Thursday, February 9, 2012

Manusia teragung.

Assalamualaikum~

No class for today, coz having Kursus Pengurusan Aset. banyak input2 berguna yang aku leh guna kat opis n especially takdela terkial2 time audit nanti. InsyaAllah..

bosan. rase cam mood Angry Bird harini.

kuar dari bilik. dok kat kerusi malas. tengok tv. emon tengah dok depan lappy dia.

"Emon, cite ape ni? Tolong kuatkan volume sikit leh? Tenkiu~"

ok, serious tak paham cite ape tu.

"Emon, nak remote sat"

so aku pon dok tengok channel2 lain. erm, malam jumaat, so tune tv1, Forum Perdana Hal Ehwal Islam. Topik mengawal marah. Macam tau2 je mood aku lari malam ni. Atr tips yang aku dapat:

Kalau tengah marah, tukar posisi dari berdiri ke duduk, dari duduk ke baring. dan ambillah wudhuk. tambahan; istighfar banyak2. semoga aku mampu handle marah..

dah sudah tu, aku tengok usha tv9 jap. cun, ustaz Don.

Topik: Cinta Nabi: Bertemu Allah.

Harini Ust ceritakan detik2 Nabi Muhammad s.a.w hampir wafat. Feeling abes, aku pon sebak tengok. tinggal ade Emon kat depan aku, so tak jadi meleleh, just bertakung je la.

Para sahabat semua sangat sedih, sebab detik2 nabi Muhammad bakal dijemput Malaikat Izra'il. Sorry aku tak reti nak cerita, tapi antaranya, ketika Nabi nak wafat pon masih teringat tentang umatnya. Bayangkan lah betapa sayang baginda kat kita, tapi kita?

Mengenangkan zaman sekarang ni. takpon aku sendiri, kalau muhasabah diri, rase terlampau banyak yang aku kena ubah, bak kata Ustaz Don; masih belum terlambat lagi untuk berubah..

memetik antara coretan adik aku kat blog dia, katanya mungkin kami terlampau rindu, mengenangkan emak yang dah tiada, sampai seakan2 rindu pada dia melampaui rindu terhadap Allah dan Rasul-Nya, so prioriti dah macam lari pulak.

Sejujurnya, seringkali air mata ini tumpas ketika mendoakan kesejahteraan mak..tapi kali ni, aku kena ingat yang cinta yang teragung adalah pada Allah dan RasulNya..

cinta pada bunga, bunga kan layu..
cinta pada manusia, manusia kan mati..
namun cinta pada Allah yang kekal abadi..

Wallahu'alam..sekadar coretan peringatan buat semua lebih2 lagi empunya blog ni.

p/s: insyaAllah, mari kita amalkan zikrullah & selawat terhadap junjungan Nabi Muhammad s.a.w. kalau bosan sms tak masok, kita sibukkan diri dengan mengingati Allah & selawat. dah la tak melalaikan, dapat pahala pulak tu, hati pon tenang. Wallahu'alam, insyaAllah aku pon nak amalkan ni.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...