Saturday, December 31, 2011

the unforgettable moment ever..

Assalamualaikum semua ;)

Lama sangat tak menaip. rindu pulak. dah start new sem ni memang kaw2 la mlam2 membuta, tido awal gila. mengantok macam amek pil ape plak. aggaga. last week pulak berkampung kat Serdang, sepupu kawin. Congrats abang Atan :) This week pulak attend kenduri ex-roommate matrik dulu; Yan. rindu tau. huhu

So today's the last, final day for year 2011. Macam biasalah, kalau dah celebrate tahun baru, mesti sinonim dengan Azam kan. I was like; gile klise la nak pasang azam bagai ni. huhu.. aku hanya berazam time every sem je. boleh? kira dalam setahun tu mau 3x gak ar aku pasang azam. kau ade? :P

Dan untuk tahun 2011 ni, bagi aku tahun paling mencabar bagi aku & mungkin ahli keluarga aku yang lain. sebab tahun ni aku kehilangan orang yang paling lama bertakhta dalam hati saya. dan still, she's always remains firmly in my heart, till my last breathe, till the end of my life..my mum, dah kembali ke Pencipta, Pemilik setiap makhluk; Allah s.w.t .

May 16th 2011, Monday, bout 9.30pm. memang aku takkan lupa momen ni sampai bila2. sampai sekarang aku boleh clearly remember that moment. dari siang kami sekeluarga standby sebelah mak. Aku boleh gigih lagi suapkan Monavie ke mulut mak, dengan harapan mungkin masih ada sinar, harapan sambil bersandarkan doa kepada Allah..

terlanjur bercerita, aku teruskan je la..tak lama pastu, dalam 10pagi, sekumpulan Doktor datang. cambiase la morning ward round, then tak lama tu ade sorang doktor kata kat ayah:

"Encik, pesakit ni nak meninggal kat wad atau bawak balik rumah?"

Ya Allah, jantung aku dah macam stop tau bila dia kata macam tu. Mane pergi perikemanusiaan dia? aku tau, tugas sebagai doktor memang dah biasa berhadapan dengan kes kematian, tapi macam tu ke manners dia? Cukuplah beberapa malam sebelumnya time doktor bagitau mak aku ada masa kurang dari sehari untuk hidup. dan aku rasa nak flash back jap that moment:

Jumaat - aku baru balik dari Sabak. sampai Sepang, packing untuk tidur kat Hospital teman mak (sementara kat Poli, adek aku jaga mak). Then sampai2 je kat Hospital dgn ayah & hafiz, aku tengok dada mak turun naik. teruk sangat. macam nazak (aku biasa tengok kat drama tv je la). bergegas aku cari doktor/nurse berhampiran:

"Doktor, nurse, nape mak saya macam tu? dah bagitau Dr. **** ke? Nafas dia pon dah teruk tu"

"Dah dik, kami dah call, kejap lagi Dr. **** datang"

Tak lama pastu, Dr. pakar usus tersebut pon datang, dia check condition mak. Dan tak lama tu, dia panggil ayah untuk bercakap sesuatu kat luar bilik pesakit. Aku pon follow dari belakang..

"Encik, saya nak bagitau sesuatu. Keadaan isteri Encik ni boleh dikatakan tengah nazak."

=== Suddenly I felt that my heart stop beating, for the first time in my life, listening to the unexpected words from the doctor ===

"Apa yang terbaik sekarang, kumpulkan semua ahli keluarga, dan bacakan ayat2 suci Al-Quran..pesakit perlukan kekuatan sekarang"

Aku: "Dr., memang tak boleh buat pape ke sekarang?"

Dr: "Pesakit dah peringkat terminal, memang kami boleh bagi ubat penenang utk prolong life pesakit, tapi hanya akan buat die bertambah menderita"

Aku time tu dah lemah, sangat sangat. tak pernah aku rasa luluh macam tu seumur hidup aku. dalam kepala dah bayang macam mana aku nak lead life kalau mak dah takde. aku lemah sangat time tu. mujur ade kerusi kat sebelah. memang aku dah terduduk dah. air mata mengalir macam sungai, teruk sangat sampai aku kena lari kat satu sudut untuk nangis puas2.

dah tu, lepas dah luahkan menangis, dah kesat air mata, aku back ke tempat ayah & doktor tadi..aku mesti tanya ni, mesti.:

"Dr, agak2 dalam berapa lama lagi mak saya boleh bertahan?"

"mungkin paling lama pon sampai pagi esok"

Makin teruk sedu aku pastu..Ayah, Dr, jadi saksi..mata Dr tu pon dah merah2 aku tengok. aku tak pernah salahkan sesiapa..aku tahu Allah Maha Besar, kita ni pon bila2 je nyawa akan ditarik. Time tu, dalam kepala aku terfikir angah je.

Masuk dalam bilik, ayep tanye kenapa, apa yang Dr. cakap kat luar, aku pon explain segala2nya..Ayep pon menangis, walau tak seteruk aku. Hafiz pon sama, kesian aku tengok dia, anak paling last, paling rapat dengan mak, paling mak manjakan sebab paling kecik kan..

Ayep cadang suruh tanye nurse, kot2 boleh call international. Alhamdulillah boleh. Terus aku dapat cakap dengan angah..dengan saki baki kudrat yang ada, aku pon bagitau dia apa yang berlaku..Allah je yang tau betapa pahitnya tekak nak bercakap time tu..Aku kesian kat dia sebab dia nun jauh kat Jepun..taknak dia terburu2 buat keputusan..

Alhamdulillah Angah mendarat Ahad petang, bout 6pm dia sampai ke Hospital, terima kasih abang Shazli amekkan Farah kat Airport..time farah salam mak, suasana memang sangat syahdu. seriously sepanjang depan mak, aku tak pernah menangis, I don't want her to see me in a weak condition. tapi time tu, the moment angah salam mak. Mak terkejut, terbeliak matanya, maybe don't expect that her lovely daughter will arrived in front of her. actually a day before, my cousin: kak Has ada bagitau mak yang fara nak sampai, dan mungkin itulah sumber kekuatan utk mak terus bertahan. Syukur ya Allah, syukur sangat Kau mengizinkan utk dua jiwa ini bertemu, sebelum Kau mengambil jiwa hamba-Mu yang banyak berjasa kpd kami sekeluarga itu.

berbalik kepada hari Isnin, dimana doktor tanya pendapat kat mana pesakit nak meninggal. aku & ayah tergamam. last2 kitorang decide nak maintain mak di hospital, at least ada machine utk monitor breath, paru2, oksigen etc.

tak lama pastu, makcik yang tak pernah kenal erti lelah; cik Fidah datang menziarah, siap bawak lauk makan tengahari untuk kami. Alhamdulillah~ syukur ya Allah..takda apa yang mampu kami sekeluarga balas atas pengorbanan semua saudara-mara dan rakan2 yang tak putus2 menziarah mak kat Hospital, hanya Allah yang layak membalas semua jasa2 kalian.

tak lama pastu, sahabat time kat Sambest; Nadea Anuar datang, menziarah mak.

"Ain, aku nak cakap sikit boleh?"

Seriously, gaya Ndea sama macam gaya Dr. time bgtau ayah tentang condition mak tempohari.

"Ain, aku rasa sekarang korang sefamili dah boleh gather keliling mak, baca Yasin, ayat2 Al-Quran, bisik nama Allah kat telinga mak. Jangan biar dia sendiri"

Ok, aku paham. so aku pon sampaikan kat family members lain, sambil Ndea sendiri bagitau kat ayah apa yang tengah berlaku. Terima kasih Ndea, terlalu banyak jasa ko, bagitau aku everything bout what should I do, starting from mak diperingkat diagnose, hingga nafasnya yang terakhir. Harap kau dapat jadi seorang Doktor yang berkaliber, moga keberkatan sentiasa mengiringi dalam setiap yang ko lakukan.

Ndea siap ajar aku lagi camne nak monitor heart rate by that machine..

makin lama, makin rendah..makin rendah frekuensi heart rate mak..berbekalkan ilmu dari Ndea, mata aku tak beralih dari mesin tu..sambil tak putus2 kami bisikkan kalimah Allah kat telinga mak..saudara-mara yang lain pon tak putus2 berdoa, baca ayat Quran..sampailah satu masa..

"Mak Lur, Ain rasa dah sampai masa mak ni..heart rate dia makin berkurang, rendah sangat"

sejurus lepas tu, pakcik aku: Pak Hisyam datang ke mak. bacakan ayat Quran tertentu..dan masih diiringi kalimah Allah, aku nampak dada mak makin lemah..semakin lemah..sangat rendah berombak..sangat ...rendah ..hingga dia menghembuskan nafas terakhir..aku lemah sangat, tapi aku tau aku perlu bersedia..

sampai sekarang aku tak boleh lupa wajah mak, keadaan mak at that moment..lembut helaan nafas terakhirnya..along tak boleh lupa. mak, along rindu mak, sayang mak sangat2..tapi along tau, setiap yang hidup akan mati..


Al-Fatihah buat Siti Hawa bt. Mat Elah..mak sentiasa dalam hati along..semoga mak tenang di alam sana..

"She's safe now with Him" -sms dari Kak Lis yg aku takleh lupa. ringkas, tapi mendalam maksud..

Friday, December 23, 2011

short note.

Huarghh~ mantoks.

Tadi dah amek viva dari workshop. Alhamdulillah~ selamat sudah ke pangkuan ibunda mu (haha). serius rindu sangat2! tapi once aku da tekan minyak, i was like; urgh peliknye nak balance clutch & minyak nye. sebab satria clutch pendek. viva panjang, ngn minyak pon takleh nk tekan habis. to make things worst, alignment pon lari. I was like, Ya Allah. stering da hala ke kiri, tapi jalan straight aje. Don't get it? susah la nk ckp ni =_=

dan jugak, Alhamdulillah sesi Audit Aset berjalan dengan lancar since yesterday. Alhamdulillah Ya Allah. Syukur tak terhingga pada-Mu. memang ade sikit penambahbaikan la yang perlu diimplimen on next sem & seterusnya. Barula aku paham apa fungsi Borang KEW.PA- sume2 tu. huhu..selama ni aku dok update KEW.PA-7 je la senarai inventori kat Bilik Kuliah yang asek bertukar tu je..

dan tadi, setel sesi pendaftaran pengajian student senior. anak2 PA aku, most of them are in their final sem. Ade la sorang sangkut sket coz failed 1 subjek haritu. Kali ni hope dia improve better la. n hopefully ada short sem nnti then bukak subjek yang die tinggal lagi tu..

macam2 tau bile da ade student yang nak diurus pendaftaran diorang ni. kat UKM dlu sume bahagian pendaftar setiap Fakulti yang buat. huhu~

Tentang SBPA, I'm not so sure, tapi setakat aku bace Paper Online tadi, katanya PM nak tangguh dlu borang tu sebab nak bincang ngan Ceupacs dulu..pape la,janji kitorang govt servant ni dilayan sebaiknya lah :)



dah la, esok sambung. bye2 uolss~ Salam.

Tuesday, December 20, 2011

:)

Have you ever feels like berbunga2 like this?




enough said :)

Life's short, so live life to the fullest yaww :)

Monday, December 19, 2011

Situasi paling menyampah [on the road]

Antara benda paling menyampah terjadi kat jalan:

1. Ada road construction.
Serius bengang! tau la nak elokkan jalan. tapi boleh tak hold jangan buat time weekend? huhuh.. walhal aku tau kalo tak buat time weekend, that area still tak bole masuk gak sebab tak siap lagi.

Selalu jadi kat aku time masok KL. aritu ade skali kat Jln. Tun Razak, baru2 ni lepas aku drop Nisah kat Tesco Ampang, time nak ke Keramat AU lalu MRR2, then jammed teruk ok. Bottleneck abes! Aku bawak manual lagi. bukit lagi. hamekko. banyak2 bersabar je la time tu..skali tengok depan ada construction. I was like..Ya Allah, dugaanMu..huhu

2. Pesen makan jalan.
Ni pesen tak reti nak agak jalan dia besar mana. Kalo ade sticker P tu aku consider lagi la, as I've gone through that phase too. tapi, dah la bawak lori, pastu gaya nak himpit2 pulak. ewah! over kot!

3. Lambat bagi signal nak masuk simpang.
Ini memang tahap mintak makan slipar ok. Selalu jadi kat Meru, yang main road tu. Lori pulak tu. Dah orang yang follow belakang buat emergency brake pulak gara2 terkejut ngan orang depan yang stop out of sudden.

Aku la kalo jadi camni, memang berderau 1 badan! please la, da tak sanggup nak accident lagi weyy. insap. Petua terbaik ialah jaga jarak time drive dengan orang depan. Drive safe paling terbaik kan. dan tahu gak keupayaan stop kereta anda. Nak masuk mendalam bab inersia, sila rujuk buku teks Fizik terbitan Sasbadi. keh2.

4. Suka2 nak potong queue.
Ni pon sama! nak2 kat tol. menyirap ok. n selalu terjadi kat aku bile driver nya ialah lelaki. mentang2 la nampak aku ni perempuan. tapi nak memudahkan keadaan, again, be a defensive driver. tak guna bergaduh where both gain nothing in the end. Layankan ajelah driver yang da meroyan tu.

Tapi kalo ada guys sekali dalam kereta, takpe kalo tak bagi dorang masuk queue korang. haha. safety first! :D

5. Lembab tapi drive lane kanan.
Bodoh. ye, itu title terbaik buat mereka. Naif kalau tak tau this rule la. Me myself jarang dok lane kanan, tapi since pinjam Satria ni sementara menanti Viva dibaiki, selalu gak aku lalu lane kanan. Confident lebih kot! :D

pernah sekali, aku dah geram sangat, aku bagi high beam kat orang depan. motif nak suruh dorang berambus pegi lane kiri. taktik menjadi. dan syukur Alhamdulillah that driver is a woman. *cuak gak dalam hati* as I know, most guys tak macam tu. (apekes aku puji laki ni? haha true kot).

6. Kereta pakai lampu putih.
Ni pon bahangong. bukan ke illegal pakai lampu putih? awat depa ketegaq na? silau ok, sangat distracted time drive. Kadang2 aku terpikir nak invent lampu kat belakang kereta, lampu putih, yg aku leh on everytime orang belakang pakai lampu putih. padan muka dorang! huhu

7. Buang sampah ke luar kereta.
Please lah. Civic-minded dah pegi mana? Otak dalam longkang? Kalo sampah yang degradable takpelah. tapi sampah besar2, botol air, plastik sisa makan, polisterin, suka2 je depa buang sampah ke luar. simpan la dulu kok ye pon, sampai destinasi, cari tong sampah then campak.

Lagipun, kebersihan tu sebahagian daripada Iman kan?

8.Teragak2.
Benda ni not all made by women. Seriously. Aku penah je ade nampak lelaki, teragak2 nak masuk simpang yang mana. I was like, Ya Allah..dugaanMu..

Nak senang, park tepi & on signal. easy rite? dah tak payah menyusahkan orang lain.

Dah, kalo ada lagi aku tambah. kes2..

Sunday, December 18, 2011

entri paling bosan. takya bace.

Salam alls.

Arini penat gile babet. Dari pukul 5pagi aku da start my journey for today. driving to Mont Kiara, ade event running situ-Malakoff Run. sesat gak la. aku bole tak ingat mane nak g stesyen LRT Universiti kt UM tu..tah la, pagi2 sorry la memang ting tong lagi.

Then event start utk aku yg just participate 7km ni pukul 7.28 pagi..bosan je tunggu nak lari (poyo). haha. lari punye lari, vunguk punye bukit, baekkkk punyaaaa bukit smpi 3-4 kott! memang membunuh. nak lagi konghajooo siap ade orang da set tempat baekkk punyaaa nak amek gamba kat bukit time mendaki. sah2 la aku jalan je..muke merah padam menahan penat..

dan akhirnya, aku sampai gak kat finishing line. time taken for 7km run : 1 hour. takdela hebat mane. utk kepuasan sendiri ok la..gigih gak la aku bantai lari tadi..

n dapat gak finisher medal. thanx nisa tolong dapatkan medal tu. hik2. method agak funny tapi tak kesah, janji dapat!! haha :D

dah tu, makan la tengahari nasi lemak. sebenarnye da lapar gile kot. dan2 mak nisa bagi nasi lemak, aku pon makan la ngan lahapnye..kes2.

dan pegi mines plak cari laptop. sian gak salesman kedai tu aku tanye die macam2. hehe..sebab ape? sebab aku dah kurang update latest info sal current laptop skang. even aku ajar fundamentals of OS. ok la, banyak die bagi input, aku pon layankan ajela salesman tu..btw, it's not dat I'm buying the new one la. laptop lama fara ni elok lagi, gune je watpe nak membazir beli baru kan?

dan bout 7pm, aku bertolak ke sabak. ngokngek gile mengantok kot. Aku da sampai tahap biar wiper bergerak walau tak hujan ok. semata2 nak ade mende bergerak depan aku, so that aku akan kurang mengantuk la. (teori sape ni weyy??)

siap tampar2 pipi sendiri, cubit2 muke pipi peha. haha. ngantok okkk. sing along with the current song, takpe sorang je dalam kete takde sape kesah..

smpai2 je rumah, aku bersyukur tak terhingga kot. syukur tak accident. huhuhu..

ok lah, gudnite alls.

Wednesday, December 14, 2011

bebel sikit.


Keje.

Tensen. manyak sangat keje nak kene buat, tapi aku tengok KP aku rilek je da siap. walhal die KP (Ketua Program). pangkat ke2 tertinggi la dalam jabatan aku. atau mungkin dia tersilap & terbuat lebih dari sepatutnya. tapi last2 keje die siap da. huuuuu mane nak aku analyse satu2 result student. huk2 T-T nak tau lagi lanjut? aku story depan2 bile jumpe nanti (a.k.a : nak mengadu nasib..huhu)

dan jugak, nak cuti..tapi ade audit pulak. so sedih. sangat-sangat T-T pon bikin jiwa kacau. nasib baik empangan tak pecah. huk2. kalo tak appreciate pengorbanan aku cancelled cuti tu taktau la ape nak cakap lagi. sedih tau. 1st time kot aku wat luahan sini. huhuuuuuu~ mummy I need youuu T-T

itu je lah. dan nak prepare utk the next sem. Alhamdulillah aku dapat subjek sama, just kene mantapkan lagi notes & assessments. ade perubahan (lagi?) but dah bincang2 tadi, seems like it is a positive changes. hopefully hopeful!

n btw, it's not that easy to keep on being in positive mind set. dan aku sangat kagum2 ngn orang yang positif ni. buat keje, takya nak merungut. but there's a say: work smart, don't work hard right?

Mamai.

Arini kantoi pulak, mamai. haha. baru bangon tido kot. type pon tsilap. malu. hehe..

Tentang Dhia.

tadi aku layan. n before2 this pon aku layan gak. hehe. tapi aku tak paham la ade lagi ke orang busuk hati camtu kat zaman sekarang ni? guna tok bomoh bagai. please la. Syirik ok.

Kalo orang yang dah selamat berkahwin & expecting for baby lagi, tak payah la jadi loser dengan mengganggu life pasangan husband & wife tersebut. sangat pathetic! go get ur life dude!! dah desperate sangat, ko wat2 la lalu kat masjid time zohor hari Jumaat. got it?


lately aku suke layan website 9gag ni. kire penawar hati buat gelak ketawa la. hehe. n somehow sangat kelakar baca komen2 dalam tu.

p/s: pengalaman somehow mendewasakan. thanx Allah :)

Tuesday, December 13, 2011

huhu..


Esok ingat nak tengok kereta..my viva yg comel tapi culas itu (am I describing my car or me myself as the driver? haha).

Susah memikirkan aku seorang perempuan..yg kurang pendedahan or ilmu la senang cite pasal kete neh..

Rase nak amek course automotive. boleh?

Time mak aku sakit dulu aku rase cam nak amek medic. boleh?




jawab la bole ke tak? huhuuuuu...

Monday, December 12, 2011

Nafsu yg uncontrollable?



Salam alls!

terase cepat tak masa berlalu..kan? kejap je dah nak masok pertengahan bulan 12, dan tak sampai bape hari je nak masok tahun baru 2012...tahun dpn berganjak la lagi 1 angka umur aku..pencapaian? steady je kot, moga2 diri makin improved hari ke hari, kematangan makin bertambah, ilmu yg bermanfaat pon bertambah, pengalaman hidup pon makin bertambah la kan mudah2an..aminn utk sume tu utk diri kite semua :)



dah. habis entri. boleh? hehe..



tipu je. nak bebel. ni aku baru sampai sabak dalam pukul 10 tadi. singgah Kuala Selangor sat jamak Maghrib-Isyak. pastu sambung shopping kat Tesco. macam2 tau aku dok belek makanan kat situ..nak try cari Bay Leaf, tapi takde. ade lagi bahan2 sikit tapi tak jumpe gak. sume dalam otak je, tak jot down pulak. so usha2 je dlu. yg jumpe just bread improver. boleh? tapi selagi makanannye tak siap, aku tak berani nak kecoh2 kt blog ni aku nak watpe :P :P

ok la, tadi sampai umah je, dok snap pic bulan. boleh? haha. da la belakang umah aku ni sume pokok kelapa sawit kot. selambe kering je kuar rumah snap. hehe. takpe2, jiran2 hok bujang ade siap bukak pintu umah dok tengok tv cite apetah. so brani la sikit aku. kot2 papehal aku jerit so dorang dengar la kot. keh2.

dan pastu, masok umah kunci sume bagai. this week aku sorang je..emon bcuti sakan okehh. aku plak malas nak amek cuti. haha. tah pape perangai. dok layan Tanyalah Ustaz. Topik: Melawan Nafsu.. nak aku story? jom zassss!!

Ada 3 cara mujarab nak lawan nafsu. Be it nafsu seks *ehem, da kawen lain cite la*. nafsu ngumpat, dll. apesal aku highlight nafsu ehem2 tu yg first? sebab masalah ni memang berleluasa kot. tengok la ape jadi kat remaja2 takpon orang dewasa mahupon warga emas. sume kat berita tu pon dok cite sal rogol sane sini, zina lagi. tu in-progress punye cite, ade plak post-action which is hasilnya: anak luar nikah. kalo hidup ok lagi, ini dah dibuang, kat longkang, kat saluran air paip, kat surau, dalam tong sampah, ade tu siap burung patuk2 cam bangkai dah. kesian sangat. kejam sangat. semoga kita semua dijauhi mende2 gitu. amin, jauhi zina..takot..aku pon bukan baik sangat, tapi aku harap aku tak terjebak la dalam kancah gitu..na'uzubillahh..

cer try tengok youtube ni..menginsafkan


So, berbalik kat topik asal. ape dia 3 cara TERBAIK meLAWAN NAFSU tu?

1. Kenali Diri Kita.

Sebelum terlupa, yang bagi tazkirah Tanyalah Ustaz tadi ialah Ust. Zahazan Mohamed. Kata Ustaz ni, setiap manusia ni, Allah s.w.t cipta berlainan, dengan kekuatan & kelemahan masing2. nak2 kalo yang seks lain macam tu, mungkin sebab keturunan, genetik, pemakanan dll. So kena tau la kita ni tang mana yang naik sheikh, cthnya: kalo dah tau cepat high, elakkan layan bende bukan2 kat tenet. elakkan.

2. Banyakkan beribadah, dekatkan diri pada Allah..

Ustaz ni pon ade suggest buku: Mukmin Professional. Lom tengok lagi buku cane ghupenye.. so, the 2nd way, banyakkan beribadah. utk memudahkan, Ustaz kata buat solat sunat sebelum & selepas solat (ataupun solat sunat rawatib Qabliah & Ba'diah tu) + solat2 sunat yang lain.

Utk link solat sunat rawatib Qabliah & Ba'diah boleh refer SINI. atau google atau rujuk buku solat sunat pon boleh :)

Solat-solat sunat yang lain, memetik dari kata2 ustaz Zahazan, sbg cth:

a) solat Duha. boleh rujuk SINI.
b) solat Tahajud
c) solat Hajat
d) solat Taubat
e) solat witir

ade pape lagi ke eh? boleh tambah, kata sunat kan :) n by the way baru2 ni ade fenomena Gerhana Bulan. kome buat solat sunat tak? aku baru la 1st time buat seumur hidup. hehe. baru tau gaya gitu ade 2 kali Fatihah utk 1 rakaat ek. semoga kita semua dalam Rahmat Allah..amin..

dan hikmahnya, bila dah sibuk dengan mengingati Allah, insyaAllah kelazatan beribadah tu akan datang dengan izin Allah. Kata Ust juga, kalau kita jeleous jika kita bersama dengan yang bukan muhrim, Allah lagi cemburu sebenarnya, sebab tu lah undang2 islam dah suruh jauhi zina, tolong ingatkan daku hokeh. mintak jauhhh..huhuhu..

dan jugak, bila dah berdua, walaupun pompuan tu bebiasa je, takdela cun sangat, atau lelaki tu pon tak hensem sangat, orang ketiga yakni syaitan akan memperindahkan rupa masing2 so that masing2 akan attracted to each other. *batuk* eh, asal aku batuk?

n lagi, ade 1 cerita pasal seorang tokoh Islam namanya Shilah bin Asyim (actually aku lupe full name, ade plak google kuar Shila Hamzah tadi. boleh?)

ok2, back to business. aku simplified kan eh. nak dijadikan cerita, Shilah ni tengah solat then ada seekor singa dok depan dia. tapi beliau buat dek je. sebab ape? sebab terlampau khusyuk & sangat2 menikmati kelazatan solat. Ya Allah, kalo kita pulak, henpon berdering pon da bikin jiwa kacau. yetak? tapi kalo aku bole lagi on tv time semayang. jangan ade lagu da la, kang ke mane pulak solat en. nak tau cite lanjut tentang Shilah bin Asyim tadi, boleh klik SINI.

dan cara ke-3:

3. Mohon Bantuan dari Allah.

Ini memang tak bole tinggal la. sentiasa berdoa, mohon bantuan dari Allah untuk mengawal nafsu dalam diri. Nafsu binatang sume la. Kata Ustaz, kalo bab seks tu, kalo tak tahan, puasa. kalo mampu, berkahwin la. Islam tak kejam ok. Kalau isteri yang dimana suaminya sakit, kenala berpuasa. boleh nak minta cerai, tapi dimana sifat Ihsan kalau dalam situasi gitu, lepas 30 tahun bersama ye dak? (aku ni cakap memang la senang. tapi orang yang alami? Allah Maha Mengetahui ok)

ape aku cite tadi? yup, berdoa pada Allah. Sentiasa berharap HANYA pada-Nya. tapi usaha gak la. kalau tak dipecahkan ruyung manekan dapat sagunya, ye dak? hehe. Nak Link? sila klik SINI. hehe..

Ada satu doa ni, aku share k. (ni pon Google nak tau ejaan tepat)

"Allahumma a’inni ala zikrika wa syukrika wa husni ibadatik."

Ertinya:
"Ya Allah, bantulah aku untuk mengingati, mensyukuri dan beribadah kepadaMu."

Dulu time lepas mak meninggal, my aunt cik Faridah pon ade bagi doa ni. aku je la yg terlupa nak baca..so next time pas solat kene tambah doa ni kay.

So, itu je la perkongsian utk sesi kali ni..moga2 dapat kita amalkan dalam hidup. Maaf atas tutur kata yang menyinggung perasaan hang pa sume..sok keje. jom tido!!! Assalamualaikum~

Sunday, December 11, 2011

Sup Ikan Merah yg nyummeeehhh


Salam, gatal tangan nye pasal, nak cite pasal masak semalam pulak. hehes. ok, semalam wat Sup Ikan Merah. amacam? kecur liur tak sume? hehes. [yoyoan je aku nih]

So, mari kite mulekan. cambiase, pic nnti ade jodoh aku hapload k. n sumber kali ni aku rujuk myresipi je. k, jom2 start. Bismillah~

Bahan2:

2 potong ikan merah (pastu potong lg, sebab besar gak ni)
bawang merah kecil (hiris pastu tumbuk - cara aku la)
bawang putih (spt diatas)
halia seinci
air (kuantiti: setengah periuk. agak2 sikit baru tambah lagi)
sub bunjut adabi
kentang (patot 2 biji cukup dah)
sedikit serbuk lada hitam
daun sup
1 biji limau nipis (perahan)

other suggestions:

rempah serbuk sup dalam paket tu. adabi.
rempah tumis (yg 4 beradik tu)
lobak merah (terlupe nak mintak ayah beli. huhuk)
daun bawang
tomato
asam keping (bole tak aku terlupe nak bubuh smlm? haha)
serai (ade je kat luar umah, malas nak menapak. boleh?)
daun bawang

Cara-cara:

1. Cuci ikan tadi ngn air asam (motif: nak hilangkan hanyir)

2. Panaskan minyak & tumis bwg putih+merah+halia+serbuk lada hitam

3. dah sebati, masukkan air setengah periuk.

4. masukkan kentang & sup bunjut. biar lama sikit (motif: nak bagi kentang empuk)

5. dah agak2 mendidih, leh masukkan ikan merah, daun sup, asam keping n serai kalo ade.

6. ops, jangan lupe perah limau sikit. jangan perah dalam periuk la, takot termasam. perah dalam mangkuk sendiri jek. hehe (sebab aku dah buat, n mmg masam pon. haha) ni optional la kire.


tadaaaaaaaaaaaa!! siap da. sape kate masak susah? tipu dunia je sume tu. haha.

main masak-masak: sambal ayam


Salam to all. Amacam cuti? ade besh? ade tak besh? tak kesah la janji cuti ye dok. dari membebel dok kata nyampah keje, bek cuti dan tak kesah la if cuti tu tak wat pape pon. kate cuti. kannn?? :P

so aku dah blur ni, sangat molek la nak share resipi ngan uols. i masak simple2 je. takde la mcm chef wan ke, chef riz ke. sempoi sudah.

eh jap, sape da tengok Ombak Rindu? apesal mcm banyak review kate cite tu tak seswaiii je nak ditengok? n untung gak sape tengok on 1st day sebab takde tapis (hasil pembacaan kat review blog manetah). haha. malas la nk layan tu. tunggu Sherlock Holmes la. nak tgk action movie pon cara gak en?

ok, so tadi aku masak ayam sambal. sepatutnya nak wat ayam masak kicap. tah cane leh jadi sambal. hentam sajala labu.

gamba? KIV jap. laptop adik aku ni apehal tah Bluetooth probs. malas nk cari solution :P

aku banyak tiru dari resipi mat Gebu je senarnye. meh aku story ape yg aku wat:

eh jap2, dalam entri tu mat gebu buat ayam masak kicap. tapi aku nye jadi ayam sambal je. so don't be confused ok. hehe.

Bahan2:

ayam (potong kecik2)
1 biji bawang besar, hiris bulat (tujuan nak bagi manis)
7 biji cili padi (kalo nak lagi pedas, tambah lagi 10 biji)
5 biji bawang putih (nak ketuk bole, tapi aku suke tumbuk kot)
1 inci halia (nak hiris bole, tapi aku suke tumbuk gak. haha)
cili blend (dalam 3 sudu besar)
1 batang kayu manis
sebab takde daun bawang and ade daun sup, aku rembat je daun sup.

Cara-cara:

1. Cuci ayam. aku taktau korang cuci camne. tapi kalo aku, pas da buang lemak sume tu, basuh bersih2, then gaul ngn garam & tepung gandum. tujuan: nak hilangkan bau hanyir.

2. kalo ikut resipi mat gebu, die soh cucuk ayam tu ngn garfu, lumur ngn sikit garam & serbuk kunyit, perap dalam 20minit. tapi apesal aku nye jadi masin sangat? hahaha.

3. jangan lupe goreng ayam tu tapi jangan garing sgt. just nak make sure ayam tu masak. ade member aku dari bidang masak. katenye ayam kalo tak masak betul bole buat sakit perot sebab ade bakteria mcm kat taik tu. euww~ so masak la betul2 ek uols. ikan takpe makan mentah. tapi aku tak sanggop la. hehe.

4. Dah setel part ayam, jom go on to part main menu plak. So kene la blend cili. renyah tapi nak yang terbaik, buat sendiri la en.

5. So, cambiase panaskan minyak dalam kuali, tumis kayu manis.

6. Tumis bawang putih+halia+ bwg merah sikit (ni aku tambah sendiri).

7. pastu tumis cili blend tadi sampai garing. tak garing nanti sakit perut tau.

8. pastu tah macammane aku bole tergatal tangan g taruk serbuk lada hitam tumis skali. blasah.

9. dah garing kaw2, aku g tambah pulak sos tiram. agak2 bole taruk kite balun je ek. hehe

10. dah tu, tambah ayam yg da digoreng tadi.

11. tambah bawang besar yg dah dihiris bulat tu & cili padi gak. agak2 tawar leh tambah garam / kicap. ikut sukati.

12. ade inovasi sikit, tambah daun bawang seelok2nya kot. tapi kt umh ni ade daun sup je. hah, ape lagi. hiris halus2 then taburrrrr~ hehes.


siap!!! mudah kan?? :D

p/s: memasak mampu menghilangkan tension. khennnnnn? =]

Friday, December 9, 2011

imaginary crush?


Jom, borak2 versi serius.

Quoted from somewhere:

Girl:
"..and the pain you feel whenever he's with someone is self-inflicted. Why the jealousy? But really, you had no real conversation. It seems he's kinda shallow for you. But he does nothing and somehow someway you still like the idea that you'll eventually be together."

Boy:
"Maybe you should talk to him? just as an idea.."

Girl:
"the idea of me telling he's my crush is like suicide. But we really do talk. He's just like a "hello friend".

Boy:
"If only girls could be honest... We consider it cute and brave when a girls comes and says everything she is feeling for us... That shocks our world."

Aku pulak:

"REALLY????!!!"

tapi papepon, tepuk dada tanya selera, tanya iman.. Wallahua'lam..

p/s: aku steady je. ingat nak sambung master lah. hehes.

Thursday, December 8, 2011

edisi siasat ?


huwahhh~

actually da terlena tadi, tapi terjaga atas sebab2 tertentu. yang penting bukan sebab anak minta susu la sebab aku lom ade anak lagi. hik2 *gatai na*

nak dijadikan cite, arini aku berpuasa ganti (baru nak start). then balik sikit punye awal la. dalam 5.30 gitu. pastu sampai umah, solat Asar. then layan tgk tv sambil goyang kaki *tipu sikit*. Layan NCSI. best weh. aku suke tgk ni:

NCSI
Leverage
Criminal Mind
House
Bones

CSI dah out of list. haha. tak best. tapi Criminal Mind, Bones ngn House mmg aku tabik ah. kenape aku minat 5 cite kat atas ni? meh aku ulas sikit:

1. NCSI: Lawak. boleh? die ade time2 serious mmg serious la. Tapi cam ade sorang watak pompuan cam ala2 terer comp tu, da mcm tiru cite Criminal Mind plak.

2. Leverage: Ini sengal punye cite. haha. best gile tengok die trick sane sini. padan muke org jahat dalam cite tu. padan muke kamoooo *baca ngn gelak terbahak2* sape penulis cite ni mmg aku tabik :)

3. Criminal Minds: ni pon bestttt!!! sbb we can know how people think while they're doing the crime. dasat woahhh~ aku pon turut terkesima ngn segala lakonan dorg. hihik. 2 thumbs up! memang daebakkk *ehh, ade unsur2 korea. haha*

4. House: sebab watak House yang slamber gile babet. buat keje ikut palotak die je. tapi every single penaakulan yg dia wat memang terbaikkk *ok, aku tau sume tu skrip belaka. so again, aku tabik spring tak hengat kat penulis skrip die :)

5. Bones: ni pon best tawww. watak heroin die mmg kayu gile. sume yg tersirat dia tak nampak pon. sume cakap pon nak straight. haha. best2. tapi aku tau, dalam ati dia mesti ada taman punye bile ngan hero dalam cite tu. n hero tu pon tau bile mase nak amek ati pompuan tu balik. awwwww~ *sejak bile cite Bones tu romantik? walhal cite siasat kot. haha

then, cite Prison Break pon terbaikkkkk jugakkk!!! i loikeee~~

alamaak, aku rase aku dah termerepek. aku nak cite sal adegan tangkap anak katak sebesar duit syiling 50sen kat bilik air tadi. adeh. dah berjaya dah, da selamat masok lubang air dah ..

p/s: aku memang pakar dalam melalut. hehe..nytes!!

moninnggg!!


moning! moning! gile hape kol 4.30 tak tido agi? ekekeke. actually terjage, mungkin sebab joging tahap dewa tadi, so tido pon ala2 dewi-dewi kayangan la kot. lena gile ak tdo..tah pkul bape pon tak sedar. yg igtnye, lepas reply msg then tak tau ape jadi..jage2 je da pkul 3 pagi..boleh?

so tadi petang aku try la jog, da 2 mggu kot tak kuar main. hehe. dok IAB (Inst. Aminudin Baki) mmg malas nk kua ptg2. bek berselindung di balik selimut lalu mimpi lagi besh! :D

Ok2, back to story2, so aku jog round poli 2x, non stop tau tau. hik2. somehow impressive gak la ngn diri sendiri (hahahahahaha geli la uols, iols prasan jek lately..awat tah?). yes, aku tau ramai lagi hustler2 bab jog ni kat luar, tapi nak gak blagak aku ni..ekekeke :P hah, 2x round tu aku take time bout stgh jam. ok tak? jarak tak tau lak bape, tak measure..nnti esok aku bawak pita pengukur eh.

arini pon SKT siap. eeee sukenyeee kat diri sendiri (gile).

dan jugak, ari selasa pas exam kat IAB, aku bertemankan kak Di g shopping barang2 keperluan (bkn ikut napsu ek), kat Giant Bt. Caves. aku beli kipas, kasut Bata (sampai 2, hamekko! da sangap sangat nak beli kasut.wakaka), tudung, then makanan sket. kat kedai tudung tu mmg aku & kak Di wat cam kedai sendirik. wakaka. naseb bek cermin die kat luar, kalo dalam kedai mau aku sarung sume tudung dalam tu. hehe :p

tu la die, eih aku rase cam nak tgk wayang la. lame gile ni tak tengok. last aritu Hantu Bonceng je. gile lame hokehhh. nak ajak sape ek kua? i malu la uols nak ajak sesape..oh sesape, tolong la ajak saye..saye tau anda busy, tapi kua jom? jom? :p *sila bace ngn nada paling gewdiksss skali. hahahahahaha*

aku rase last2 aku dok umah je lepak2 tgk tv..sian kannn? kan? kan?

Tuesday, December 6, 2011

sepintas lalu..


tiba-tiba aku teringat 2 member rapat..sekepala, tapi sekarang dua2 dah ke pangkuan husband masing2. huk2.. tak kene tempat pon aku nak sedih, tapi mesti terasa punya kalo 2 orang ni dah takde kat sisi..

zati dah ke Poli Jitra, Bi my roommate pulak sekarang dah berpindah ke Kuala Selangor, still boleh jumpa lagi tapi tak mcam dulu la..die la member aku cite mcm2, pasal tension kat ofis etc..

Zati pon ngam jugak, mcm2 hal aku leh share ngn die..ape2 yg tak kene, pendapat & any helps from her memang sangat2 aku hargai..

persamaan 2 orang ni ialah sifat caring yang tinggi..takdela nak kate current people sekeliling aku tak caring, tapi dengan ketiadaan 2 orang ni, berkurangan la orang yg aku nak story mory pape da..huhuhuhuhu..sedeyhnyeeee mummy~~~

dan tadi, aku tengah penin pale, so tido jap la pas asar (ok, tau tak baik tapi nak jugak buat). then masok msg, Kak Has!! waaaa rindu sampai tulang tuuuuu kat beliau~ :) my cousin belah mak yang grown up with my mum. they were really closed ok.

tup2 trus aku call dia, borak mcam2, siap aku melalut lagi. patot kak Cik (her daughter) currently studying in QA area, buat praktikal kat company. tapi aku bole melalut tanya kat hospital mane kak Cik wat praktikal? wahahahah. malunyeeee mamai & kene gelak ngn kak Has :P

rindunye nk jumpe my cousins, rindunye nak jumpe member lama..rindu sangat nak hangout with you guys. rinduuu jugak nak hangout together with my family members..tapi aku pon dgn tak reti nak cuti betul2, so balik umah je dah penat & sudahnye melepak aje kat umah..tapi at least aku masak tau. so baik jugak la aku ni (hahahaha motif ayat sudah lari. wakaka).

patotnye aku nga bace notes ni, esok nak exam pulak..tapi kemain lagi malas tahap sloth, boleyh??

dan tetibe aku prasan ramai org komen kat shoutbox aku. adekah ini prank semata? tapi aku bukan lah se-hot Dahlia Teck ataupun Megan Fox utk orang menconteng arang ke shoutbox aku..tapi kalo betol la komen2 tu sume ikhlas, aku pon turut ikhlas menerima segala pujian & ade gak kritikan dalam tu..thanx korang yg sudi drop by my page..

..tapikan, aku rase since tambah Labels kat post memang mencanak komen orang kat shoutbox aku..tah mane entry korang terhinggap? memane yg emo tu tolak tepi la eh. tu tandanya bendera merah nak naik la tu. hehe..normal2 :P

ok la, roger & out. yoroshiku onegaishimasu...itadakimasss..takashima..

salam :) cao~

eh jap, kadang2 ayat aku mcm ustazah ke?? ekekeke..takpela, janji iols dah menjalankan tanggungjawab sebagai penasihat..err penasihat .. hehe

Monday, November 21, 2011

sumber kekuatan?

Salam alls.

ok, firstly aku nak gelak bole? sebab ni baru nak taip blog, tadi dok baring je meniarap kat katil. nak taip mestila duduk bersila en. skali aku sandar je badan n tolak diri nak rapatkan sandar ke dinding, dgn katil ni tertolak ke depan. hahhahahaha. sengal je. naseb bek aku sorang je. kak diyana kat bilik sebelah. tapi kitorg separate ngn jamban & bilik air la. so lawak tak? ape? tak lawak?? meh pok sikit :p

so, here I am. aku ade kursus (lagi???), kursus KIPA kat Institut Aminudin Baki pulekkk. starting today till 6th December. mencik je. asek2 kursus, takpe2. demi kenaikan pangkat. wahaha. poyo gilak gua. eh silap, aminnnn :)

tadi nak naik ke sini, gile kentang punye pening. da la bawak manual. leh bayang tak cmne terkial2 aku dok nak tukar gear, smbil membayangkan kat kayangan manelah IAB ni. memule mendaki gak ar kete ke sini. sampai 1 tmpt, die cerun ke bawah pulak. patotla kat signboard tu tulih gunekan gear rendah. ekkeke. aku punye meluncur tak hengat ngn kona sane cni. PERGHH!! kalo ujan lagi takle bayang cmne. Alhamdulillah everything's went well. berbekalkan pengalaman memandu selama 3 tahun (haha), so pandai2 la aku survive nak ke cni tadi. berbekalkan guide dari ayah & kak Diyana, my officemate yg same berkursus kat cni. Thanx ayah! last2 along sesat tapi still dalam jalan yg ayah dok penat explain time kat umah awal2 tadi. heee..

Kematian.

Kematian..demi kematian..takdir memang dah tertulis sejak kita dalam perut ibu lagi. Baru2 ni, jam 3 pagi, Sabtu 19 Nov 2011, sepupu aku: Rozaimy Abd Mutallib (abg Emy) telah kembali ke Rahmatullah atas sebab masalah jantung. kat surat kematian, tercatat sebab meninggal: like stent thrombosis. meninggalkan seorang isteri yang baru melahirkan anak dalam 35 hari lepas. still dalam pantang la kire. aku cam syahdu gile tgk baby; Akil ngah lena diulit mimpi, tidur time tahlil arwah hari Sabtu malamnye tu..sepupu aku merangkap kakak kpd arwah ade bgtau yg Akil da 2,3 hari taknak tidur sebelum tu. so dat nite, baru lena..Wallahu'alam.

dan nak lagi syahdu, rupe2nya ibu kepada isteri arwah, baru je meninggal beberapa bulan lepas atas sebab breast cancer. kire tak lame pas mak aku meninggal la. Ya Allah, Kau tabahkan lah hati nya Ya Allah. serius aku tak sampai hati nak tgk dia. gagah gak ke kubur time nak kebumikan jenazah.

Tapi kan. aku nak share something la. which i bet mesti same gak pengalaman dgn orang yang dah merasai kehilangan seseorang (especially kaum kerabat). Allah sentiasa anugerahkan kekuatan buat kita. Time adek2 aku luahkan perasaan, sometimes they regret on some aspects after my mom gone. then I will hug them tight, and comfort them. time tu aku rase aku cam lebih kuat. n my dad awal2 pon having his difficult time to accept dat. no wonder la, wife kan. aku ni dok sabak sorang2 je, tak same dgn ayah yang memang sejak bernikah duduk dgn mak serumah. so, effect kat dia sgt kuat la compare ngn ape yg aku rase.

ntahla..kadang2 orang kate;

"eee, tak dapat bayang la kalo takde mak or ayah in life"

sebab kau tak rase lagi. aku takdela nak doa ur mum or dad cpt pergi. tak. langsung. but somehow, lepas da jadi camni, aku dapat rasekan yang kite tak perlu nak mengharap sangat dengan sebarang janji2 dalam hidup ni, melainkan satu je: mengharap pada Allah.

bayangkan: selama ni kau selalu bergantung pada ayah, or emak. satu hari nnti, salah seorang akan pergi..kau nak harapkan ape pada sesiapa lagi?

selama ni, ko asek la dgn bf or suami. asek mengharap kat dorang. satu hari, tak dorang tinggalkan ko, or bile malaikat Izrail menjemput, dorang tetap akan pergi. (ok, time ni insuran penting, tapi aku taknak stress point ni).

tapi jangan risau, insyaAllah akan ade insan2 disekeliling kita yang hadir, yang akan beri kata2 azimat. be it ur aunt, which might be ur mom's sisters, or maybe supports from mereka yg senasib which is dah rase kematian ayah or ibu..dorang akan share ngn korang their story yg sometimes lagi worst dari situasi korang sekarang..dgn niat nak bagi kite kekuatan.

so kesimpulan? aku dah taknak mengharap pada ape2 dah. what I want to do now is: grab all the chances yg dtg depan mate. be it in my career, my life, my ...everything.

just, mengharap pada Allah. letakkan harapan padaNya, setelah berusaha. dan kita pasti takkan rase menyesal. be it kita gagal atau berjaya (Alhamdulillah..) semuanya menjanjikan 1001 pengalaman dalam hidup. Wallahu'alam :)

Sunday, November 20, 2011

ntah..


aku rase dah penat.

Ya Allah..hanya padaMu tmpt ku mengadu..

Tuesday, November 15, 2011

saje bebel2.


Morning alls! erk, morning la kot pukul 1.35pagi dah skrg. weekend baru2 ni memang aku lepak poli je. due2 hari buat kelas. ahad lak wat pagi n mbawak je petang. sampai pukul 6 kot lepak ngn student kat ofis bincang. ptg plak sambung main squash & badminton. hehe. mlm plak baru je nak layan tv, aku da selamat dah. best kan kitaran hidup aku? senang. makan malam pon ape2 je aku sebat. semalam mushroom soup je. da mengantok gaban ade lagi ke nafsu nak makan over2? mmg tak la. hehe

harini awal2 pagi aku da kene jage exam kat dewan. ok la, xde big problem. pastu paper aku pukul 2.30 ptg. terus aku turun Unit Exam sbb nak tgk soalan & semak skema terus. ok la kot. kalo sape dapat 30/40 utk objektif mmg aku tabik spring ahh. leh tahan gak soalan die. tadi abes exam je dah amek da. konon nak marking tonite, tapi mantok tahap gaban, so aku postpone la mark esok pagi je kat ofis. pagi2 wat keje hope diberkati Allah. mood pon masih suci so sangat la sesuai utk marking =)

petang tadi pon main squash & badminton. bole plak aku tak pasan rummet aku, Bi kat gym. siap main treadmill ok. aku dah jeles tahap gaban kottt! igtkan guys je dalam tu. malas nk interrupt. pastu aku main ah treadmill. tp cam tak sebest jog kt luar je. hehe..esok igt nk try la segala tok nenek alat kat gym tu. tp try je la, bkn ade cita2 nk membina otot mcm sazali samad pon. haha (ohh, jangan bayangkan. sungguh lawak bak biawak. huhu)

so, esok aim nak siapkan marking. eh bapak hebat KPI aku. kikihkih..lepak2 je marking. ape yg nak dikejarkan sangat dalam hidup ni? 1 hari nanti kite akan mati gak. semua keje, harta yg dah dikumpul (aiceh mcm byk sgt la aku ni pon). semua akan ditinggalkan..hanya amal, jariah yg dibawak bersama..

so tepuk dada tanye iman :) dah bersediakah kita utk menghadapiNya? Allah pencipta, pemilik setiap jiwa..Wallahu'alam..

Sunday, November 13, 2011

sabak mode.


Salam alls! so hows ur day today? on a happy saturdayyy, not shatterdayy. hehe (ape aku merepek?)

aku arini awal2 lagi (awal la sangat). pukul 9 pagi da gerak ke poli. ade xtra class utk subjek aku tadi. sebab subjek ni student ramai repeat. hoho. killer subject la kot. apedia? rahsie. kikiki. fundamentals of operating system. aku pon sakit otak woo nak paham how's pc functioning. time degree dulu mane de aku blaja subjek ni dalam2 ponn. rasenye la. ke aku yg dah delete dalam memory aku nih? huhuh

pastu petang dok main badminton. memule squash. haih memang tak la kan. it's undeniable yg main squash kua peluh bgande dari bdminton, tp takle gak la ngn aku. lenguh woo nk wat servis ponnn. so da agak2 xsaba, aku ajak kak lyn main badminton. tp kitorg takde raket. so pinjm student punye la. skali dorang ajak lawan double plak. kalo nk aku pair ngn kak lyn lawan dorg mmg abis masak kitorg. hehe. last2 pair ngn student. hebat kentang dorg men. suke nar main trick, tkial2 aku nak menyambut bola depan net. tasuke tau tak? haha. sian student yg pair ngn aku dok kene cover dpn net. keh2. aku plak nk main tipu la konon, tp salu sangkut dpn net. hahahahah sabau je la. last2 team aku kalah, 21 - 18 kot tak silap. takpe2, esok masih ade lagi :p

dan tadi..aku emo gile. ok tak gile, tapi cam tabahek kot. dah jadi isu plak. tp last2 pilih jalan berdamai. bagus tak? anda mampu? hahaa. dah la, aku tanak emo & jadi childish. tp mmg ade certain case i can be so touched. dan tak semena2, aku tgk calendar. ok, i know why i behave like this..


..all girls should know why [dot]

Saturday, November 12, 2011

Bila.. [episod 1]


Bila jiwa kacau risau tentang masa depan,
Bila hati sesak dengan karenah manusia yang tidak memahami,
Bila jiwa sukar berlapang dada,
Bila hati disempitkan dengan sangkaan buruk terhadap saudara lain,
Bila hati sentiasa ingin marah,
Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha.

Hati itu bukan hati aku lagi..

Heal my heart ya Allah..

Bless me with a new heart..

- Article taken from: iluvislam.com



Ulasan dari aku, hamba Allah yg lemah:

sape tak risau tentang future kan? aku sendiri pon kadang2 terfikir gak. dari zaman sekolah lagi aku da pikir..nanti besar agak2 aku jadi ape? aku..err..cane ngn family aku sndiri nnti? hhe gatai. dan mcm2 lagi..tapi kite takde plak nk fikir sesuatu yg pasti..iaitu mati kan?

kadang2 kite rase org sekeliling tak memahami. kite cakap, mule2 je org tu dgr. pastu tak lame dr gaya respon pon da mcm taknk dgr. kite assume die tak memahami kite. susah, last2 simpan sndiri je probs, xpon cite ngn mbr2 rapat je. senang. tapi kite lupe padaNya. die yg Maha Mengetahui..

sukar berlapang dada..sikit2 nak emo, sikit2 nak sensitif. nyampah gak aku ngn perangai sndiri ni. rase nk pok diri sndiri. bole? tapi nk wat camne, da hati aku camni. tapi sebenarnye org tegur so that kite takkan ulang mende yg same, n stop nagging, whining. kannn???

bersangka buruk..kadang2 mulut mmg jage, aku rase makin lame hidup, makin pandai dalam berkata, tapi dalam hati..kadang2 terngumpat gak. hehe. aku salu hope org yg aku ckp dlm ati at dat particular moment jgn ade 6th sense utk read other's people mind. bahye woooo! so, dari kata2 pon kite dah bole tau ape tersirat tersurat seseorang tu nak kate kan. so, behave adalah cara terbaik. (nasihat sgt2 kt diri aku sendiri ha)

sentiasa ingin marah..huuuuu aku rase aku sgt fragile. nak2 kalo berkait ngn hal keje. dari awal sampai skrg, aku sentiasa tanamkan rasa ikhlas dlm diri. naturally, i am a very happy-go-lucky girl. tak caye g tanye mbr2 rapat aku, though initially people will assume that aku ni sombong sbb aku kurang senyum. tp once dah kenal, aku leh sembang tak hengat punye. bace blog pon dah leh tau en (haha gile promot. eeee tamaluh). tapi bile masok bab keje, i was like: eeeeeee nape aku kene wat mende ni????? WHY ME??? tibe2 aku rase keje ofis dulu lagi best. tapi tabaik kan perasaan cmni? huhu..Ya Allah, ampunilah hambaMu ini..

Bila hati mula berjinak dengan nafsu yang Allah tidak redha. erm aku paling takut yg ini. Ya Allah, peliharalah aku, & semua umat Islam dari terjebak dgn yg ini..kalau terlalai, korang tegur2 la aku..penah dgr kan: sekuat2 iman adalah menegur mgunakan lisan, pastu anggota badan, dan serendah2 iman bile kite tegur dalam hati..Wallahu'alam..

..to be continue

Friday, November 11, 2011

..kan?


da la..ak mls nk post mende2 jiwe perasaan neh. n baru ak tau sebab ape jiwa kacau. sebab saya belum isyak lagi. so jom la solat dlu before melelapkan mata..untung badan kalau mate boleh bukak lagi esok..tapi kalau tutup buat selama2nya pon takdelah nak kate rugi..itu takdir namenye..


kan?

jumaat..


Salam alls!

Leganya da key in markah. lega mcmane? lega mcm baru lepas..aa..haha pikir2 la sendirik :p

so mlm ni aku sorang2 je kat umah. kadang2 sorang ni best gak. betul. tak caye cubela. dok sorang2 kat umah..enjoy the silence..

tetibe teringat mak (lagi?)

time die sakit dlu..die penah kate die suke dok sorang2 kat rumah..sunyi..takpayah bukak tv..petang2 lepas die balik mengajar tadika..lepas solat zohor..tu timing feveret die kat umah..sorang2..

kat hospital pon same..die kasik aku bukak tv, tapi die lagi suke sunyi..senyap takde bunyi..

so sesape yg ade mak lagi tu, sila lah hargai beliau..call die skang! cpt!!!! tanak call meh aku call.


Al-Fatihah buat mak..dan sesiapa yg telah mendahului kite menemui Allah..

Thursday, November 10, 2011

ampeh.


mcm2 hal berlaku lately..

da hantar dokumen nk claim insurans kete kat bengkel tadi..benci la org kedai tu, susah sgt nk bg figure estimate repair brape.

time pass fon ayah nga cakap kat org tu baru die bgtau..


bodo kan die? igt aku pompuan akal pendek ke bab2 kete? siot. (mmg la aku tak reti, tp die igt senang2 ke die leh kelentong aku? eeeee geram!)

Sunday, November 6, 2011

paprik fever..

:: sup paprik, lauk paprik? arghh pape je janji siap!! ^_^ ::

sebagai intro, pic di atas ni ialah semalam lunch which is aku wat lauk paprik, sup paprik gitu, siap bubuh tepung jagung sket nk ade rupe ala2 pekat kuahnye, cewah :)

dan utk harini nye laporan masakan:

Boring2 mmg best kalo g dapor masak. So tadi aku masak la nasi goreng paprik. lapar nye pasal. walhal arini raye aji patot wat la spesel utk raye kan, tp aku ubah style (walhal?)

Bahan2 tumis:

1 bawang besar (1/2 tumbuk, 1/2 lg potong besar bagi nak manis)
5 biji bawang putih
1 inci halia
secubit belacan
1 serai (lebih masak semalam ade kat dapor, aku sebat je la)
7 biji cili padi
cili blender (buat sendiri paling cara)
garam, gula secukup rasa
sos tiram
asam keping / asam jawa

Isi:
ayam bhgn dada, aku masak utk 4 orang.
sotong (pon lebeh jumpe dalam freezer)

Sayur:
tadi igtkan nak cendawan, tapi dah malas nk gerak g kedai, aku masak je la ape yg ade dlm peti es:
1/2 bunga kobis
1 biji carrot
bole gak bubuh: cendawan tiram, kacang buncis, broccoli, capsicum, jagung muda. (sedapnye if ade sume2 ni. huhu)

Cara2:

1. Panaskan minyak
2. Tumis bawang putih, bawang merah, cili blender tadi
3. tunggu sampai betul2 masak (dulu aku failed mende ni, skg ok da la)
4. dah pecah minyak, then aku masokkan serai yg dah ditumbuk, cili padi & belacan yg dah tumbuk tadi. hehe belasah je ni.
5. pastu bubuh gula dlm 1 sudu, saje taknak pedas sgt.
6. pastu garam sikit, wat syarat. pastu rase la. insyaAllah sedap :)

7. jangan lupe sos tiram takat sekali tonggeng.
8. dah gaul, then masokkan ayam. gaul2 sampai keras sket.
9. n disebabkan aku bubuh sotong, so jangan lupe masokkan asam keping / asam jawa. aku lupe ni, masalah gak la nak telan tadi. ades. bagi yg x sensitif takde masalah kot.

10. dah masok sotong tadi, gaul2
11. masokkan sayur kobis bunga & carrot yg dah dipotong tadi.
12. kacau, gaul sampai sebati & lembut. masukkan gak bawang besar yg dah dipotong besar, motif nk bagi masakan manis & harum.
13. masokkan nasi yg dah kirai2. kalo ketul2 nnti tak sebati pulak.
14. gaul2 smpai sebati semua, rase, make sure garam sume okkk!!

dah siap!! dah leh hidang utk makan. aummm~~~

:: rupe macam out, tapi rasa? aku rasa ok jek, hehe. nak tau kene cube ok! ::
[bujang2 ni masak nasi goreng la paling senang. haha]

p/s: sejurus aku masak, tgk kat ruang tamu bergelimpangan semua tido. penat sgt ke raya haji ni? hehehhehe..bye2 uols! have a nice day. muah! ^_^


..


asek2 mimpi korea je..teruk sgt rindu aku ni?

n untuk sesetengah hal aku boleh jadi sangat kecewa dengan perangai & sikap sesetengah orang. ke aku yang terlampau emo? sampai satu tahap, aku boleh down sangat2. sampai dah takde ape yang aku harapkan kat dunia ni dah.. (teruk sangat bunyi kan?)

n nak lagi memburukkan keadaan, aku eksiden jumaat lepas, syukur aku dan yng kene langgar tu takde pape..tapi viva aku remuk kot. sedeh :( nak nanges tapi susa betul nak mengalir air mata ni..hati batu ke eh?






sampai 1 masa, aku rase nak lari jauh2 je..huk2..dan mungkin ke aku eksiden aritu petanda for something..papepon bersedia je, mati tu bile2 je bakal menjemput kan? minta maaf for everything..aku tau aku banyak dosa..sangat.

Thursday, November 3, 2011

trip.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys..n gurls gak la..

Setelah lame menyepi, meh la kite story2..so skrg ni aku berada kat Sabak..menjalani hidup normal semula setelah kurang lebih 9hari menetap kat Korea Selatan (bukan Utara ok. hehe).

So, dah balik sni, org mesti tanye: "Ain, best tak Korea?"

So what do you expect me to say? Tak best? hehe..sure la best!! ^_^ Details of expenses are as follows (belanja kasar je la)

Air Asia return flight: RM520
Shopping: RM400+
Duit RM aku convert ke Korea Won: RM2400 (include duit utk shopping skali)

Aku g area Seoul and Jeju Island..

Dah mendarat kat Msia ni..aku mc 2 hari kot..bdn lemah2 weh..dan seterusnya Jumaat malam aku bertolak ke Bangi, follow member2 g camping kat Berkelah Pahang.

blk2 ofis je muke burn..bole?


Friday, October 28, 2011

:)


dah balik dari Korea Rabu baru2 ni. feels so good to arrived at Malaysia. haha. apetah aku ni, orang lagi nk dok luar lame2, aku lak craving nak balik. hehe..

erm jap g nak packing barang pulak. memang weekend ni tak melekat umah la nmpak gaye. hehe.

Sunday, October 16, 2011

nebes..!

beg dah pack. tggl lagi sehelai baju & ade sikit2 brg lg je. mcm2 cara dah aku masokkan tadi, siap gulung2 la tshirt, pijak2 lagi..ngeh2. thanx fami for de petua :D

insyaAllah pukul 11 mlm kang off, tp paham2 la kan kot2 ade delay ke airasia tu..papepon perot kene bagi full, mau kebulur ak dlm flight t. hehehe..



aaaaaaaa cuaknye :P

Friday, October 14, 2011

mencik odit.


baru balik dari ofiss..huhu harini gile kentang pukul 2 baru aku blah. haha. igtkan nak tido kuarters mule2 tumpang ofismet. last2 aku decide balik umah gak. dalam 5minit gak la drive poli-umah sewa aku nih.

taktaula audit isnin nnti camne. aku da stuck gile. aku da malas nk merungut. kadang2 pikir2 balik biar la kena NCR pon, biar orang atas tau yg keje kitorang byk gile. malas nk ckap byk. hanya ofismet jabatan aku je yg tau ape yg selame ni kitorang redah. huhu..

korang..erm..penah rase cam terase tak? n selalunye bile ayat ko dah lain, ko akan dapat jawapan yg u least expected dr org yg ko geram tu. dimane ko rase nyampah ngn ayat tu. sebab ko tau ko akan cair ngn ayat pujuknye tu.huhhuhuhuhuhuhuhuhu....

*gua mmg takleh nk sulking lame2. adeh.

ok tolak tepi je la tu. tibe2 teringat mak, dgn mak lagi aku takleh nak merajuk lame2. she has a very strong words to handle if her children da mule start muncung. hehe. ayatnye ape? it's a secret..hehehe. tp mmg aku akan sengih balik dgr pastu..hik2 :p

(but I'm sure all of your mom has the way to pujuk her lovely children kan kan?) ^_^

Thursday, October 13, 2011

i miss u..


Salam alls..

Aku tengah state of mind yang sangat kelam kabut. Luar nampak tenang, dalam hati goncang senarnye.

Banyak gile benda aku lom setel lagi senarnya. ok pasal audit next week kire hal bilik kuliah tu aku setel da wat repot sume.

Yang tang p&p in progress & selanjutnye lah.

Tang nak travel ni hapah aku tak ready lagi kot. bag pon xde kat tangan lagi senarnye. Several weeks before I've already bought pair of shoes, senang nak berjalan. kasut tu leh wat running cum casual wear gak. bijak kan saya berbelanje? wakaka.

Dengan tak convert duit lagi. masak weyyyy. dengan ade tiket feri kitorang tak book lagi. memang gamble ah beli kat sane. kalo takde mau aku jadi orang pulau la kot for several days. haha enggak mauuu!

nanti mesti aku rindu. rindu ngn ayah..ngn pakcik sorang tu. i know I'm gonna miss them all. tapi tu lah. rindu. tapi lagi rindu dengan yang dah tiada. yang dipinjamkan Allah buat sementara utk mendidik aku & adik2 lain jadi insan yang berguna, insyaAllah utk Agama Islam, bangsa..negara..

..miss u mom. Al-Fatihah.

Tuesday, October 11, 2011

ceteka :P


just back from office. it's been a while not extending my office hour till late nite. lol. n it's all because I have to finish all the works left. dunno why things keeps on stacks day by day. gile. huhu

n there's actually somethings big happen 23 years back on the same day I'm typing this blog entry. n it happens on 10pm to be exact (or around it I suppose).

Guess what? hehe..

Friday, October 7, 2011

9 (not-so) Deadly Words used by a Woman..


Assalamualaikum & good evening to all. or should I say morning coz it's already 1am :p

Feels like ages not typing any here, n here I am, back to business (lah sangat..hehe)

Currently, as usual woke up every morning, went to Poli, teaching, discussing, doing side task (tugas sampingan), documentation, doing students' assessments, having meetings, updating notes, etc etc etc..

n tomorrow, Friday will came, n I will be the most happiest person in the world as I will head to my lovely home at Sepang, but only if I drove 3hours long. fuh! Can u feel it?

tak lame lagi, bout a week long, I will go somewhere I've never been in my life. but preparation memang zero kot! bag takdak, camera takdak. yg ade hanyelah kasut yg sgt sedap. n juga baju2 hasil dermaan my sis as she's not wearing it for the moment.

n somehow, I found this 1 cool article. bout certain words that women said but gives 1001 meanings in spite of the literally meanings. n I ought some of the guys really knew it once they became close with any girl in their life. It's just they don't want to think bout it as what we girls usually think deep bout it. Oh what the heck I'm babbling eh? :P

now, check this cool article: (n surely I'll elaborate it later..lol)


Ok, done reading? double-click if want to view larger! :)

So that's it. Sape2 yang suke gune all those words? hehe. jom explain satu2. agaga

1. Fine.
-malas nak panjang2 gado lagi. wakaka. but most of time I guess most of guys love to argue with the girl he can argue with. bagi aku kalo takde perbalahan dunia cam pengap. means bosan sikit loer. tol dak?

2. 5 minutes
- hehe. utk orang yg punctual, Five Minutes is really means 5 minutes right? but for me.. erm..ermm..

3. Nothing.
-haaaa, this is the most dangerous word I guess. even me myself sometimes unintended to use it, but really gives the same meanings as stated in the article. n it feels soooo good if he could detect what's going on in my head. thanx !!! (tp bile ckp nothing mmg tengah berapi kot.wakaka)

4. Go ahead.
- it is something like this situation:

Guys: I ingat nak poligami la, bagus tu..dpt mengeratkan silaturahim sesama insan.

Girls: ok, kalo berani buat la. (walhal dlm hati cam nak mengamuk kot. haha)

oh n btw, marah or cemburu tu tandanya sayang. so guys, u got the hint rite? so do you still dare to do anything when the girl say: "Go ahead" ??

5. Loud sigh.
- haha. another thing yang kalo dah terkeluar then tak perasan. Only when people re-make the sound then u aware of it. lol. for me, it doesn't mean anything. it's just a voice. or influenced by any drama or movies? or whatever surrounded me.

6. That's ok.

The most dangerous thing is when u keep on arguing bout something. n the girl end up like this:

"Ok :) "

plus smile. than u should read it inversely like this:

"K.O :( "

watch out guys! :p

7. Thanks
- ask yourself, is the situation is normal when the girl answer it with "Thank You". If it is, then it will imply Thank You itself. If no, than u know well that it's just another sarcasm she's trying to mention but in a dormant way. lol.

But most of the time, for me thanks means thanks. don't think too much bout it. There's a lot important things to think of in your life :D

8. Whatever
- ni namenye malas nak pikir dah. atau bak kate Nabil: "Lu Pikir La Sendiri!!"
n btw, congrats to Nabil for the wedding :D

9. Don't Worry bout it, I got it.
- This usually means she's just have to do things by herself. or bcoz u didn't have enough time for her. n this is somehow means she feels terrible for u are not helping her...seriously. but she's keep on hiding the feelings inside. rotten inside. praying to Allah for not to rely on anybody else in her life. sounds sad huh?

So that's it. What we usually heard or texting is not really what the other person might want to say. Listen with your heart, n you know well what every single little tiny things means..

n btw, R.I.P to Steve Jobs. muda gak 56thn da sampai ajal.

n also, tomorrow's our PM will give a speech bout 2012 Budget. wowww can't wait! oh erh, tomorrow's got meeting plak on that time..tak bestnye tak dpat dengar live like last year. huhuh
T-T

hope tomorrow's getting better than today..love u all. n don't forget to pray (solat) & smile always. spread loves & happiness to others!

muack! ^_^

-Siemens Run , Sept 25th, 10km -
(medal finisher haram wa nak dpt. haha semput mak nak) :P

Tuesday, September 20, 2011

syukur Ya Allah..


Assalamualaikum..

terpanggil pulak nak menaip kat cni walhal jam dah pukul 1suku pagi da ha.

seminggu ni aku berkursus kat kl. n macam biase la kl kalo tak sesak, mmg tgh raye la kan. tp tengah2 weekdays memang jem la adat. tapi tadi gile disaster gak la aku nak cari jalan. sampai2 kat kaunter receptionist bole bwat lawak bodo plak. lempang nak? :P

aku ni berkursus pon ganti orang je actually. pnp memang hold jap la. dan2 pulak tadi ade sikit talk pasal kriteria kenaikan pangkat. erm bagus pendedahan dari orang atasan sebab kitorang yg mengajar ni kerja bagai nak gila tapi cam tak nampak hala tuju (aku la tu). bole? chait.

dan semalam, aku attend majlis bertunang member rapat: cik Ain Nordin. kenal cik minah ni pon melalui cik Dilala..memule cam sombong (hehe). dah lame2 tu memang ngam la, kepale same2 wat mende2 sengal pon. keh2. tahniah ain, pasni turn dila pulak. pastu baru aku bole plan aku nye plak. keh2.

dah la, tu je..

opsss, ade credits..

Angah, minah sorang ni nak balik Jepun da rabu depan. huk2. sian kite rindu kat adek sorang ni nanti. kurang la sorang advisor terkemuka tang baju & attire. well, kalo adek kutuk2 dress up mmg gua accept je, kalo orang luar memang cam kongaja la tuu. hehe :P

Ayah..sian ayah kene tunjuk along jalan g Hotel tempat along berkursus semalam..tapi lastly sesat jugak. huk2. ampeh je rase..

Dila..hahhahahahaha. sorry babe, aku rase aku takde mood la aritu memikirkan bakal gerak sorang, blur sume bcampur baur. but finally kite jumpe gak kan kat rumah Ain? :)

n finally..you..thanx for lending your ears, listening to every single tiny things that I'm always put too much to think of.

..dan semua yg sentiasa ade bersama saya. kadang2 aku rase nak nanges je fikir hal ni. (macam gile pulak). Allah je yang dapat balas jasa kalian. n somehow, aku rase aku kuat lagi sebab dianugerahkan insan2 yang kuat & tough disekeliling aku..Syukur Ya Allah.. :)

Sunday, September 11, 2011

of passport and ...err men?

WARNING: entri ni mungkin sangat PANJANG. balas dendam dah lame gile tak menaip. haha.

Alhamdulillah..setel sudah buat passport kat Putrajaya, Presint15 tadi. jalan? no worries, Alhamdulillah ade signboard, just follow je. just kene tau katne simpang nak masok p15, then follow je signboard 'Jabatan Passport Malaysia'.

sampai2 je, jam dah pukul 7.50 pagi. memang purposely aku datang awal, as dinasihati adek, abah & survey google. hehe. Alhamdulillah orang tak ramai. dah pukul 8 baru leh amek no giliran. aku dapat no. 1004. kire orang ke4 la kan.

What to prepare?

1. Download borang permohonan dari website jabatan passport negara. print & siap2 isi. aku tau pon sebab tengok blog orang ckp. memang dorang accept, janji korang print depan belakang.

2. Dah fill up borang, prepare 2 passport-sized photos. ok aku baru amek gamba semalam. boleh? haha. rm15 for 6 pieces. ok la kot kat salak ni.

3. photostat IC 1 keping. aku siap bawak surat beranak kot. hahahaha. bajet under 18 lagi pe? kih2.

4. tu je, then cop jari & tunjuk IC real.

ade one moment tu, ade husband & wife before turn aku, wife die lupe nak bawak ic, mebi left dalam kete. so husband die kene amek la..cian gak. hehe

so da setel bayar rm100 (aku wat 2 tahun je), n then aku tunggu jap sambil bace novel 'Lovely Bones'. macam sweet la plak perangai aku time tuh. hahahaha. then tak lame, 20minutes after dat no. giliran aku disebut. ape lagi, tros amek ah passport uh. huwaaaa syok2! syukur Alhamdulillah everythings settled bout 1 hour only.. takdela aku nak kuar merayap dulu ke. lek2 je kat ctu. ngeee :)

dah lepas tu, ade orang petik lak kite brekfast. nice gak kat Sg. Ramal tu. memang i loike lah! sedap roti nye..roti kosong je..lembut gitu..selembut angin menghembus pipi di pagi hari. wakaka.

ok lah, jiwang2 ni tolak tepi jap. over lak gua. simpan dalam ati sudeyh :)

tadi aku bace blog Hanis Zalikha. entitled The Things Women Discuss About Their Man. memang bagus content nye, tapi in my personal, humble opinion, it quite ..ermm..cam tak real. haha. ok, meh aku cite sikit. sikit la, takkan nak banyak2 kot. tak rahsia gituuuuu :P bout what things women REALLY discuss bout their men. or sesape nye laki lah. hantam je. jom.

1. Romantikus.
ni same je la ngn pape yg miss hanis tu elaborate. n bagi aku, maybe a lil proud & dihargai if ur guy show some of their romantic side. aku? ade gak kot. hahak. tapi takmo cite. tapi time aku cite ngn rumet aku, dorang kate aku over. hahahahaha. small matters somehow can turn big if it's really give a big impact towards that person (me la tu. haha). nak tau? ok, am gonna tell ya 1 sweet story la yang orang bagi ceramah induksi cerita, on how he act romantic towards his wife. budget sikit je. meh cite.



suami nye ke Cameron Highland attend kursus, and he bought a rose for her wife.

"Ayang, abang da balik da. cuba tutup mata dulu"

"ape dia?"

"tutup la dulu"

pastu die tunjuk rose depan mata wife die yang nga tutup.

"ok, boleh bukak. tadaaa"

"waaaa thanx bang" . memang senyum sampai ke sudah la. 2 minggu tahan penceramah tu kate. hahaha. walhal modal murah je, dalam rm2 je. tapi sebab die tau wife die suke romantik. kih2. korang ape plak? haaaaaa :P

2. Willing..
ade kemahuan on something. ok bagi aku, kalo once dah ade rase sayang tu, memang ko or ur couple akan buat la pape. eventhough u hate that thing soooo much! tapi bile dah dapat suntikan semangat dari orang yg ko..erm..sayang eh? then korang mesti go for it. aku rase melalut da ni, patot cite sal ape yg korang cite bout guys kan. hahahahah. dah, next!

3. Islamic.
Pergh!!! ni memang kene angkat topi la kan. sape taknak bakal suami ade ciri2 gini kan? aku sendiri penah, time tu baru pas tengok wayang. serious perot aku lapar gile da.

"pasni nak g mane eh?"

"g surau dlu la. then makan"

"ok."

ok, lapar pon kene tahan..ngeh2. n sometimes hati akan tenang bile berbicara pasal agama. yelar, kite ni gurl, dengan tekanan kat ofis la. ape la..so bile dapat luahkan, kaitkan dgn agama. Ya Allah tenang tak terkata. so, bacelah Quran tiap hari. paham makne sekali..revise bacaan dalam solat kita. ade ayat quran mengatakan, mafhumnya:

"dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan – perbuatan) keji dan munkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah – ibadah yang lain). (Al-‘Ankabut:45)

which is kalau kita rase kenape kite still buat salah, paling2 pon cam ade rase dengki kat orang lain, bertitik tolak dari solat. kenapa kite still lengah2kan nak buat perkara baik? kaji balik solat kita. mungkin pada bacaan, sebutan, perlakuan..selambe je bukak buku solat & ibadat fardhu ain. nothings to be ashamed of :) [aku pon same, yang menaip ni patot kene lebih dari yang membaca. cewah] amin. semoga kita sama2 berubah dari buruk ke baik :)

ok, next point!

4. Hormat & tau behave depan orang tua kita..
ini pon memang stok sejuk mata memandang. polite bile depan mak ayah kite. ahh tak kira la depan mane2 orang tua pon kan :) ni aku malas elaborate banyak2 as aku tau korang pon ade cite gempak gak en?

so far yang sampai kat telinga aku semua benda2 positif dari member2. so no issues bout this :)

5. kene payung (or belanja)
hurmmm..sape tak ske en? ngeh2. siap share bagai. ahaks. ade member aku her bf bought him bracelets, rings, gelang kaki. erm aku rase kalo da nak bertunang or he has decide to marry me than that's the time to think seriously bout dat.

skang ni aku surve je harga emas. hahahaha. semalam aku g Poh Kong kt Warta tu, aku tanye, die kate skang 1gram=RM205 ..pergh! dlu 180+ je kot. so pikir2 la..ngeh2.
6. Jealousy level.
sikit2 ok la. ini nak kuar makan pon kene halang ngn bf. memang aku nyampah! hahahah. bagi aku, selagi mende yang mak ayah aku benarkan aku buat, then that guys takleh nak halang la. kalo tegur baik2 tu ok lagi okehhh.

but so far aku ok je :) n me as well takde nak sekat2 life sesape. lek2 je la. kalo nak main curang, jangan risau, Allah is always with us. Dia akan tunjukkan Hidayah bila tiba masa yang sesuai. Allah Maha Besar! :)
7. Gentleman.
hehehehhehe..kalo die layan kite elok2.

"Eh, ko tak nak teman Ain sampai kereta ke?" - his friend said.

"Eh, takpe2" -aku la ni.

ceh aku ni jual mahal. last2 sepanjang jalan tu berderet mamat2 bangla mane celah tah datang. cuak gak. so aku just jalan laju2 la. ngeh2.

8. House chores.
bile die buat keje rumah, basuh baju, memang credits la. sonang ati rite.

siap member aku cakap:
"zaman sekarang ni perempuan pon keje gak same2 cari rezeki, so kalo guys tak tolong memang tak lah."

haha good point! :)

9. side income.
Cool kalo leh wat part-time. or good on investment or managing their finance. ok aku suke ni. haha. not dat i'm mata duitan, or any other guls mata duitan. just pikir 1 nice quote nih:

"duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit."

Got that? but basically, anak soleh adalah HARTA PALING BERNILAI buat seseorang. Jangan pikir harta kat dunia je, akhirat tu lagi kene kekal selama2nya. doa & bacaan ayat suci Al-Quran dari anak yg soleh akan membantu & menjadi bekalan buat kedua ibu-bapa di akhirat kelak. Wallahu'alam.

so bear in mind, selain harta dunia, akhirat pon mesti ada dalam bajet gak. sedekah amal jariah. aku sekarang tertarik dengan IRM. tentang bantuan Kemanusian Somalia. so sama2 lah kite hulurkan tangan, sedekah sikit duit gaji utk bantu mereka kat sana.

just put ourself in their shoes. What are we really want? haaa pikir2!!

p/s: nampaknye content blog kali ni sangat bercampur aduk. wakaka. tak paham leh roger. ngeh2.

Friday, August 26, 2011

dress up!

of

Aku rase pemakaian sgt penting dalam life.

dan semua kita muslimin diperuntukkan pakai baju yg menutup aurat.

dan sejak mengajar ni lagi la aku kene improve day by day. kalo kerja pernec dulu memang takde mende nak pikir, janji aku wat keje aku..

Tapi skang? aku kene study kot dress up, nk pakai tudung belit2 leher tu cmne..

huh malas2 :P

Monday, August 22, 2011

null.


Assalamualaikum~

*tetibe bunyik kucing gadoh luar rumah.

nothing's much want to share here..days went as usual day by day..
woke up in the morning, preparing for classes..facing students, colleagues, tasks, everything..
but still can't find what I want in my life..

Do you feel the same feelings too?

Is not that you want a spouse..or someone..it's just you want something..you're searching for something..

It's nice to see people feels so much passion on something..

Some of us have a great passion towards Korean thingy,
Some with outdoor activity..
Some with hangout, shopping..or at least window shopping..
But me?

What am I really looking forward in my life?
No passion at all..null..none..


..dakishimete

Sunday, August 14, 2011

opsss!! i did it again :p


Semalam, Liverpool vs Sunderland kan. aku plak nga kat kedai makan, with my beloved dad & 2 bros; ayep & apiz. Angah lom sampai Msia g. InsyaAllah esok pagi she'll arrived here. yipppieee! :D

ok, kalo yg tgk semalam mesti tau yg sepakan penalti cam sengal hasil sepakan dari Suarez. aish bapak sayang kotttt, rasenye Safiq Rahim angkat lagi cun. eh die bukan hebat free kick ke? eh tapi kalo free kick hebat, apetah lagi penalti kan? haha dah2 merapu.

tapi ade gak 1 moment tu yg Suarez terlanggar,pastu die wat gaye terbang. tapi over ok, over gile! even adek2 aku pon kate memang berlakon ahh. over2. dan2 kitorang teringat Rivaldo. time World Cup dulu lagi ampeh part berlakon. serius aku nyampah kott. aku paham, football player memang coach dorang ade ajar berlakon utk lengah2kan game, tp takya la cam ngok gile tak kene pape tapi gaye cam kene langgar bulldozer? urgghh sooo not professional! hayati dialog berikut:

aku: "ayep, Rivaldo skang watpe eh? ceh da mcm kawan baik ko plak along tanye gaye gitu."

ayep: "aritu ayep sms die, die kate nga jual kain batik"

aku: "hah???? hahahahahahahha " [ok, time ni memang aku gelak tak hengat da. sengal punye adik]

ayah: "ape korg gelak2 ni?" [ayah nga khusyuk sgt mkn sup tulang, xsedar sekeliling.hehe]

aku plak nekad gak nak ulang cerita kat ayah, walhal gelak bdekah2 tak habis g.

aku: "ayah nak tau, td along tnye ayep Rivaldo nga wat ape skang, die kate Rivaldo tgh wat bisnes IKAN batik..eh KAIN batik"

aku dalam hati, mintak2 la takde sape dengar aku tersasul sebut ikan tadi. ish, mulut ni cubit kang.

adek: "ko kalo nk tersasul je mesti sebut IKAN kan? tadi ko cite yg ko tsasul sebut kaki ikan time bbuke ngn rummet ko"

aku: "alaaaaaaaaaaaaaaa, adek dengar ke along tersasul tu? waaa malu2"

ayep: " takpela, word KAIN kalo terbalik2 bole jadi cam IKAN gak. hahahaah"


cissss! malu2. wahahahaha. feels like covering my head with paper bag. lol.

Friday, August 12, 2011

kaki apekah??


Assalamualaikum w.b.t

Korang slalu tido petang tak? i mean pas asar ke.. aku ni cam da lame gak la tak tido time2 tdesak camtu en. tapi tadi, eh semalam nye cite la ni. memang badan sgt lesu gile babeng (penangan wat soalan exam la kot. fuh penat wa cakap sama lu. sebab ape? faktor utama ialah kekangan masa kot. dah2 kite takya elaborate sal mende paling saket ak penah wat sem ni.adeh)

ok la, nak dijadikan cite, aku terjage gak dalam kol 7.28 kot. cewah mase nak tiru jepun je tepatnye :P so tros capai henfon tgk kol bape.

'eh ni pagi ke petang?'

sambil mamai2 aku menapak keluar bilik, nampak rummet: Bi nga ngadap laptop, online la kot.

"weh, kol bape ni?" -aku

"7 lebey la..nk dkt buke da. jom siap2 makan" -Bi

sambil mamai2 aku bukak nasi lemak, beli kat Param tadi (baca: Pasar Ramadan). lantas berhasrat nak sauk kuah kari yg acik kedai bagi tadi. tetibe mate aku tertancap kat something. something yg aku kureng sikit la..

"aihhhh Bi, ni aku lemah ni tengah makan..."

"nape weh?"

"tengok ni, kaki ikan mane sesat ni.."

"KAKI IKAN???, hahahahhahaha ko mamai lagi ni Ain"

"huwaaaaaaaaaaaa~ ape aku cakap tadi?? huhu"

kalo dalam cite katun dorang gambarkan org penin2 lalat ade cam mende pusing2 sekeliling kepale dorang en? so macam tu la situasi aku sebenarnye. haha mereng jap weh.

.:: please NEVER try this at home! haha ::.

so, moralnya: try avoid tido pas Asar. please I beg u guys. lol :p n btw, mende yg aku nampak dalam kuah kari tu is definitely la kaki ayam. orang jawa suke makan tu sementelah aku dok Sabak ni kan. but for me, aku cam kureng sket la. well, human is diverse. wuteva~ :P

Wednesday, August 10, 2011

Let go.


I'm tired, exhausted enough.

I think I need a break.
p/s: & this entry is somehow inspired me: [klik]
(bole plak disable kopi-pes. chet) :p

Monday, August 8, 2011

<-- entry bajet aku sorang je banyak keje.haha


Tak siap gubal lagi sepenuhnya. baru siap 1 set. huhu..tak suke pon kene buat gak. well this is life! huhu..

tapi tadi berita baik yang dibawa kak Yana, my officemate gile memberangsangkan otak utk bekerja. tersenyum simpul aku dibuatnya, walaupon not yet sure my dad akan bagi permission or not. serious aku rindu nak panjat memanjat. Berita tadi mengatakan ade 7 nyawa terkorban kat Cameron gara2 land slide buatkan aku termenung gak. aish, dapat ke tak ni nak g. tapi lambat lagi. haha poyo gile.

dan dalam tensen2 duit aku banyak keluar ke routine service kereta, tadi keluar berita mengatakan kakitangan govt dapat half gaji as bonus dalam pertengahan bulan ni. ALHAMDULILLAH syukur ya Allah. baru la aritu aku menggerutu pasal hal kereta. i know dat my car need full attention or else possibility utk aku tersadai tepi jalan sgt tinggi kalo tak servis. huhu. tapi serentak plak everything have to change. ngeh2. tuka:

1. Brake pad
2. Minyak gear (tak penah tuka since beli.hoho)
3. Air filter (pon xnah tuka lagi)
4. Minyak itam (ok, ni memang da timing mileage nya)
5. upah labour. ok standard la ni en.

kering gak ah aku diwatnye. tapi since keluar pengumuman tu, i was like: GILE BERSYUKUR! senyum sampai telinga pastu buat2 cam sawan. haha rummet aku pon da mls nak layan kegilaan aku tadi. ngeh2. so kids, peruntukan duit raya korang insyaAllah ade. dont worry. hihiks.

dan jugak, bile kite tensen, all we need is to smile or laugh. seriously. akak sebelah meja aku: Kak Lin penah pesan ni, tapi aku time tu buat tak endah sgt sebab memang tgh tensen, nak pulak aku senyum cam kerang busuk? hoho. so, cari la the best remedy utk korang senyum. ^_^

kucing ni sumpah comellll!!!! aaaaaaaaa
*pengsan sambil mulut bbuih2.haha*

p/s: aku baru terjaga pukul 1 pagi ni. da lame2, mesej masok. dalam hati aku: ni kalo Hotlink nye mesej memang aku campak sinki je hp. haha. ok the answer is negative. ngeh2.. (snyum sampai telinga lagi.haha.gedik)

dan entry aku kali ni semacam tak matang dah. xmcm entry lepas. haha. penat la jadi matang tang..ngeh2. tp senarnye matang tu mampu mbuatkan jiwa ko kental sebenarnye! haha. ok time's up! nytes buddy!

Wednesday, August 3, 2011

random thoughts.


salam & selamat berpuasa buat semua muslimin & muslimat sekalian..

walaupun berpuasa, still kite kene go on life macam biasa. yang bekerja sibuk dengan tugasan harian, yang belajar, sibuk dengan study ataupun siapkan assignment macam ape yg lecturer korang nak.

aku cam banyak gak keje nak buat sekarang. nak merungut? lupekan je la. semua kat ofis pon dapat beban yang sama. mebi aku lebih kat cni, mebi aku kurang kat part ni. n mebi others lebeh or kurang kat mane2 part lain. tapi overall memang semua pon merasa mende yang sama.

aku dah lelah, penat. sape yang mengajar poli je tau ape yang kitorang hadapi. tapi paling heppy bagi aku bile kitorang opismet cite hal luar dari keje. kalo P&p aku heppy lagi sebab nak memaham 1 topik tu buat aku semangat gile nak bace buku2 waima tebal mane pon, nak buat notes, surf tenet cari bahan mengajar.

tapi once diberi tugas lain, i was like, demotivated sikit. ye, aku akan nampak aku beruntung kalo dibandingkan dengan certain kawan dari jabatan lain yang lagi banyak kerja dari aku. serius aku tabik kat dorang. muke hepy, balik umah lek je layan korea tapi bile cite sal keje, ternyata tugasan dorang lagi banyak dari aku.

so? langkah terbaik: takyah nak merungut lelebeh kate keje aku banyak GILE BABI ke hape ke. buat jelah, tak paham tanye pada yang paham. ataupun hanya merungut or luahkan perasaan pada member seopis yang memahami situasi kau je (aku la dalam konteks ni).

tu je la nak kate. so korang kat luar sane sile la adapt ni dalam life masing2. tapi aku? serius aku ok kalo nak buka cite pape. aku on je. tapi kalo aku nguap tu paham2 la. haha.

& seriously ade certain2 hal dalam life ni, aku dah mula nampak kepentingan act mature on something once it happen. ape dia? banyak sangat contoh yang korang leh nampak dalam hidup korang sendiri pon. lagi2 dengan terjadinya 1 big event dalam hidup aku which is kehilangan antara orang yang paling saya sayang dalam hidup: my mum. aku takde nak mintak simpati or wutsoever tapi seriously once this particular things happened, u really have to adapt yourself;

-jangan keje nak merungut je, orang bosan.
-perangai jangan nak mengada2 je, takde sape kuasa nak layan ko. or kalo ade pon better ngn member sejenis. aku bersyukur sebab dari dulu till skrg aku memang dikelilingi member yang paham dengan perangai aku. i love to act sometimes like a kid, skrg adek dah besar, so i got them la utk melepaskan tension in a better way i guess :)
-jadi matang, hal2 kecik tolak tepi.
-jangan cepat nak terasa, sebab kadang2 people tak perasan how they behave until buat kite touching, n somemore hal ni tak dapat dielakkan oleh kaum perempuan time PMS. hormone-thingy, ape aku bole buat? kawal je la..huhu

banyak lagi kot tapi tu la aku nak highlight buat mase sekarang. kadang2 aku pikir pasal hal keje, leh stuck gak ah. tapi bile pikir yang mende ni takkan kite bawak time mati, melainkan amalan2 je, aku jadi berpada2 la.


kematian mak aku tempohari memang bagi titik tolak gak la kat aku. once seorang manusia tu pergi, seriusly semua dia akan tinggalkan. harta? baju2? barang2 kemas yang korang dok peraga tu? kasut2 berjenama yang korang dok tayang time raya tu? jam rolex? duit banyak kat ASB tu? semua tu tak berguna lagi. hanyalah amalan & paling penting time nak pergi tu diiringi zikir agar mudah time mati..time mak pergi, aku nampak kepentingan zikir, sekadar berkongsi yang mak aku memang tak mcam anak2 die ni, die memang kemana2 dengan rantai zikir die tu. so time nazak tu, baru aku nampak ape impaknye dengan mbiasakan berzikir semasa hayat. mudah2an mak tenang & Allah permudahkan urusannya di alam barzakh. yang ni aku takde nak cite panjang2 sebab hal alam ghaib memang aku taktau dah, hanya doa yang mampu aku kirimkan.

ni apehal lak dari hal keje leh masok terpesong hal mati lak? tapi takpela, yang baik dijadikan iktibar, yang buruk dijadikan sempadan. ade pape salah leh share, nnti aku betulkan.

n skang aku nga undergo kursus Research Methodology kat Quality Hotel Shah Alam. memang P&P kene tangguh 1 week, soalan kene gubal 2 set, jumaat ni hantar. sesak dado ha tapi redah je la buat.

p/s: aku penah bace: sabar terhadap sesuatu tu memang perlu tapi bersabar pada benda yang tak perlu hanya membuatkan kite makin BODOH. wallahualam~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...