Showing posts with label outdoor. Show all posts
Showing posts with label outdoor. Show all posts

Friday, December 21, 2012

Langkawi vacation :)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera uols~

Alhamdulillah aku masih hidup bernafas di bumi Allah ni..cuma dah lama x update blog. oh tak mengapa, takde denda pon khenn~

Recently my family & I, ok walau tak semua just aku, ayah, umi & hafiz je  yang ada, kitorang g vacation ke Langkawi. yeah Langkawi kat Kedah nun. bertolak Isnin petang, arrived there bout 11pm, stay at Bahagia Hotel, kat Kuah.

Overall awesome! Day 1: g Dataran Lang & Kilim Geoforest Park. Gambar tak transfer lagi, so later la kot. P Langkawi, 1 day pon uols dah boleh mahir jalan2 kat ctu. berbekalkan peta yang kitorang amek kat Airport, so round2 to search for interesting places using that map. free! hehe..

Kat Dataran Lang amek gambar la kan. I've been there 10 years back, when I'm in Form 3, bayangkan la masa dah berlalu kan.

yg Kilim River tu actually aku terbaca blog orang je, kate best. so jalan2 then terjumpa. Supposely the rate is RM250 per boat, 10 peoples. tapi sebab kitorang ni trip sendiri, dorang letak harga RM120 for 4 person. erm ok la kot, aku tutup mata je time tu. haha. semata2 nak tengok nature kan.

1st, pegi Gua Kelawar, masa tu dah pukul 5.50ptg, so just ada kitorang berempat je kat situ, driver boat kat boat la kan. Masuk gua pon laju2 je, cepat2 cari Exit. haha.

2nd, pegi fish farm. Ade sorang pakcik; Pak Su namenye, explain kat kitorang pasal Ikan Pari, belangkas & Ikan Sumpit. Aku geli kot nak pegang belangkas. huhu tapi comel la depa jalan.hehe. ikan sumpit tu dapat nama gitu sebab die mengumpan bak menyumpit tapi guna air. puiii terpancut air dari bawah tatkala umpan roti diletakkan kat kayu sangkar ikan tu. (oh abaikan penulisan skema saya. hehe)

3rd, tengok helang makan. perut & lemak ayam gitu. driver boat pon ringan mulut terangkan pasal helang. cool!

4th, menjenguk ke muara Lautan Andaman. ok this is where the cuakness at the peak! patot paya bakau airnya tenang, jadi tak keruan gara2 ombak menghempas pantai. cuak weh. we even ask the guide to patah balik as fast as he could. haha. da nampak pulau Thailand. even my hp da memekak2 promote Maxis Thailand. kira dah roaming la apebenda tah.

amacam? best tak aku bebel? haha.

2nd day, kitorang g Langkawi Cable Car. normal adult with MyKad: RM15, tapi total period kitorang sampai utk queue and naik dari pukul 11.30 till 3.00ptg kot. haha aku hentam je tapi lebih kurang la tu. so utk tidak membuang masa, while waiting for cable car, we ols cuci mata ke Telaga Tujuh, jarak dalam 5min je kot naik kete. Tapi nak naik tu cam nokhorom gak la penatnye. aku pakai jeans je kot! silap besar tol! so hanya berjaya naik sampai air terjun 2nd je. jadi la kan. posing sepam dua, then turun balik. menggigil ketaq lutut toksah habaq laa. haiyaa~

Da sampai puncak kabel car to awesome! Subhanallah! really remind me of Namsan Tower. ohh baru ku tau takyah g jauh2, kat Tanah Air sendiri je dah ade pemandangan yang superb lawa! so pasni takyah g oversea dah, unless aku berjaya jejak kaki ke Mekah, doing umrah & Haji. Amin Ya Allah, please makbulkan doaku ini..huhu~

3rd day. visit Underwater World. kat Pantai Chenang. one thing yang aku perasan kat Langkawi ni, berlaku lambakan of Mat & Minah Saleh. Di mana dorang selamba badak je pakai bra gitu je kalau panas. adoi la, tak beragak betul! kalau orang Arab mai, siap pakai jubah, purdah lagi tuuu, kaler hitam lagi tu...see the difference? oh by the way, aku pakai menutup la. tapi serius ah, memang selamba gaban omputeh ni. *keh2*

oh Underwater World tu Subhanallah really awesome! tapi aku rase Aquaria KLCC lagi best kot~ hew2. or Zoo Negara pon best jugak! seriously !

maka, tamatlah saya membuat pembentangan percutian kali ni ke Langkawi. sok2 taktau pulak ke mana, dan dengan siapa. hehehehe *gelak miang*

till then, Assalamualaikum.

Oh by the way, just now read Surah Al Kahfi (bcoz today is Friday). with the translations. rase nak g Gua Kahfi tu lar. azam ni. semoga dapat dipenuhi my wishlist! hoh koya plak aku bajet omputeh nk pakai wishlist. kena banyak2 berdoa la ni.

n also bump into article about Uwais bin Al Qarni, seorang yang sangat2 mencintai ibunya, patuh pada Allah & merindui Nabi Muhammad. Cite pasal die berlatih naik turun bukit dengan lembu semata2 nak praktis utk dukung ibunya ke Mekah, Subhanallah. Walaupun ade penyakit sopak, tapi beliau dah awal2 diiktiraf sebagai warga penduduk langit. Mampukah kita sampai ke taraf tu? T-T dosa aku banyak sangat2. Moga Allah ampunkan dosa2 kita & moga kita mati dalam redhaNya & keimanan terhadapNya..amin Ya Allah~

Friday, July 13, 2012

of Lepoh Waterfall and workaholics lady (sangat! haha)

Assalamualaikum uolss!

Cube teka apekah posisi menaip aku skang? haha. best lah yang pastinya.

So, a week has been over. walhal aku keje 3 hari je sebab 2 days already burn for the sake of my another 2 teeth extraction. kadang2 fikir sayang gak, kalsium tu. nanti aku bersalin akan kene tarik lagi kalsium ke anak. yeke fakta ni? ntahla ramai dah habaq kat ceq gitu nooo. layanss~

So, aku dah kat Sepang ni. So apekah yg telah berlaku several days before?

1. Air Terjun Lepoh, Hulu Langat.

Yippiee! Another trip bebeh! Actually aku tak terlibat, tapi last2 manage to follow 'em. lol. even took only 2 days 1 night (ceh tajuk da mcm Variety Show Korea tu kan), but it was really an awesome experience! Dulu memang penah pegi ngn Wani (siap ade entry lagi ok.haha) tapi kali ni bermalam. Antara yg best utk diceritakan:

a) Aku ngn Fami reschedule menu. Seriously I cannot imagine pas dah naik penat2 tu, tapi makan meggie? hehe..saya selaku seorang yang memerlukan karbohidrat yg tggi, terus ubah menu nasi+lauk+sayur on dat nite. hehe. selamat semua kenyang kan, syukur :)

b) Sampai kat tapak khemah bout 9pm kot. Da pasang khemah, (aku tak reti, haha), then masak, then berendam pulak kat dalam sungai tu bout 12pm+ kot. bayangkan weh suhu die. aku la paling kambing sekali. sejuk gile gile hokeyy. tapi manage gak mandi. Din siap kuar2 asap pulak dari mulut. Xya naik Genting da. hehe.

c) Asalnye aku ngn Aish nak tido luar gak konon2 nak open air. last2 dalam khemah gak tmpt kitorg nyenyak. Arigato kak Rehan for the sleeping bag. nampak gaya cam aku kene sapu 1 gak ni kalo asek g camping. cewah. hehe

d) Pagi nye menu Nasi Goreng Kurang Hajar. Tapi rase yang sangat nyummy! Credits to jejaka2 hero malaya 3 orang yang berganding bahu memasak. We alls gugurls menanti ngn perut bgelodak je la dari tepi. Dok potong2 bawang, ambik air gitu. Bagus Mira ngn In, aku la paling berat bontot nk turun g amik air. haha.

e) Tiba time mandi. debush2!! tapi aku langsung tak wat tiruk. takotss uolss. Aritu kat Berkelah aku dah try buat, tapi tak jadi. malas dah. haha. aku hanye mandi2 kat tepi je. ade la berenang tapi sikit2 je. takot loer. aku kan pengecut orangnye. haha. nampak pulak katak camouflage kat batu2 tepi sungai tu. euww sangat geli hokehh

f) Orang lain nampak ikan, aku pon gatal nk tgk gak. da menyelam siap pakai goggle lagi.

"Tak nampak pon ikan?"

Ujarku berkali2.

Agaknya In da bosan, terus die bagitau kat mane. Aku pegang kaki die pastu menyelam ke dalam.

"Huwaaaaaaaa, banyak gile. geli222"

hahaha. terus naik dan berenang ke tepi. geli weh nampak dalam 3-4 ekor ikan dok main2 kat dasar sungai tu. Haha batak gile aku :p

g) Terdapat roti buku yang dah digigit tikus. apelagi, sedekah la kat ikan kan. mule2 Din dok campak2 dalam air. aku pon tengokla. pastu Fahmi pulak campak bulat2 besar punye jauh2. Aku pon ambik roti & buat bulat2 dan campak gak bajet cam main game Angry Bird. haha. ok saya kalah baling tak bape nak jauh. pftttt :p

Till we meet again. Din, Fahmi, Hakim, Aish, Mira, In, Aku. Kali ni Apit & kak Rehan tak dapat join. takpelah, next trip InsyaAllah ketemu jua semua :)

Balik umah, kaki ketat. haha. padan muke. paling takley blah naik time pacak yang akar2 kayu tu. Bak kate Mira: "Bernapas masing2 macam lembu da"
Haha serius penat nak gile dah time tu. Kalo aku lemah semangat mungkin aku dah pause kat ctu da. Sampai atas je terus rehat for a while then capai air. fufufufuf penattt ngat.

Ok, credits for all the photos to In. Enjoy!

Ade korang penah tengok durian potong cam tembikai ni? haha.

Muka dikala menunggu nasik masak

Aku yang masih mencari rentak.

Jeleous tak tengok view ni? Subhanallah :)

Untungla Aish leh paut kat Din khenn. Aku yg masih bujang mandi sorang2 je la. haha.

Ok, tamat bab naik Lepoh. Next!!

2. Opis mode.

Tadi punye eksaited khenn cite pasal outdoor xtvt. skang kite ke episod serius sket. pasal keje. aku la kan, bapak banyak keje nak kene setel. meh aku list:

a) Pengurusan Aset.
Wah, kene update KEW.PA semua bagai. memang bagus, preparation nak mengadap audit aset hujung tahun nanti. Tapi dikala nak start sem baru ni which is starting on next week. Aku sem lepas pon x abes tutup lagi, da nak mengadap sem baru. Takpe, nanti kite bersidang lagi ye wahai penyelia2 lab saya. Kite ade keje sket. Sikit je. hehe.

b) MQA
Ok, ni taknak habaq banyak ngat sebab part aku dah settle tadi. yuhuuuuuuuuuuuuuuuuu~ erk, i mean Alhamdulillah Ya Allah :)

c) Anak PA
Ok, first and foremost let me define what is PA. PA means Penasihat Akademik. senang cite, tugasnya handle bab pendaftaran subjek student2 which is kalo time kat sek dlu analoginye ialah guru kelas dan kat universiti dulu ade Bahagian Pendaftaran (kt UKM Canselori) yang akan uruskan. i thought i akan direhatkan for this sem. tau2 kene jadi mak angkat. haha. sebab amek alih dari lec lain. takpe, tak ramai 23 orang je. I know I can handle it InsyaAllah.

Tapi ade 2 orang pulak ade subject tak credit on last semester. tak best ni. pening kepala saya nak menyetel ni. huhu.

d) Bengkel
Aku ade Bengkel next week kat Poli Tanjung Malim. tak best ni 1st week P&P dah kene outstation. huu. cukup cukup sudahhh, cukup sampai disini saja..

OK, aku dah tak bole recall ape keje2 kat opis tu dah. Malas nak ingat. Janji esok aku ade running Shape & Men's Health Night Run kat Putrajaya. Aku amek 5km je la. Malas dah nak amek 10km. haha. Mak dah tak tough macam dulu la nyah. Semput hati mak nak. haha.

n I found that my bonet tadi penuh ok. penuh dengan durian. hahaha. Aku dah balun bape ulas durian tah start dari kelmarin. Borong kat Parit Baru. Ni tadi aku beli lagi. Ingat nk do something with some of it. Ape die? Jeng33~~ Ini semua gara2 entri Mat Gebu yang menggoda itu.

...dan juga permintaan seseorang. haha. secret sangat. wakaka. ayok, cepat2 g toilet kalo anda rase nak uwekk. hehehe.

k nytes! Salam Syaaban & Welcome Ramadhan yang dirindui :)

btw, ni dia hasil aku edit kat pesbuk NESCAFE Light Light. haha. click HERE for the apps. hehe.

me & Nuni :p
p/s: aku dah ubah posisi menaip dah. sekarang normal dah. hihi.

Tuesday, June 26, 2012

Twinkling Tuesday (tajuk koya. haha)

Assalamualaikum..

dan hari2 berlalu seperti biasa.

n by the way, this is the time taken for me to Standard Chartered KL Marathon run ahad aritu (sorry for my rojak language. hoho). ok, running haritu which is took 10km route is: 1 hr, 27minutes, 59 seconds!

dramatic tak lagi 1 saat je nk cecah 28min! hahahah. syukur alhamdulillah. n FYI, aku stop running dalam 3-4times je sebab xnak layan sangat badan. Ingat lagi tak photo quote pasal running yang aku paste on the immediate entry before? memang running ni mental kene kuat. body kuat leh earn dari makan & minum yg ckup. dan selebihnya, we have to train otakkk. jangan manje sangat. hehe..bout 6 first km aku x stop langsung! aku cabar diri sendiri. yela, lari sorang kan, lain la kalo berteman..hik2.

dan previous run which is TM Run, 7km pon took bout 1hr+ utk lari. haha gediknye haku. hujan punya pasal, malas nk push diri. walking je, boleh?

dan lepas running, tak dok diam, g makan2 nyummy22. hope to have it next time! InsyaAllah sronok prepare food together, eat n borak2 gitu. even I'm newbies there.

"Ain sekarang boleh la badan macam jari kelingking, nanti da join the club, tau la camne" -them

"saya ni pon berisi sebenarnya" -me

"ape? tak dengar" -him

"haha, xnak ulang. mencik" -me.

heheheh. me just giggles. tapi takut gak. aku ni jenis berisi masalahnye. huhu..

dan harini, for today, aku masok ofis setelah 2weeks spent at King's Hotel Malacca attending Infosys Course. banyak gak keje: nk key in carry marks students short sem, update documents wanted, n marking paper. semalam paper aku. hope every single of my students score la yer for this exam. rugi woo blaja 6 weeks though took 6 hours per week utk cover short sem tapi x score. memang aku laser sorang2 nnti kalo xleh skor gak. (haha garang tak?)

n, got nothing more to say..hope everything's went well. nyte peeps! =)

p/s: picca running ngn finisher medal can't be uploaded. not yet dapat.

Saturday, June 23, 2012

Saturday's entry

Salam, semua sihat? hope semua ok la kay. di hari sabtu nan permai ni (kali ni aku kat umah, selalu xlekat punyee. haha), aku nak share lah. share ape ek?

Lokasi: Sek Agama Men Batu 10, Cheras, Selangor.
Tarikh: tak ingat, form 2 dlu kot, 2001.
Waktu: tak ingat, around 4pm gitu kot
Hari: Weekend. dikala kemalasan menghinggap di segenap urat saraf  tubuh.

Ade 1 announcement, memecah keheningan:

"Perhatian kepada Paulina, anda dikehendaki turun sebab McD Delivery da sampai."

Paulina? Sejak bile watak heroin cite La Usurpadora tu belajar same kat sekolah aku ni? Hhahahahaha. Lalu ramai la menjenguk ke pintu pagar motif nak tengok sape tuan empunya badan.

Ok, kelihatan jugak warden da standby sebab name pelik tu. Hahahahaha lawakk, rupenye ade sorang akak ni. Sorry name die aku lupe da, tapi geng die memang slalu kene aim ngn warden kitorang.

"Oh, prasan Paulina la ni?" kata Warden (name terpakse dirahsiakan).

hihihihi. bosan da kot bubuh name sndiri time call McD Delivery.

*********************************************************************************

Cite 2:

Lokasi: umah sepang.
Tarikh: harini.
Waktu: petang.

"Along serius taknak tukar tempat parking ke tempat teduh?"

"Untuk ape?"

"Tingkap pon tak turunkan tu"

"Tadi hujan la yah"

"Tau tak kenape kene alih tempat teduh?"

"Tak, tak cukup teduh ke tu? ok je along rase"

"sebab nak bagi getah tu tahan lame, kalau tak nanti merekah"

"oh yeke, heheheh..baru tau"

"ok, ayah tukar jap"

"ok, thanx ayah"

sorry ayah, along bukan degil. tapi malas, rase teduh dah tu. hehehehe :p

************************************************************

ok, setel dah flashback tu. saje je teringat. hehe. dan jugak, tadi aku memang saje on pesbuk. then perasan Mat Gebu dah update resipi terbaru die:

Classic Durian Cheese Cake!!!

I was like: Waaaaaaaaaaaaa!! kenapelah die ni rajin sangat! kenapelah aku tak serajin die. hahaha. ops, actually semalam aku masak gak pe, ikan masak kicap+kacang buncis goreng. ok la khenn??

Tunggulah mase ade nnti. Rase esok petang nak buatlah!! dan jugak bahan2 pon kene ade gak. hihi ;)

dan yg ke-2 , aku tergoda untuk buat lepat pisang!! waaaa nyummy2~~ (belum buat lagi da over nk nyummy2. haha) dan jugak tempting tengok entry Lepat Pisang Mat Gebu. auww! bahan2 tak susah, just nk cari daun pisang je. takpe, umah my aunt cik Arul ade (senyumm menyeringaii. hehe)

tunggulah! arghh!!

slurpppp~~ :p

p/s: do pray for my 10km run tomorrow okay! wearing new pants!




taken from Gibson's Daily Running Quotes.

Tuesday, May 1, 2012

sweet escape: Air Terjun Berkelah ver 2.0

aku penah tgk cite Oprah Winfrey,
ade petikan salah sorang jemputan dalam tu:
"Berikan seseorang hadiah, dia akan heppy,
Berikan seseroang kenangan (ie: vacation, any moments shared together),
maka dia akan ingat kenangan tu sampai bile2"
tetiba aku rase cam betul plak kata2 tu :D
especially with your family members, your special someone, or your best friends! wallauwey ;)
dan baru2 ni aku g Air Terjun Berkelah, for 2nd time.
ahli camping this time dah berkurangan ke 6 org: Apit, kak Rayhan, Din, Aish, Fahmi and me.
happy to the max! till we meet again on the next vacation :D
berendam tak hengat! (me, Aish & Rayhan)

memang sweet escape! ;)

"larik, larik, dinosour nk mamam! haha"

meredah kawanan batu. licin sampai terduduk gak aku. hmmm.

sejak bile nak main caj2 plak? ngek btol!

jumpa lagi next time,
insyaAllah status kita semua dah sama time tu :D aminn

Friday, February 24, 2012

dan bila esok :)

Sakit gigi pulak..huk2

By the way, my Apple Cheese Cake siap sudah!! ;D modified dari Apple Crumbled Cheese Cake i googled before. CLICK HERE for the link. picca & recipe will be uploaded later oh kayyy :)


tomorrow's morning gotta wake up early~ gonna ask someone to wake me up la. lol. serius aku susah nk bangon apehal tah.

esok ade projek mega. dat's y aku ade semangat kuat gile nk wat kek! nak bagi makcik2 itu rase. ekekeke

rindunye nak gossip2~ ngeh2~

Sunday, January 8, 2012

out~

ade banyak sangat mende aku nak wat utk tahun ni..banyak sangat!

tapi aku kena jot down dlu..

k, zasss!!


pssst, tadi g The Curve nampak Nas-T.. nice look..keh2..

masin gak mulut aku ni..cer bace dialog berikut:

"Kalo g tempat macam ni, takkan tak terserempak dgn artis kot?"

"artis?"

and tak lame pastu, lepas aku dok tunjuk patung unta kat situ, and jalan2 laju2 mcm kene kejar antu, terus nmpak Nas-T dok cover2 malu *ok, gile propa, aku nak sedapkan sentence je rangkap last tu..hehe..

n also, ade orang main piano, lagu Hotel California..so suweett..n laju jari dia main macam Maxim.

me? I can walk fast..hebat tak? :D

and sempat pulak singgah makan meatball kat Ikea..n finally chicken wing tu aku larat mkn seketul je..penangan perut kenyang lagi coz da lunch kat kenduri aqiqah anak member kat Bangi..(menu kenduri: patin masak tempoyak, sambal sotong, ayam goreng rempah, kambing golek-tapi aku tak smpt merase ni. hehe)..last2 tapau chicken wing tu balik sabak. bole?

& sebelum terlupa, aku g The Curves tu motif nak amek baju running ok. Mizuno Run ahad ni..cuak doww bukit2 pulak tuuu..haihhhh cuak gaban.

Thanx Fami, Apit, Kak Rayhan, Faril, SK, Ghani tadi..bile dah ramai2 makan, tetibe teringat SEMUAAA member lama time sek dlu, time matrik, time kat ukm!! huhu,n jugak kat pernec..dan paling saya rindu, makan2 dengan family..kene plan ni! :)

Sunday, December 18, 2011

entri paling bosan. takya bace.

Salam alls.

Arini penat gile babet. Dari pukul 5pagi aku da start my journey for today. driving to Mont Kiara, ade event running situ-Malakoff Run. sesat gak la. aku bole tak ingat mane nak g stesyen LRT Universiti kt UM tu..tah la, pagi2 sorry la memang ting tong lagi.

Then event start utk aku yg just participate 7km ni pukul 7.28 pagi..bosan je tunggu nak lari (poyo). haha. lari punye lari, vunguk punye bukit, baekkkk punyaaaa bukit smpi 3-4 kott! memang membunuh. nak lagi konghajooo siap ade orang da set tempat baekkk punyaaa nak amek gamba kat bukit time mendaki. sah2 la aku jalan je..muke merah padam menahan penat..

dan akhirnya, aku sampai gak kat finishing line. time taken for 7km run : 1 hour. takdela hebat mane. utk kepuasan sendiri ok la..gigih gak la aku bantai lari tadi..

n dapat gak finisher medal. thanx nisa tolong dapatkan medal tu. hik2. method agak funny tapi tak kesah, janji dapat!! haha :D

dah tu, makan la tengahari nasi lemak. sebenarnye da lapar gile kot. dan2 mak nisa bagi nasi lemak, aku pon makan la ngan lahapnye..kes2.

dan pegi mines plak cari laptop. sian gak salesman kedai tu aku tanye die macam2. hehe..sebab ape? sebab aku dah kurang update latest info sal current laptop skang. even aku ajar fundamentals of OS. ok la, banyak die bagi input, aku pon layankan ajela salesman tu..btw, it's not dat I'm buying the new one la. laptop lama fara ni elok lagi, gune je watpe nak membazir beli baru kan?

dan bout 7pm, aku bertolak ke sabak. ngokngek gile mengantok kot. Aku da sampai tahap biar wiper bergerak walau tak hujan ok. semata2 nak ade mende bergerak depan aku, so that aku akan kurang mengantuk la. (teori sape ni weyy??)

siap tampar2 pipi sendiri, cubit2 muke pipi peha. haha. ngantok okkk. sing along with the current song, takpe sorang je dalam kete takde sape kesah..

smpai2 je rumah, aku bersyukur tak terhingga kot. syukur tak accident. huhuhu..

ok lah, gudnite alls.

Thursday, December 8, 2011

moninnggg!!


moning! moning! gile hape kol 4.30 tak tido agi? ekekeke. actually terjage, mungkin sebab joging tahap dewa tadi, so tido pon ala2 dewi-dewi kayangan la kot. lena gile ak tdo..tah pkul bape pon tak sedar. yg igtnye, lepas reply msg then tak tau ape jadi..jage2 je da pkul 3 pagi..boleh?

so tadi petang aku try la jog, da 2 mggu kot tak kuar main. hehe. dok IAB (Inst. Aminudin Baki) mmg malas nk kua ptg2. bek berselindung di balik selimut lalu mimpi lagi besh! :D

Ok2, back to story2, so aku jog round poli 2x, non stop tau tau. hik2. somehow impressive gak la ngn diri sendiri (hahahahahaha geli la uols, iols prasan jek lately..awat tah?). yes, aku tau ramai lagi hustler2 bab jog ni kat luar, tapi nak gak blagak aku ni..ekekeke :P hah, 2x round tu aku take time bout stgh jam. ok tak? jarak tak tau lak bape, tak measure..nnti esok aku bawak pita pengukur eh.

arini pon SKT siap. eeee sukenyeee kat diri sendiri (gile).

dan jugak, ari selasa pas exam kat IAB, aku bertemankan kak Di g shopping barang2 keperluan (bkn ikut napsu ek), kat Giant Bt. Caves. aku beli kipas, kasut Bata (sampai 2, hamekko! da sangap sangat nak beli kasut.wakaka), tudung, then makanan sket. kat kedai tudung tu mmg aku & kak Di wat cam kedai sendirik. wakaka. naseb bek cermin die kat luar, kalo dalam kedai mau aku sarung sume tudung dalam tu. hehe :p

tu la die, eih aku rase cam nak tgk wayang la. lame gile ni tak tengok. last aritu Hantu Bonceng je. gile lame hokehhh. nak ajak sape ek kua? i malu la uols nak ajak sesape..oh sesape, tolong la ajak saye..saye tau anda busy, tapi kua jom? jom? :p *sila bace ngn nada paling gewdiksss skali. hahahahahaha*

aku rase last2 aku dok umah je lepak2 tgk tv..sian kannn? kan? kan?

Tuesday, November 15, 2011

saje bebel2.


Morning alls! erk, morning la kot pukul 1.35pagi dah skrg. weekend baru2 ni memang aku lepak poli je. due2 hari buat kelas. ahad lak wat pagi n mbawak je petang. sampai pukul 6 kot lepak ngn student kat ofis bincang. ptg plak sambung main squash & badminton. hehe. mlm plak baru je nak layan tv, aku da selamat dah. best kan kitaran hidup aku? senang. makan malam pon ape2 je aku sebat. semalam mushroom soup je. da mengantok gaban ade lagi ke nafsu nak makan over2? mmg tak la. hehe

harini awal2 pagi aku da kene jage exam kat dewan. ok la, xde big problem. pastu paper aku pukul 2.30 ptg. terus aku turun Unit Exam sbb nak tgk soalan & semak skema terus. ok la kot. kalo sape dapat 30/40 utk objektif mmg aku tabik spring ahh. leh tahan gak soalan die. tadi abes exam je dah amek da. konon nak marking tonite, tapi mantok tahap gaban, so aku postpone la mark esok pagi je kat ofis. pagi2 wat keje hope diberkati Allah. mood pon masih suci so sangat la sesuai utk marking =)

petang tadi pon main squash & badminton. bole plak aku tak pasan rummet aku, Bi kat gym. siap main treadmill ok. aku dah jeles tahap gaban kottt! igtkan guys je dalam tu. malas nk interrupt. pastu aku main ah treadmill. tp cam tak sebest jog kt luar je. hehe..esok igt nk try la segala tok nenek alat kat gym tu. tp try je la, bkn ade cita2 nk membina otot mcm sazali samad pon. haha (ohh, jangan bayangkan. sungguh lawak bak biawak. huhu)

so, esok aim nak siapkan marking. eh bapak hebat KPI aku. kikihkih..lepak2 je marking. ape yg nak dikejarkan sangat dalam hidup ni? 1 hari nanti kite akan mati gak. semua keje, harta yg dah dikumpul (aiceh mcm byk sgt la aku ni pon). semua akan ditinggalkan..hanya amal, jariah yg dibawak bersama..

so tepuk dada tanye iman :) dah bersediakah kita utk menghadapiNya? Allah pencipta, pemilik setiap jiwa..Wallahu'alam..

Sunday, November 13, 2011

sabak mode.


Salam alls! so hows ur day today? on a happy saturdayyy, not shatterdayy. hehe (ape aku merepek?)

aku arini awal2 lagi (awal la sangat). pukul 9 pagi da gerak ke poli. ade xtra class utk subjek aku tadi. sebab subjek ni student ramai repeat. hoho. killer subject la kot. apedia? rahsie. kikiki. fundamentals of operating system. aku pon sakit otak woo nak paham how's pc functioning. time degree dulu mane de aku blaja subjek ni dalam2 ponn. rasenye la. ke aku yg dah delete dalam memory aku nih? huhuh

pastu petang dok main badminton. memule squash. haih memang tak la kan. it's undeniable yg main squash kua peluh bgande dari bdminton, tp takle gak la ngn aku. lenguh woo nk wat servis ponnn. so da agak2 xsaba, aku ajak kak lyn main badminton. tp kitorg takde raket. so pinjm student punye la. skali dorang ajak lawan double plak. kalo nk aku pair ngn kak lyn lawan dorg mmg abis masak kitorg. hehe. last2 pair ngn student. hebat kentang dorg men. suke nar main trick, tkial2 aku nak menyambut bola depan net. tasuke tau tak? haha. sian student yg pair ngn aku dok kene cover dpn net. keh2. aku plak nk main tipu la konon, tp salu sangkut dpn net. hahahahah sabau je la. last2 team aku kalah, 21 - 18 kot tak silap. takpe2, esok masih ade lagi :p

dan tadi..aku emo gile. ok tak gile, tapi cam tabahek kot. dah jadi isu plak. tp last2 pilih jalan berdamai. bagus tak? anda mampu? hahaa. dah la, aku tanak emo & jadi childish. tp mmg ade certain case i can be so touched. dan tak semena2, aku tgk calendar. ok, i know why i behave like this..


..all girls should know why [dot]

Thursday, November 3, 2011

trip.


Assalamualaikum & Salam Sejahtera guys..n gurls gak la..

Setelah lame menyepi, meh la kite story2..so skrg ni aku berada kat Sabak..menjalani hidup normal semula setelah kurang lebih 9hari menetap kat Korea Selatan (bukan Utara ok. hehe).

So, dah balik sni, org mesti tanye: "Ain, best tak Korea?"

So what do you expect me to say? Tak best? hehe..sure la best!! ^_^ Details of expenses are as follows (belanja kasar je la)

Air Asia return flight: RM520
Shopping: RM400+
Duit RM aku convert ke Korea Won: RM2400 (include duit utk shopping skali)

Aku g area Seoul and Jeju Island..

Dah mendarat kat Msia ni..aku mc 2 hari kot..bdn lemah2 weh..dan seterusnya Jumaat malam aku bertolak ke Bangi, follow member2 g camping kat Berkelah Pahang.

blk2 ofis je muke burn..bole?


Friday, October 28, 2011

:)


dah balik dari Korea Rabu baru2 ni. feels so good to arrived at Malaysia. haha. apetah aku ni, orang lagi nk dok luar lame2, aku lak craving nak balik. hehe..

erm jap g nak packing barang pulak. memang weekend ni tak melekat umah la nmpak gaye. hehe.

Sunday, October 16, 2011

nebes..!

beg dah pack. tggl lagi sehelai baju & ade sikit2 brg lg je. mcm2 cara dah aku masokkan tadi, siap gulung2 la tshirt, pijak2 lagi..ngeh2. thanx fami for de petua :D

insyaAllah pukul 11 mlm kang off, tp paham2 la kan kot2 ade delay ke airasia tu..papepon perot kene bagi full, mau kebulur ak dlm flight t. hehehe..



aaaaaaaa cuaknye :P

Friday, October 7, 2011

9 (not-so) Deadly Words used by a Woman..


Assalamualaikum & good evening to all. or should I say morning coz it's already 1am :p

Feels like ages not typing any here, n here I am, back to business (lah sangat..hehe)

Currently, as usual woke up every morning, went to Poli, teaching, discussing, doing side task (tugas sampingan), documentation, doing students' assessments, having meetings, updating notes, etc etc etc..

n tomorrow, Friday will came, n I will be the most happiest person in the world as I will head to my lovely home at Sepang, but only if I drove 3hours long. fuh! Can u feel it?

tak lame lagi, bout a week long, I will go somewhere I've never been in my life. but preparation memang zero kot! bag takdak, camera takdak. yg ade hanyelah kasut yg sgt sedap. n juga baju2 hasil dermaan my sis as she's not wearing it for the moment.

n somehow, I found this 1 cool article. bout certain words that women said but gives 1001 meanings in spite of the literally meanings. n I ought some of the guys really knew it once they became close with any girl in their life. It's just they don't want to think bout it as what we girls usually think deep bout it. Oh what the heck I'm babbling eh? :P

now, check this cool article: (n surely I'll elaborate it later..lol)


Ok, done reading? double-click if want to view larger! :)

So that's it. Sape2 yang suke gune all those words? hehe. jom explain satu2. agaga

1. Fine.
-malas nak panjang2 gado lagi. wakaka. but most of time I guess most of guys love to argue with the girl he can argue with. bagi aku kalo takde perbalahan dunia cam pengap. means bosan sikit loer. tol dak?

2. 5 minutes
- hehe. utk orang yg punctual, Five Minutes is really means 5 minutes right? but for me.. erm..ermm..

3. Nothing.
-haaaa, this is the most dangerous word I guess. even me myself sometimes unintended to use it, but really gives the same meanings as stated in the article. n it feels soooo good if he could detect what's going on in my head. thanx !!! (tp bile ckp nothing mmg tengah berapi kot.wakaka)

4. Go ahead.
- it is something like this situation:

Guys: I ingat nak poligami la, bagus tu..dpt mengeratkan silaturahim sesama insan.

Girls: ok, kalo berani buat la. (walhal dlm hati cam nak mengamuk kot. haha)

oh n btw, marah or cemburu tu tandanya sayang. so guys, u got the hint rite? so do you still dare to do anything when the girl say: "Go ahead" ??

5. Loud sigh.
- haha. another thing yang kalo dah terkeluar then tak perasan. Only when people re-make the sound then u aware of it. lol. for me, it doesn't mean anything. it's just a voice. or influenced by any drama or movies? or whatever surrounded me.

6. That's ok.

The most dangerous thing is when u keep on arguing bout something. n the girl end up like this:

"Ok :) "

plus smile. than u should read it inversely like this:

"K.O :( "

watch out guys! :p

7. Thanks
- ask yourself, is the situation is normal when the girl answer it with "Thank You". If it is, then it will imply Thank You itself. If no, than u know well that it's just another sarcasm she's trying to mention but in a dormant way. lol.

But most of the time, for me thanks means thanks. don't think too much bout it. There's a lot important things to think of in your life :D

8. Whatever
- ni namenye malas nak pikir dah. atau bak kate Nabil: "Lu Pikir La Sendiri!!"
n btw, congrats to Nabil for the wedding :D

9. Don't Worry bout it, I got it.
- This usually means she's just have to do things by herself. or bcoz u didn't have enough time for her. n this is somehow means she feels terrible for u are not helping her...seriously. but she's keep on hiding the feelings inside. rotten inside. praying to Allah for not to rely on anybody else in her life. sounds sad huh?

So that's it. What we usually heard or texting is not really what the other person might want to say. Listen with your heart, n you know well what every single little tiny things means..

n btw, R.I.P to Steve Jobs. muda gak 56thn da sampai ajal.

n also, tomorrow's our PM will give a speech bout 2012 Budget. wowww can't wait! oh erh, tomorrow's got meeting plak on that time..tak bestnye tak dpat dengar live like last year. huhuh
T-T

hope tomorrow's getting better than today..love u all. n don't forget to pray (solat) & smile always. spread loves & happiness to others!

muack! ^_^

-Siemens Run , Sept 25th, 10km -
(medal finisher haram wa nak dpt. haha semput mak nak) :P

Sunday, September 11, 2011

of passport and ...err men?

WARNING: entri ni mungkin sangat PANJANG. balas dendam dah lame gile tak menaip. haha.

Alhamdulillah..setel sudah buat passport kat Putrajaya, Presint15 tadi. jalan? no worries, Alhamdulillah ade signboard, just follow je. just kene tau katne simpang nak masok p15, then follow je signboard 'Jabatan Passport Malaysia'.

sampai2 je, jam dah pukul 7.50 pagi. memang purposely aku datang awal, as dinasihati adek, abah & survey google. hehe. Alhamdulillah orang tak ramai. dah pukul 8 baru leh amek no giliran. aku dapat no. 1004. kire orang ke4 la kan.

What to prepare?

1. Download borang permohonan dari website jabatan passport negara. print & siap2 isi. aku tau pon sebab tengok blog orang ckp. memang dorang accept, janji korang print depan belakang.

2. Dah fill up borang, prepare 2 passport-sized photos. ok aku baru amek gamba semalam. boleh? haha. rm15 for 6 pieces. ok la kot kat salak ni.

3. photostat IC 1 keping. aku siap bawak surat beranak kot. hahahaha. bajet under 18 lagi pe? kih2.

4. tu je, then cop jari & tunjuk IC real.

ade one moment tu, ade husband & wife before turn aku, wife die lupe nak bawak ic, mebi left dalam kete. so husband die kene amek la..cian gak. hehe

so da setel bayar rm100 (aku wat 2 tahun je), n then aku tunggu jap sambil bace novel 'Lovely Bones'. macam sweet la plak perangai aku time tuh. hahahaha. then tak lame, 20minutes after dat no. giliran aku disebut. ape lagi, tros amek ah passport uh. huwaaaa syok2! syukur Alhamdulillah everythings settled bout 1 hour only.. takdela aku nak kuar merayap dulu ke. lek2 je kat ctu. ngeee :)

dah lepas tu, ade orang petik lak kite brekfast. nice gak kat Sg. Ramal tu. memang i loike lah! sedap roti nye..roti kosong je..lembut gitu..selembut angin menghembus pipi di pagi hari. wakaka.

ok lah, jiwang2 ni tolak tepi jap. over lak gua. simpan dalam ati sudeyh :)

tadi aku bace blog Hanis Zalikha. entitled The Things Women Discuss About Their Man. memang bagus content nye, tapi in my personal, humble opinion, it quite ..ermm..cam tak real. haha. ok, meh aku cite sikit. sikit la, takkan nak banyak2 kot. tak rahsia gituuuuu :P bout what things women REALLY discuss bout their men. or sesape nye laki lah. hantam je. jom.

1. Romantikus.
ni same je la ngn pape yg miss hanis tu elaborate. n bagi aku, maybe a lil proud & dihargai if ur guy show some of their romantic side. aku? ade gak kot. hahak. tapi takmo cite. tapi time aku cite ngn rumet aku, dorang kate aku over. hahahahaha. small matters somehow can turn big if it's really give a big impact towards that person (me la tu. haha). nak tau? ok, am gonna tell ya 1 sweet story la yang orang bagi ceramah induksi cerita, on how he act romantic towards his wife. budget sikit je. meh cite.



suami nye ke Cameron Highland attend kursus, and he bought a rose for her wife.

"Ayang, abang da balik da. cuba tutup mata dulu"

"ape dia?"

"tutup la dulu"

pastu die tunjuk rose depan mata wife die yang nga tutup.

"ok, boleh bukak. tadaaa"

"waaaa thanx bang" . memang senyum sampai ke sudah la. 2 minggu tahan penceramah tu kate. hahaha. walhal modal murah je, dalam rm2 je. tapi sebab die tau wife die suke romantik. kih2. korang ape plak? haaaaaa :P

2. Willing..
ade kemahuan on something. ok bagi aku, kalo once dah ade rase sayang tu, memang ko or ur couple akan buat la pape. eventhough u hate that thing soooo much! tapi bile dah dapat suntikan semangat dari orang yg ko..erm..sayang eh? then korang mesti go for it. aku rase melalut da ni, patot cite sal ape yg korang cite bout guys kan. hahahahah. dah, next!

3. Islamic.
Pergh!!! ni memang kene angkat topi la kan. sape taknak bakal suami ade ciri2 gini kan? aku sendiri penah, time tu baru pas tengok wayang. serious perot aku lapar gile da.

"pasni nak g mane eh?"

"g surau dlu la. then makan"

"ok."

ok, lapar pon kene tahan..ngeh2. n sometimes hati akan tenang bile berbicara pasal agama. yelar, kite ni gurl, dengan tekanan kat ofis la. ape la..so bile dapat luahkan, kaitkan dgn agama. Ya Allah tenang tak terkata. so, bacelah Quran tiap hari. paham makne sekali..revise bacaan dalam solat kita. ade ayat quran mengatakan, mafhumnya:

"dan dirikanlah shalat. Sesungguhnya shalat itu mencegah dari (perbuatan – perbuatan) keji dan munkar. Dan sesungguhnya mengingat Allah (shalat) adalah lebih besar (keutamaannya daripada ibadah – ibadah yang lain). (Al-‘Ankabut:45)

which is kalau kita rase kenape kite still buat salah, paling2 pon cam ade rase dengki kat orang lain, bertitik tolak dari solat. kenapa kite still lengah2kan nak buat perkara baik? kaji balik solat kita. mungkin pada bacaan, sebutan, perlakuan..selambe je bukak buku solat & ibadat fardhu ain. nothings to be ashamed of :) [aku pon same, yang menaip ni patot kene lebih dari yang membaca. cewah] amin. semoga kita sama2 berubah dari buruk ke baik :)

ok, next point!

4. Hormat & tau behave depan orang tua kita..
ini pon memang stok sejuk mata memandang. polite bile depan mak ayah kite. ahh tak kira la depan mane2 orang tua pon kan :) ni aku malas elaborate banyak2 as aku tau korang pon ade cite gempak gak en?

so far yang sampai kat telinga aku semua benda2 positif dari member2. so no issues bout this :)

5. kene payung (or belanja)
hurmmm..sape tak ske en? ngeh2. siap share bagai. ahaks. ade member aku her bf bought him bracelets, rings, gelang kaki. erm aku rase kalo da nak bertunang or he has decide to marry me than that's the time to think seriously bout dat.

skang ni aku surve je harga emas. hahahaha. semalam aku g Poh Kong kt Warta tu, aku tanye, die kate skang 1gram=RM205 ..pergh! dlu 180+ je kot. so pikir2 la..ngeh2.
6. Jealousy level.
sikit2 ok la. ini nak kuar makan pon kene halang ngn bf. memang aku nyampah! hahahah. bagi aku, selagi mende yang mak ayah aku benarkan aku buat, then that guys takleh nak halang la. kalo tegur baik2 tu ok lagi okehhh.

but so far aku ok je :) n me as well takde nak sekat2 life sesape. lek2 je la. kalo nak main curang, jangan risau, Allah is always with us. Dia akan tunjukkan Hidayah bila tiba masa yang sesuai. Allah Maha Besar! :)
7. Gentleman.
hehehehhehe..kalo die layan kite elok2.

"Eh, ko tak nak teman Ain sampai kereta ke?" - his friend said.

"Eh, takpe2" -aku la ni.

ceh aku ni jual mahal. last2 sepanjang jalan tu berderet mamat2 bangla mane celah tah datang. cuak gak. so aku just jalan laju2 la. ngeh2.

8. House chores.
bile die buat keje rumah, basuh baju, memang credits la. sonang ati rite.

siap member aku cakap:
"zaman sekarang ni perempuan pon keje gak same2 cari rezeki, so kalo guys tak tolong memang tak lah."

haha good point! :)

9. side income.
Cool kalo leh wat part-time. or good on investment or managing their finance. ok aku suke ni. haha. not dat i'm mata duitan, or any other guls mata duitan. just pikir 1 nice quote nih:

"duit bukan segala-galanya, tapi segala-galanya memerlukan duit."

Got that? but basically, anak soleh adalah HARTA PALING BERNILAI buat seseorang. Jangan pikir harta kat dunia je, akhirat tu lagi kene kekal selama2nya. doa & bacaan ayat suci Al-Quran dari anak yg soleh akan membantu & menjadi bekalan buat kedua ibu-bapa di akhirat kelak. Wallahu'alam.

so bear in mind, selain harta dunia, akhirat pon mesti ada dalam bajet gak. sedekah amal jariah. aku sekarang tertarik dengan IRM. tentang bantuan Kemanusian Somalia. so sama2 lah kite hulurkan tangan, sedekah sikit duit gaji utk bantu mereka kat sana.

just put ourself in their shoes. What are we really want? haaa pikir2!!

p/s: nampaknye content blog kali ni sangat bercampur aduk. wakaka. tak paham leh roger. ngeh2.

Sunday, July 31, 2011

run baby run!


so semalam dah berakhir larian pertama aku, 1st time join running bagai neh. haha. so semalam lari 5km. aku bajet i will take bout 1 hour to finish it as i jog roughly 4min for 400meters. but shockly yesterday took bout 38minutes to complete the overall 5km running. nge2 so heppy n somehow ade yang impressed. haha now u know how far i can go rite :D

semalam, memang really trillion thanks to my dad melayan kerenah anak dara sulungnya ni ke Putrajaya. usai solat maghrib, aku bergegas da pakai sport shoes & bersedia ngn helmet. weh lame gile da kot aku tak bonceng moto. nk bwk? tak reti..hehe..whatta pathetic :P

& it just took bout 20 minutes to reach Putrajaya from my house, Sepang. normally kalo nek kete dalam 40 min gak la. laju en en??? :D

sampai2 je putrajaya aku terus meset, call tapi tak berbalas. oh takpela aku main belasah je masok crowd yg nga tgu pagar tu nak bukak. sampai2 je da dengar suara Honey Madu jadi host. patu ngn group girl manetah aku nyembang2, kasik ilang nebes. hehes.

dan detik larian pon bermula, masa awal2 cam ramai gile, tak mengizinkan nak jog so aku jalan laju2 je la. da agak2 ade ruang tu baru aku start running! yippieee!! such an indescribable feelings suddenly overwhelmed the surroundings. waaa besh2 sgt besh dapat lari ramai2. lame da tak rase that feelings. dulu time kat ukm jog ade gak rase tu sebab ramai2 jog. skang kat poli cam tak ramai jog je petang2..selalu lembu je la peneman sambil wat muka toya. haha.

aku pon lari la, lari lari lari lari lari..pastu ade la tmpt air, ak pon cilok botol situ tapi wat menyusahkan plak rase sebab I just need 1 teguk je kot. nak pulak lari ngn perut penuh air kan.

"haus tu tekak kite je nak, tapi body taknak pon"

ha, ingat ni! :D

mase kat bahagian bukit, memula aku lari gak. ahhh penat cam nak putuih napas, so aku wat brisk walk je la instead of running. ape yang penting time running adalah kekonsistenan kite. tahap istiqamah time lari la. better lari dalam pace yang kite selesa instead of pushing ourself pada 1 tahap yang mmpu membuatkan kite pancit di awal waktu :D sebab ni lari dalam satu jarak yang jauh. kalo pecut len cite beb.

dah setel running, kene amek goodie bag & all stuff pulak. serius aku blur. nasib baik la fahmi guide nak g mane. hehe thank you :) tapi memang kalo korang kat ctu, queue panjang gile. so, utk nak cepat, pandai2 la nak idup en :D teringat dulu time jadi volunteer Asean University Game, pon ade member, Anne yg selambe je...selambe je..arrr..paham2 la kitorang watpe utk cepat dapat mknn. haha =D

"ko kalo ngn aku memang murah rezeki Ain" - Anne. hahahahaha

"mende2 camni takyah nak lurus sangat" - Wak..heheeeee..

dalam sesetengah hal, aku memang tak reti, dan sekarang dah reti sikit2 :P

ok la, dats it. pasni aku takde plan nak running mane2 lagi. hope sangat ade running on Saturday as usually ahad petang aku kene gerak ke sabak. or else aku kene gerak pagi la kot. huhu. tapi tak puas la running 5km. next time I'm gonna participate 10km & above la. InsyaAllah boleh. hehe :)

Sunday, July 24, 2011

love your heart :)


Sabtu,

joging, washing my car yg dah berkurun lama tak basuh. kesian kurang dapat perhatian tuan.

"huh, da macam stor da"

adoi. bisa kata2 tu masih terngiang2 di lohong telinga ni, so aku nekad la nak kemas this week sementelah banyak masa yang ada & aku pon nga blur taktau nak watpe..

last2 mmg puas ati sebab aku memang ske baso kete tapi bajet takde mase la. haha. so no more kasut2 yang tak gune aku bubuh kat bonet. just sport shoes, 1 sandals & 1 selipar je left in the car, just in case.

petang, went to IJN visiting my uncle, Pak Long, Alhamdulillah bypass surgery went well & he can communicate with us as usual, tapi nampak la die cam penat, heart rate pon cam tinggi around 114-130 la. kat bawah ni aku bubuh sikit penerangan sal bypass surgery tu. selamat menonton! kalo nak tengok real leh tgk kat youtube banyak lagi..




& he even shows to us the scar kesan operate on last Tuesday. agak menyeramkan, 1 kat kaki, 1 lagi kat dada die. Alhamdulillah pak long nampak cergas. adela borak sikit2 beserta kata2 semangat aku titipkan. Moga dia tabah & positif menghadapi hari-hari mendatang.

Tanya Nadia ape efek lepas buat bypass? katenye insyaAllah sihat spt biasa malah jantung cam orang muda plak. hehe. kalo camtula kata2 seorang bakal doktor, Alhamdulillah lega aku mendengarnya.

dan time nak balik tu, cam sayu plak rasa. tiba-tiba I felt something which is the same moment when I were in Hospital, HUKM. Jaga mak, take good care of her, doing everything she want, help her though she would like to do things by herself..

mom, u are always in my heart wherever & whenever I am. I know very well that I can't no more salam u or even hug u but ur words is always in my mind. Allah, peliharalah ibuku, tempatkan lah dia dikalangan hamba2Mu yang soleh & solehah...amin..

Thursday, July 21, 2011

life's like this..


So tadi dah setel bola. hebat gak Msia vs Chelsea, dapat bertahan 0-1. tu pon gol pelik. haha :P tapi aku memang tak sedar pape da actually, mantok bangat, laptop je ngadap tuan, tapi tuannye da masok alam mimpi da. agaga.


dan tadi aku jog lagi, semata2 nak make sure time lari next week aku tak semput kot. haha. mujur ade geng sehati sejiwa which is my roommate. tapi lepas jog g beli kuey tiaw kungfu as my dinner. bole? haha :p

& jugak tadi aku sangat2 mengantuk tahap cipan. semalam tido pukul 3, semata-mata nak paham konsep dalam subjek yg aku nga mengajar skang: Fundamental OS. igt senang ke weh? nak paham satu2 then nak explain bagi student paham. huhu~

sampai ofis je, time tak wat pape memang pale aku da weng da. adessss...

esok jumaat, dan tak sabaq2 nak balik =)

Sunday, June 26, 2011

pembebelan 2.0


Salam.

Terlalu banyak input yang aku dapat hasil daripada taklimat kursus induksi yang aku tengah undergo skang ni. n belum habis lagi pon actually. tapi ape yang dapat aku rumuskan so far:

1. nak jadi pendidik bukan sesenang yang orang anggapkan.


dulu time sekolah kite tengok cam best kan jadi cikgu? n time dah masuk univ cam senang je tengok lecturer nye keje. dah la flexible time. kat cni nak share sikit bab skim:

Cikgu: DG
Pensyarah politeknik: DH
Pensyarah Universiti: DS

so aku skang under DH la. dah masuk mengajar ni baru tau yang selain PnP (Pengajaran & Pembelajaran), kitorang ade gak tugas2 sampingan. yang kadang2 aku jadi blur, mane nak prepare utk mengajarnya, nak pahamkan topik satu hal gak. ni akan datang aku dapat 3 subjek.1 tu bole la kate aku da paham. open source, tu pon dah tuka silibus baru skang. Al maklumlah, IT kan pantas berkembang n perlu relevan sukatan dengan pasaran semasa. ya betul, aku tak nafikan yang ini.

somehow, its true. hehe -google

tugas sampingan. name je tugas sampingan. tapi.. dot dot..noktah disini.

belum campur hal nak collect lab assignment, quiz, assignment. time bagi assignment memang best la rase. tapi time student dah pass up tu. arghh bertimbun nak menanda. haha padan muka aku. kalo rajin aku bawak balik umah la. kalo tak mmg mark kat ofis la. ade dulu aku spend weekend lepak ofis kot, nak menghabiskan keje. dulu maybe baru lagi so tak reti nak bahagi masa dgn efisien. haha. poyo la gua.

click photo to enlarge. -source

ok, aku rasa entri ni dah macam sesi meluah perasaan pulak la kan. takdela, just nak share2 gitu experience gua sepanjang jadi pengajar ni. tadehal ar nak bahasa gua kau aku. aku manusia gak kot. janji time opis hour gua behave n depan mak mentua orang tua wa respek. orang muda plak kite suspek. ahh melalut.

2. ok, second plak, ape yang aku perasan, most of us or senang cite aku sendiri la, tak berapa nak hadam hal-hal sejarah negara kite. dari zaman hang tuah sampai la ke pemerintahan Datuk Seri Najib skang. Serasa cam bebal nye la aku ni pasal sejarah. ok memang tak dinafikan yang aku tau gak ar sikit2 (ceh cover). tapi banyak lagi yang aku tak tau senarnye.

walaupun kat umah subscribe ni, sumpah tak best. haha.

Kalo korang igt lagi kata2 ni: Sesiapa yang tak mengingat sejarah, merekalah yang akan mengulangi nya. erm lebeh kurang la. kalo salah tolong tunjukkan.

his-story: people explain to us bout the story. -source

3. Most of nama penceramah tu pendek2 je weh. contoh: Rusli b. Idris. konon je name ni aku combine je la sesape. tapi memang itu je pesen2 sume penceramah kitorang. aku leh buat 2 andaian:

a) Name dorang cam old school, standard la mungkin orang zaman dulu memang pendek2 je tak macam name orang sekarang.
b) Aku andaikan orang name pendek ni memang bijak2 belaka n pandai convincing people and very the superb during public speaking.

Serius cakap la weh. ko igt yg bagi talk sepanjang induksi ni cikai2 je ke? Jawatan PTD la, Pengarah Kolej Komuniti la, TPA(Timbalan Pengarah Akademik) la..which is jawatan bawah Pengarah Politeknik. Ade lagi lain, bakal sambung phd, dll. Hebat kan? Subhanallah..

lagipun name pendek senang nak sebut time nikah. ahem :p

erm, tu je la nak share kali ni. Doakan aku pon hebat2 cam dorang ni. Memang dari skang aku dah kena ade target nak buat ape dalam hidup ni. takkan selamanya ditakuk lama kan. orang lain boleh berjaya, boleh buat buku, research, dll. aku ingat nak wat labsheet la. amacam ha? hehe..

p/s: congrats for those yang join standard chartered kl running pagi tadi!! gua hanya mampu menanti berita je la dari cni. hehes..

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...