Monday, December 19, 2011

Situasi paling menyampah [on the road]

Antara benda paling menyampah terjadi kat jalan:

1. Ada road construction.
Serius bengang! tau la nak elokkan jalan. tapi boleh tak hold jangan buat time weekend? huhuh.. walhal aku tau kalo tak buat time weekend, that area still tak bole masuk gak sebab tak siap lagi.

Selalu jadi kat aku time masok KL. aritu ade skali kat Jln. Tun Razak, baru2 ni lepas aku drop Nisah kat Tesco Ampang, time nak ke Keramat AU lalu MRR2, then jammed teruk ok. Bottleneck abes! Aku bawak manual lagi. bukit lagi. hamekko. banyak2 bersabar je la time tu..skali tengok depan ada construction. I was like..Ya Allah, dugaanMu..huhu

2. Pesen makan jalan.
Ni pesen tak reti nak agak jalan dia besar mana. Kalo ade sticker P tu aku consider lagi la, as I've gone through that phase too. tapi, dah la bawak lori, pastu gaya nak himpit2 pulak. ewah! over kot!

3. Lambat bagi signal nak masuk simpang.
Ini memang tahap mintak makan slipar ok. Selalu jadi kat Meru, yang main road tu. Lori pulak tu. Dah orang yang follow belakang buat emergency brake pulak gara2 terkejut ngan orang depan yang stop out of sudden.

Aku la kalo jadi camni, memang berderau 1 badan! please la, da tak sanggup nak accident lagi weyy. insap. Petua terbaik ialah jaga jarak time drive dengan orang depan. Drive safe paling terbaik kan. dan tahu gak keupayaan stop kereta anda. Nak masuk mendalam bab inersia, sila rujuk buku teks Fizik terbitan Sasbadi. keh2.

4. Suka2 nak potong queue.
Ni pon sama! nak2 kat tol. menyirap ok. n selalu terjadi kat aku bile driver nya ialah lelaki. mentang2 la nampak aku ni perempuan. tapi nak memudahkan keadaan, again, be a defensive driver. tak guna bergaduh where both gain nothing in the end. Layankan ajelah driver yang da meroyan tu.

Tapi kalo ada guys sekali dalam kereta, takpe kalo tak bagi dorang masuk queue korang. haha. safety first! :D

5. Lembab tapi drive lane kanan.
Bodoh. ye, itu title terbaik buat mereka. Naif kalau tak tau this rule la. Me myself jarang dok lane kanan, tapi since pinjam Satria ni sementara menanti Viva dibaiki, selalu gak aku lalu lane kanan. Confident lebih kot! :D

pernah sekali, aku dah geram sangat, aku bagi high beam kat orang depan. motif nak suruh dorang berambus pegi lane kiri. taktik menjadi. dan syukur Alhamdulillah that driver is a woman. *cuak gak dalam hati* as I know, most guys tak macam tu. (apekes aku puji laki ni? haha true kot).

6. Kereta pakai lampu putih.
Ni pon bahangong. bukan ke illegal pakai lampu putih? awat depa ketegaq na? silau ok, sangat distracted time drive. Kadang2 aku terpikir nak invent lampu kat belakang kereta, lampu putih, yg aku leh on everytime orang belakang pakai lampu putih. padan muka dorang! huhu

7. Buang sampah ke luar kereta.
Please lah. Civic-minded dah pegi mana? Otak dalam longkang? Kalo sampah yang degradable takpelah. tapi sampah besar2, botol air, plastik sisa makan, polisterin, suka2 je depa buang sampah ke luar. simpan la dulu kok ye pon, sampai destinasi, cari tong sampah then campak.

Lagipun, kebersihan tu sebahagian daripada Iman kan?

8.Teragak2.
Benda ni not all made by women. Seriously. Aku penah je ade nampak lelaki, teragak2 nak masuk simpang yang mana. I was like, Ya Allah..dugaanMu..

Nak senang, park tepi & on signal. easy rite? dah tak payah menyusahkan orang lain.

Dah, kalo ada lagi aku tambah. kes2..

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...