende dual-boot tu. kuang2

n harini, ade berita sal group Anonymous ni hack server gomen eh. or precisely is group ni hack website kerajaan. bole plak kat website sabah tu dorang display password user situ eh. kuang2. see, banyak lagi lack kan tapi mebi web tu pon tak deal ngn high secured stuff, tak macam bank2 la, data sume kene jaga en.

[babaaachakk!!]

Ape yg group Anonymous ni buat? dorang buat DDOS attack (Distributed Denial of Service) dimana website tu xdpt di akses oleh user nye buat beberapa jangka masa. Sebab ape? ha, ni aku nak kabor sikit la hasil pembelajaran kursus ENSA(Network Security Administrator) kat Melaka tempohari.

ok, citenye camni. Group Anonymous ni akan setup kan beberapa pc as zombie (tak bernyawa tapi simpan virus gitu la). n then bile pc ni dah banyak gile let say dalam 1000 ( aku tak sure biase ddos attack ni brape banyak zombie pc diperlukan utk make it efficient). n then, bile dah sampai masa, pc utama yang mengawal semua2 1000 pc zombie tadi akan run script yang die dah bubuh dalam virus tu. kalo dalam kes Anonymous, script tu akan buat task utk serang web gomen. (kalo salah tolong inform ye, saya baru sangat belajar ni).


-diagram of DDOS attack-

hasilnya, bile da 1000 pc or client akses ke web tadi, server jadi overload n tak dapat nak handle request yang BANYAK GILERR tu!! so jadi la server tu hang. n keluar la mende pelik2 kat page tu hasil dari script written from the hackers.

n aku rase..ni aku rase la, mebi hackers tu pon ade wat SQL injection which is dorang kacau database yang isi data2 pasal user web tu then leh paparkan sejumlah user n password kat page tu.

tu diaaaaa..macho en dorang? opss i mean hebat la dorang ni leh buat macam2. aku takde peluang kot, hoho. tapi instructor ENSA aku aritu penah pesan, katenye SKMM(yang ni kalo taktau g google sendiri) staff SKMM memang terbaik which is kalo korang buat taik kat memana page, let say phishing or scam, staff SKMM yang involved dalam hacking boleh dapat korang dalam masa 72jam ok. hoho kagum tak? hee

so itu je la aku nak share. tapi sebenarnya jauh dalam sudut hati aku ni geram gak. nape nak dok kalut2 tutup website yang provide free download stuff? hehe..biar la kan kan kan..(mebi gua bukan artis sebab tu gua tak kesah). tapi bagi aku la kan, kalo betul2 movie tu best or aku memang minat gile ngn seseorang artis tu, aku akan beli la cd etc etc. bikin kechoh ja dorang ni.

p/s: ehem. 1st time kot entry aku berilmiah gini. kuang2..

Monday, June 13, 2011

rhendu..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera buat sesiapa yg sudi membaca & nak extra lagi yg sudi klik2 advert kat blog saya (ok, agak poyo disini.hoho).

So cane hari isnin untuk harini? berjalan lancarkah? kena maki dengan bos kah? kena tempeleng ngn mak kah sebab tak dgr cakap? or kereta anda bergesel ngn lori bawak ayam? tak kesah la pape, janji hati mau tenang & perut mau kenyang. ahh malas nak merapu dah, so straight to the point je harini (btw, sume2 situasi di atas aku hentam je. takde aim sesape pon).

1. father's day

wow, wow. bile ye exactly tarikh hari bapa ni? actually aku ni ade terbaca blog Hanis Zalikha. camne ye aku terpergi blog beliau? ohh sebab beliau selalu hapdet, so klik2 n bace la kan :) ade entri pasal father's day. hurm seriously aku dah rindu kat ayah. so cambiase bila kite rindu kat sesape kite kena calling2. jangan call marka je, kadang2, eh kite kena SELALU concern sal hal family especially parents kite tau. tanya khabar dorang, dah makan ke belum.

Aku bukan nak cakap ape, tapi pesen aku ni suke tgk bape time aku spend kalo calling. (heh). tapi yang pelik, kalo bborak ngn ayah or emak dulu nape tak leh celen kalo borak ngn err member? *batuk2* ok tak perlu jelaskan. heh


-raya 2007-
tengah bersalaman dengan ayah sambil diperhatikan mak :)

dah2, jangan melalut. kalo cite pasal pengorbanan seorang ayah, memang sampai bile2 aku takkan abes bercerita. (tu tak kira dari zaman baby lagi dimana memang takde la dalam kotak memori aku ni). tapi nak cite gak la. tak kire :P

ok, ayah time aku kecik2 dulu memang garang gileeee. saya sangat takut ok. aku ni nak compare ngn adik beradik lain tak la degil sangat kot (kak long kot. ahem). tapi kalo ade mende pecah ke memang gua gerun lebeh.

tapi bila dah grown up, ayah dah tak segarang dulu, mungkin memikirkan pendekatan naik tangan tu dah tak valid. penah sekali time ayah nak ajar pasal tolak tambah kat ayep kot, ayah amek la beberapa biji pisang, then demo depan2 kitorang bagi paham. dah lame tu kitorang ramai2 ngap pisang tu. heee. mende cam simple, tapi aku rase nice sangat time tu ;)

n aku takleh lupe time aku awal2 belaja bawak kete dulu, b4 masok kelas mandu, aku blaja ngn ayah. huwaaa naik satria mak memang awal2 belajar je aku banyak meleleh.

"Camne nak drive ni??? Minyak ngn clutch pon tak reti nak balance?? asek mati je!!", gerutu ayah.

huwaa kene marah. balik rumah, aku teros masok bilik, tutup pintu kuat2, pastu aku bantai menangis sampai tertido. hoho. tapi pastu ayah ajak praktis lagi bawak. kih3.

n then time aku dah dapat viva tu (terima kasih ayah & emak sebab memudahkan along time kat u dulu, dgn viva tu..). ok, time mule2 drive sorang2, serius dalam hati aku cam tacing gile. aku pikir: ohh, skg da sampai masa aku bawak kete sendiri..sendiri..kalo dulu ade ayah kat seat penumpang depan ni..tapi skang ayah dah beri kepercayaan kat aku bawak sendiri..sendiri..

sobbss..n paling jauh aku penah travel ialah sepang-ipoh time kursus bulan 11 tahun lepas. pulak tu time tu parents ngah menunaikan ibadah haji di Mekah. memang lone ranger rasenye. (keh2)

n jugak time aku eksiden kat keramat dulu. vuduh punye driver, da bawak laju kate aku plak salah. mau tak berperang mulut aku ngn die. dalam pale time tu memang pikir ayah je la. terus aku call ayah explain. then ayah soh pass fon kat driver tu, explain lebeh kurang. n time driver tu nak blah, aku tengah ckp ngn ayah on the phone. tapi spontan aku end call n snap pic no. plat kete tu. pastu aku call ayah balik n then ayah kate time aku matikan call tu la saat paling mendebarkan+mencemaskan die penah rase dalam hidup. die ingat aku dah kene belasah ngn driver tu. pastu aku pon explain la sume2 lepastu..huhu..

n jugak time cermin kete aku(bahagian penumpang depan) kene pecah ngn org vodoh manetah. pon kat keramat jugak. malam tu buat report polis. ayah cadang nak amek kete aku tu, bawak balik sepang n repair sebab cermin dah pecah kan. Malamnye ayah sanggop naik ktm dari nilai, turun kl sentral, naik lrt situ then turun jelatek. pastu akak umah aku yg baik hati amek ayah n bawak ke rumah. then kitorg g balai wat repot. pastu malam tu ayah bawak la kete tu balik sepang. mata ayah dah merah2 da time tu. menahan ngantuk kot, yela mengajar sesi petang kan.

"Ayah ngantok ke?"

aku yg sengal dah nampak tapi still nak bertanya gak. nakkan kepastian.cewah.

"Takla, menguap ni hobi je"

"heheee.."

erm dah la, makin banyak aku tulis makin tacing plak. along tak sabar nak balik, nak masak (walaupon banyak kekurangan tapi kadang2 ayah puji gak.heee..ok, gua over). pastu nak wish hepy father's day kat ayah. ingat nak buat kad. so kena cari material, gam, gunting n start buat!!


2. rindu

ayah pasangannya mak. ni lagi rindu tahap gaban. tapi nak buat camne, janji Allah itu pasti. ape yg termaktub dalam Al-Quran tu memang benar2 belaka:

"Dan Allah tidak akan menunda (kematian) seseorang apabila waktu kematiannya telah datang. Dan Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan." (Surah al-Munafiqun: 11)


-April 2008-
-wedding kak Yani-

buat semua, bila kita rindu pada yang dah tiada, sangat2 digalakkan sedekahkan ayat Quran bagi meringan & memudahkan urusan nya..paling mudah sedekahkan al-Fatihah. wallahualam..

3. looks

geng2 kursus kata muke aku cam dah berisi compare ngn bulan 11 aritu. ohh tak best nye perasaan. *batuk2*


-November 2010-
-Cameron Highland, ngn Ana-

4. drama melayu

malas nak cerita panjang, drama Nora Elena aku tengok jap yg awal2, pesen suke mandi pas kol 7. hoho. geram je tengok part dalam cite tu. dah nampak kan kesan negatif yang p tgk blue tu watpa? tak pepasal girl lain jadi mangsa nak melepaskan pape yg patut dilepaskan pas kawen tu. haih dah2, blog cheq ni label Umum. sendiri mau pikir.. nak lagi lanjut leh inbox. *batuk2*

and cite Arjuna tadi. eh Juvana *ni nak habaq, tetibe teringat kat opis aritu aku punye semangat sebut ARJUNA. last2 kena gelak ngn opismet. JUVANA ok. dah2 jom kita sambung*

pon ade part tak logik tadi. dah la buat keje tak baek n then be professional la sikit kalo nak jahat pon, kira la duit yang ko dapat hasil tipu jual henset n kelentong akak langgar adik tu, kira la duit dalam bilik ke, dalam bilik ayaq ke (high security sikit). haih emo2

but still, aku layan gak drama melayu. support la sikit :p *heh*


5. tutup website yg provide free license

pagi tadi aku saje bosan sementara nga install SUSE kat pc, then layan bace news. ape gelabah sangat dorang ni nak tutup website yg provide free downloadable stuff. sungguh tak best. untuk lebih lanjut, klik SINI.

6. akses facebook even ade proxy

ok, aku dah tau 1 cara nak masok fb even LAN ctu ade proxy..ngeh2..

nak tau? klik SINI.

7. kering

selain poket kering penangan tengah bulan (tapi Alhamdulillah still manage to maintain my phone credits, minyak kete n duit makan)..

disebabkan kursus, my lips kering sangat sampai merekah menanti darah (ok rhythm sikit). kat kelas aircond, bilik pon aircond. brrrr...kalah atlantik. ok hiperbola.

dah la, tu je.. JE? heh. ok, assalamualaikum..


p/s: tadi terfeeling tengok gamba family time bercuti n raya dulu2. tetibe dapat call. ohh kantoi tengah touching. but however it is, thanx everybody for always supporting me..thanx huhuuu..

Sunday, June 12, 2011

7 points..


Assalamualaikum & Salam Sejahtera to all :)

am currently at Seri Iskandar, tumpang rumah Emon my housemate. Why? Sebab sat g aku nak gerak g Ipoh lak, ade kursus Linux Server dari Isnin till Jumaat. Pastu exam kat PJ sabtunye nanti. Boleh? memang aku rase life aku banyak on the road je la. hoho. so mari kite share2 cite sementara otak aku still fresh & white pagi2 nih:

1. Nora Elena

cehh saje je pancing 1st topic ni. Erm time aku berkursus kat melaka tempoh hari memang tak lepas ah tengok cite ni. Tiap2 hari kot tengok. Tapi bole tak aku kate yg citenye agak lembap? erk. ok memang romantik tp diselangi dengan ketidaklogikan. kalo eid tu betul2 sayang kt Nora tu, nape tak selidik dulu baru nak tuduh pompuan tu ade affair ngn boss die? ni la cite melayu, tolong la logik sket. haih~ tapi skg aku cam asek tlepas je sebab da kt poli petang2 join opismet turun jog takpon men kat dewan. lagi berpekdah kot dari dok menternak lemak tgk tv. opsss :P

2. Nur Kasih

ok, maybe quite late tapi aku nak share gak. so far ok, tapi nape si Adam nak gak cari cincin Nur yang hilang tu? mane lagi penting, nyawa or cincin? again, where's the logic aspect? (cewah emo). but overall ok la. support local movies tengok kat cinema.

2. Korea

ok, 1st aku nak kate yg aku pon follow cite korea gak. tp skang cam da xberapa. sape leh lupe kan cite Autumn in My Heart, My Lovely Sam Soon n so on. ok memang undeniable yg dorang ni best2. Tapi skang napsu aku kat korea2 thingy ni dah tak macam dulu. nape ye? kalo analyse my surrounding: my siblings; angah, ayep, apiz, my cousins; nuni, nina, kak cik, ina, etc, my frens; emon, bi, ecah (rummet dulu), sume pon hantu korea. tapi nape saye tak? hoho. sila jawab tidak lebih dari 100 patah perkataan. lol

and secondly, aku macam ade plan nak ke korea tapi 1 hape pon aku tak ready lagi. boleh??

3. Natrah

ape 1st thing came up in ur mind bile aku cakap sal Natrah? yup, pasal seorang perempuan yang berketurunan Belanda tapi dibesarkan kat Indonesia tu. before this, siap ade pementasan lagi kat Istana Budaya but sadly time tu aku takde napsu lagi kat isu beliau. n then baru2 ni lepak kat bilik emon, aku ternampak novel tu. I grab it n belek2. emon pon siap explain serba sikit bout the story. n skrg aku pinjam novel tu jap n once aku dah bace memang takleh berenti melainkan bila keadaan memaksa (hiperbola la sangat).



Panjang citenye tapi menarik. siap ade gamba2 lagi selit kat novel tu. Mende ni jadi isu sebab ade percanggahan dari segi hak penjagaan Natrah. memikirkan soal keselamatan Natrah, ibu kandungnya serahkannya kepada Che Aminah sebab Jepun time tu memang bias kat mat saleh. Che Aminah bekeje dgn jepun reti cakap jepun sebab follow 1st husband nye bekeje di Jepun dulu. panjang lagi ni kalo aku nak cerita. so kalo nak tau lebih lanjut, baca la buku tu. kalo beli pon worth it gak (RM75). n fyi, aku tak dapat komisen pon dok promote cite tu kat cni. haha :P

4. Wedding

bukan saya. tapi member2 saya. hehe..tahniah buat kawan2 yang dah selamat mendirikan rumah tangga. semoga bahagia buat selama-lamanya..hari ahad lepas aku sempat attend majlis member ukm dlu: Nadhirah Meor Yusoff. No matrik: A115838 hah betol ke? haha. ke no matrik dila tah. aku ni dah terhapal lak no matrik member. apehal tah :P


dari kiri: Wani, kak Il, me, Nad, Miza, Ain

Nad kalo time blaja dulu suke panggil aku Puan Ain tapi last2 die yang kawen dulu okk. so sangat tak valid panggil aku puan, siap ade tulah tu, last2 depa kawen dulu. lol. n she's so pretty on her wedding dress. comeynye la hai :)

5. Workout

aku sempat turun main ari isnin n selase je. tapi memang kaw2. 1st day je dah round poli. tapi 1round je la ngn Zana. pastu kitorang men squash n badminton. squash memang tgelak2 je main. aku dok lari sane sini dah bape kali terhenyak kat dinding tah. kitorang siap marah2 kate bilik tu kecik. kih2. n then dah tu main badminton lawan Koie ngn sorang staff lain (lupe name.hehes). Koie banyak main kat net. geram gua. aku memang lemah kot part tu. haha. yang lagi sorang smash kuat tak hengat memang gigil2 la sambut..kih2

6. Inner peace

sape cam mane aku dapat term di atas? lol. kungfu panda of course. yang 1st aku tengok kt tv je, mase tu tv3 ade main. seriously so funny. n then yang second aku layan kat cinema. ok la, memang ade scene2 yg funny. paling takle bla mulut warrior burung tu dok ternganga time panda peluk ngn tigress. n jugak time merak tu kate pasal tahun merak, siap servant die wish new year. haha.

7. suka menyukai. tetttt!

ok, subtopic ni pon takde kaitan ngn haku. lol. semalam la time breakfast dok menyembang ngn mak emon. katenye, bab2 hati dan perasaan ni bukan dalam kawalan kita, hanya Allah je yang mampu mengubah hati seseorang. let say kalo hati kita memang dah nekad minat kat seseorang siap dah bagi hint tapi orang tu wat bodo, don't worry, still ade harapan tapi dengan cara berdoa pada Allah.

memang aku pon setuju dengan ape yang mak emon kate, tapi bagi aku, kalo dah dalam situasi camtu, takya la nak mengharap pape lagi. bikin sesak otak je. bunga bukan sekuntum, kumbang bukan sekor. lol. ade jodoh tak kemana gak. n some more, kalau ikutkan sejarah, Rabiatul Adawiyah yang hanya dalam hatinya ada Allah. die menghambakan dirinya pada Allah yang satu. pencipta teragung. so agak2 kita di tahap mane ye? *batuk2*

n some more, lepas tengok ade video ceramah agama haritu, aku dapat simpulkan yang once kite letak harapan kat manusia, kite akan kecewa. (it happens to me oftenly, not in relation thingy je, kadang2 dalam keje, etc), sebab ape? sebab Allah nak kite letakkan harapan HANYA padaNya, bukan pada manusia or lain2..


[sumber: ZeroHanz.com]

n ade my aunt, cik Faridah yang sangat2 berjasa tentang hal kami sekeluarga especially masa mak warded tempoh hari, beliau kerap bagi kami doa2 harian. n ade satu ni dia nasihat kat aku pasal jodoh, katenye dah bole start mohon pada Allah minta diringankan jodoh..erk, aku cam da kaget time tu, tapi takpe katenye, kite berdoa je, tak salah pon selain doakan Allah ampunkan dosa ibu-bapa kite, ahli keluarga, umat Islam dan lain2 doa lagi..

Wallahualam..

p/s: can anybody spot any mistakes in this post? lol aku nampak tapi dah malas nak edit. bio je la. lol

Friday, June 3, 2011

Resipi ayam goreng tepung :)


Assalamualaikum n salam sejahtera sumaaaaaaaaa...pehabaq? hope everything's well ok.


Tadi bosan2, so masak la utk lunch kan. so arini google myresipi resipi ayam. n then ade gak google website lain. ahh blasah je weh. bak kate rummet aku, Bi. rules utk masak ialah takyah ikut sgt resipi. boleh?? haha.


so, berbekalkan ayam yg ayah beli smlm, aku pon mule la selongkar dapur tgk ape bahan ade. nk g kedai mmg tak la. kelmarin da pegi. haha (xde la malas sgt kot kan??? hee)


ok, kite mulakan dengan bahan2 utk perap:


1. bawang putih & bawang besar (blend siap2 senang. kuantiti? ade akak ofis aku ajar, kalo nak sedap biar bilgn bahan tu angka ganjil okk)

2. lada hitam, lada sulah (kuantiti agak2 je la)

3. sos tiram (agak2 je, td dlam 2 tonggengan aku wat.paham kan?)

4. garam (jgn miss ni, takde rase kang ayam korang t, kuantiti agak2 je la)

5. serbuk kunyit (ni aku belasah je, dlm 1sudu besar gitu)

6. kalo ade serbuk kari pon ok kot. aku dah last2 minit baru ternampak paket tu menyorok. haipp!


pastu da masuk dalam mangkuk, gaul la ape lagi. ayam aku ske potong size sederhana besar. masak pon meliputi semua la nanti. igt lagi kan bljr kimia dulu, semakin besar luas permukaan semakin cpt panas. haha ape aku merepek.


so, simpan la elok2 dalam peti ais, tempoh stgh jam ke sejam.


bahan2 seterusnya, utk tepung lak:

1. tepung gandum

2. tepung jagung

3. serbuk kunyit

4. serbuk kari

5. garam (sikit je kot, cambiase la agak2 je la. tp takya byk2 pon takpe, dpt darah tinggi pulekkk den tatau) :P


tu pon gaul2 sampai sebati. ade gak tadi resipi org tu bubuh tepung beras, ubi kayu. naseb bek tepung goreng pisang die tak bubuh. so kalo korang nak try pon boleyy.


so, nak watpe skg? mase utk menggoreng!! jangan lupe telur (aku wat tadi sebijik je la) utk gaul before gaul ngn tepung.

macam biase la, macam goreng ayam ngn tepung kfc: kuarkan ayam yg dah perap sejam tadi dari peti es. gaul ngn telur kejap (just nk ade gam antara ayam & tepung) then gaul ngn adunan tepung yang korang da gaul sebati tadi. Then masok la ke dalam periuk yang dah menggelegak minyaknye tadi. aum~ aum~ (ok, tu bunyik kucing 2 ekor kat umh aku. tiap2 kali aku masak dorg tuka dr bunyik "meow" ke "aum2~" gerunkan? kih2)


pastu agak2 la. utk 1st batch ayam yg nga goreng macam lame nak masak. api bukak kecik je. kang ayam hangus di luar, mentah di dalam korang tanggung sendiri. aku dah pesan taknak dengar memang elok la makan ayam ala2 sushi gitu (tak masak betul).


pastu pandai2 la korang tengok da masak ke belom dalam isi ayam tu. ishh takkan sume aku nak bgtau kott?? (tetibe emo. haha) ok la, finally ayam korang akan kaler2 hijau gitu. ok tipu je ayam kaler da masak la ala2 coklat gitu. n jgn lupe gak amalkan berselawat time masak or wat pape la kan, mak aku selalu pesan gitu. tu kalo tolong die masak kat dapo itu je la die dok remind. hee..insyaAllah org tak terer masak (mcm ceq) pon masakan leh menjadi. insyaAllah :)


dahla, perut aku pon da lapar ni. sehingga ketemuan lagi di lain episod (cewah). tata. kat bawah ni aku paste link2 website para otai masak yang banyak giler berjasa ahh kat aku selama ni. padan muke aku baru nk godek2 masak. kih2. k u ol, selamat mencuba! salam!! ^_^


.:: tadaaaaa~ da siap da ayam kiteee ::.


http://www.myresipi.com/top/detail/83


http://psittacula.wordpress.com/2007/03/12/ayam-goreng-tepung/


http://resepi.mesra.net/Detailed/2498.shtml


http://www.myresipi.com/top/detail/4586


http://resepiraidah.blogspot.com/2010/03/ayam-goreng-celup-tepung.html


...dan sebelum terlupa, bagi yang belum maklum, ibu saya telah pulang ke Rahmatullah pada 16 Mei 2011 lepas..kanser usus..sesungguhnya Allah lebih menyayanginya...minta jasa baik anda untuk sedekahkan Al-Fatihah buatnye. semoga dia tenang disana, dipermudahkan urusan..aminn..wallahu'alam..


kalau nak bace cerita lagi lanjut, bole baca di link berikut eh. Thanx my buddy, Nadea for all the things u thought to me especially bout medical stuff..dan juga sangat2 berterima kasih buat semua yang membantu kami sekeluarga, sebelum, semasa dan selepas pemergian ibu tercinta kami..Wallahu'alam..


1. Ahad, 08 Mei 2011

2. Rabu, 11 Mei 2011

3. Ahad, 15 Mei 2011

4. Selasa, 17 Mei 2011

5. Rabu, 18 Mei 2011


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...